NOTATINGKATAN 4

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 Kemunculan Tamadun

Kemunculan Tamadun Awal Manusia

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 – Kemunculan Tamadun Awal Manusia. Perhatian dan panduan buat pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Berikut dikongsikan nota sejarah Tingkatan 4 bab 1 yang bertajuk kemunculan tamadun awal manusia.

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia

Berikut adalah nota ringkas SPM Tingkatan 4 bab 1

A. Prasejarah

B. Zaman Prasejarah ialah zaman manusia masih belum mengenali sistem tulisan
C. Kajian zaman prasejarah dijalankan oleh ahli arkeologi
D. Pada zaman Paleolitik dan Mesolitik manusia hidup berpindah randah, tinggal dalam gua, tepi sungai, hidup berkelompok. Ikhtiar hidup dengan memburu, memungut hasil hutan dan tangkap ikan

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia - Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 Kemunculan Tamadun

Zaman Neolitik – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Manusia mula hidup menetap dalam kelompok yang besar. Pandai bercucuk tanam dan menternak binatang
Penciptaan peralatan daripada batu yang mempunyai pelbagai fungsi
Kehidupan bermasyarat dan pengkhususan kerja Sistem tukar barang diamalkan ( barter )

Zaman Logam

Pandai mencipta peralatan daripada logam, gangsa dan besi
Pandai mencipta perahu / rumah – meneroka laut dan menjalankan dagangan persisir pantai Sesetengah kawasan muncul petempatan besar dan kota pertahanan seterusnya menjadi bandar Contoh : Jericho, Jordan 800 sm

B. Makna Tamadun – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Tamadun : berasal daripada perkataan Arab ( mudum / madaian )

• Madana bermasud : Tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar

• Perkataan Inggeris, Civilization civitas bermaksud bandar

• Perkataan Melayu : Peradaban

Konsep Tamadun – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Barat : Dikaitkan dengan pembangunan lahiriah contoh : kebudayaan, undang-undang, penulisan.

Islam : Tamadun merangkumi lahiriah dan rohani

C. Ciri-ciri Tamadun

Petempatan Kekal : Kawasan yang sesuai, berkait rapat dengan kawasan pertanian. Lahirlah ciptaan alatan pertanian

Kehidupan beroganisasi : sistem keluarga dan masyarakat. Sistem social tamadun awal berbentuk pyramid. Lapisan atas bangsawan, bawah , pembesar dan rakyat

Sistem Pemerintahan : Pemimpin / raja dilantik di kalangan mereka ( unsur magis ) – Undang-undang dicipta

Pengkhususan Kerja : Barangan @ produk dihasilkan oleh golongan tertentu

-Aktiviti pertukaran barang berlaku secara langsung pertukaran kemahiran dan ilmu berlaku

Agama / Kepercayaan :

Peringkat awal manusia cuba berinteraksi degan alam sekitar.Pada peringkat awal proses tamadun manusia percaya alam sekeliling mempunyai kuasa ghaib ( animisme ) kemudian bertukar menjadi agama. Politiesme , penyemahan banyak tuhan

Bahasa dan Sistem Tulisan :

Proses pembentukan tamadun bermula apabila manusia mula mencipta bahasa dan tulisan dalam perhubungan dan merekod.
Bahasa tertua, Yunani dan Sanskrit Tulisan : hieroglif, cuneiform dan ideogram

Bahasa dan tulisan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dalam dan luar masyarakat

Rumusan : semua ciri tamadun berkait rapat. Kemunculan bandar merupakan proses kepada perkembangan tamadun. Bandar memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu, pusat pentadbiran, aktiviti ekonomi, ritual dan pertemuan masyarakat.

D. Proses Pembentukan Tamadun – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

• Proses pembentukan tamadun bermula bila berlakunya penyesuaian manusia dengan alam sekeliling

• Contohnya : Manusia akan memilih kawasan yang sesuai untuk petempatan, seperti lembah sungai. Kenapa ? sebabnya

  • i. Lembah sungai tanahnya subur
  • ii. mudah mendapat bekalan air dan makanan

Itulah sebabnya semua tamadun awal dunia terbentuk di lembah sungai

A. TAMADUN MESOPOTAMIA : Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Lokasi : Di Lembah Sg.Euprates dan Tigris 3500sm
Perkataan Mesopotamia berasal daripada bahasa Yunanai bermaksud “Tanah antara Dua Sungai“
Wilayahnya terletak di antara Sg.Tigris dan Sg.Euphrates
Sekitar tahun 3500sm wilayah Mesopotamia berkembang menjadi tamadun
Terdapat banyak kerajaan yang muncul dan jatuh, kerajaan awal ialah kerajaan Sumeria pd 3500 sm. Kerajaan terakhir Chadea 626sm

Proses Pembentukan

1) Bahagian Utara Baghdad – dari Baghdad hingga Assyria
1) Bahagian bandar Baghdad – Babaylon ( Akad dan Sumeria)

Orang Sumeria berhijrah ke wilayah ini menjalankan aktiviti pertanian : tebus guna dan pengairan
Petempatan awal ( kampung ) berkembang menjadi bandar dan seterusnya negara kota Contoh: Kish,Nippur,Lagash,Uruk,Ur,Mari

Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

1. Negara Kota (kerajaan Berdaulat)

-ada pusat kota,tembok kota,pelabuhan kubu,pintu gerbang. – Di dalam kota ada istana,rumah kediaman,ibadat,jalan – Pusat kota : rumah ibadat
* N.Kota ( luas 1000 batu.persegi/penduduk 30 ribu)

2. Organisasi Sosial / masyarakat

3. Pemerintah – raja, ketua pendeta, ketua tentera, orang bangsawan
4. Rakyat – rakyat bebas ( petani ,pedagang,artisan) – Hamba ( tawanan perang)
5. Sistem Pemerintahan – berbentuk teokrasi ( raja dianggap tuhan @ wakil tuhan dan pemilik negara )

Contoh : Raja Naramsin , di Akkad paksa penduduk sembahnya. Gelar dirinya ‘Raja Empat Penjuru Alam ’
-Raja Mesopatamia bertindak sebagai ketua agama dan melantik keluarga diraja memegang jawatan di zigurat ( pusat ibadat / perdagangan / simpan khazanah negara

d) Pengkhususan Kerja – peniaga,pedagang, artisan, pembuat tekstil,tukang rumah -menjalankan perdagangan dengan Lembah Indus, bawa masuk logam,kayu-kayan, emas

e) Tulisan – bermula dengan tulisan bergambar dan simbol pada tanah liat ( cuneiform )

Sumbangan Tamadun Mesopotamia

Kod Undang-Undang Hammurabi
Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi mengikut susun lapis masyarakat
Kod ini mengandungi 282 undang-undang yang dipahat pada tembok / tiang besar *Hammurabi : memerintah tahun 1792-1750 sm berpusat di Babylon

Sistem tulisan menghasilkan kesusasteraan seperti epik Gilgamesh
Ilmu astronomi, geometri
Perubatan – semasa kerajaan Assyria Sebanyak 500 jenis ubatan disampelkan
Penciptaan roda – kereta kuda, kincir angin
Cara buat batu-bata daripada tanah liat, arca
Wujudnya empayar pertama di dunia – Raja Sargon menyatukan wilayah-wilayah Sumeria
Perpustakaan diraja di Nineveh oleh Ashurbanipal ( 668-627 s.m )

B. TAMADUN MESIR PURBA : Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Lokasi : Di Lembah Sg.Nil , Mesir 3100 sm
– Sg.Nil Biru dari Tanah tinggi Ethiopia
– Sg.Nil Putih dari Tasik Victoria, Uganda
Kerangka Masa : zaman Logam

Tamadun Mesir Purba 4 zaman
i. Awal : 3100-2200 sm
ii. Pertengahan : 2040-1785 sm
iii. Empayar : 1570-1085 sm
iv. Keruntuhan : 1085-322 sm

Proses Pembentukan

– Mencapai tahap kemajuan pada Zaman Logam sejak 5000 sm.
– Penggunaan peralatan logam-bina parit, pengairan,terusan
– Petempatan kekal di Lembah Sg.Nil ( kampung – bandar –nome @ daerah )
– Sebuah bandar dipilih sebagai pusat pentadbiran Contoh : Thinis / Memphis / Thebes

Ciri-Ciri Tamadun Mesir Purba

• Firaun Menes 3200 sm menyatukan nome menjadi kerajaan berpusat di bandar Thinis pindah ke Memphis dan Thebes

Kehidupan bandar – Pusat pentadbiran / ekonomi / agama / tumpuan penduduk

Organisasi Masyarakat –

i) Ketua : Firaun, berkuasa mutlak dianggap suci. Jawatannya diwarisi
– dianggap jelmaan Tuhan Horus
– digelar Raja Matahari kerana dipercayai anak Tuhan Matahari ( Amon Re )
– Ketua pendeta / pemilik tanah / ketua hakim / ketua pahlawan
j) Golongan Bangsawan – pembesar / tuan Tanah / juru tulis / rahib
iii) Rakyat Bebas – petani,pedagang,artis
iv) Hamba

Sistem Pemerintahan – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

– Diketuai oleh : raja, bergelar Firaun ~ Glg Bangsawan @ pembesar ( mentadbir ), ~Rahib ( hal agama ~ Juru tulis ( merekod )

– Ada Firaun perempuan, contoh Firaun Hatsshepsut (1501-1479sm)

– Kerajaan empayar : Nubia, selatan Mesir ke Lubnan dan Syria

Pengkhususan kerja

-Eksport utama tekstil dan kertas, lombong emas di Nubia.
-Sunga Nil jalan utama, muncul pelabuhan Thebes, Memphis, Fayoum

Kepercayaan

i) Politeisme – percaya banyak tuhan ( Re (Tuhan Matahari) Ta-Atum(Tuhan langit ), Amun ( Tuhan Angin )

ii) Percaya Kehidupan lepas mati : makam mayat dipenuhi keperluan harian
Contoh : Penemunan Makam Tutankhamun ii , badannya disaluti 11 kilo emas.

Sistem Tulisan – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

-Sistem tulisan hieroglif ( kombinasi simbol + gambar ) kegunaan rekod aktiviti pertanian dan kutip cukai ( hieroghlif – hieratik – demotik )

Sumbangan Tamadun Mesir Purba

Seni Bina ( Piramid ) – ilham Imhotep, iaitu ahli sains / fizik / pengamal perubatan /pengarang buku sains dan sastera pada zaman Firaun Djoser 3150sm
-Piramid Sakkara tertua didunia untuk Firaun Djoser

Pendidikan dan Penggunaan Kertas – cipta kertas drp pokok papyrus

Tinggalan tamadun Mesir direkodkan dalam tulis hieroglif dipahat pada makam dan batu

Sistem Pendidikan untuk kanak-kanak atasan, duruskan oleh rumah ibadat

Perubatan – proses memumiakan mayat

Ilmu matematik,algebra,geometri, astronomi digunakan untuk kawal banjir sungai Nil
(sistem pengairan )

Contoh: Firaun Senuusret III bina tembok pengairan 123 km tebus guna padang pasir Sistem kalender 365 hari

Rumusan : Tinggalan seperti bangunan, tulisan, dokumen, buku menunjukkan wujudnya tamadun yang agung

C. TAMADUN INDUS, DI LEMBAH SG.INDUS 2500SM – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Lokasi

Terletak dilembah Indus yg disaliri Sg.Indus di India, dikenali juga dengan tamadun Harappa iaitu bandar utama zaman tersebut.
Kerangka masa : Sekitar tahun 2500 SM dan merosot tahun 1800 SM

Proses Pembentukan

Penduduk di bahagian barat laut India telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus.
Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dan membawa petambahan penduduk
Perkembangan bandar di Lembah Indus iaitu Harappa dan Mohenjo Daro.

CIRI-CIRI TAMADUN INDUS – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

1) Petempatan kekal

Pembentukan bandar terancang-Bandarnya terbahagi kepada 2 bahagian dan dikelilingi tembok Bahagian utama ( pusat petadbiran & keagamaan : bangunan pentadbiran,tempat mandi awam dan tempat simpan hasil pertanian

Bahagian kedua : kawasan perumahan berbentuk blok-blok segi empat, setiap blok berbentuk segi 4 dan disambung dengan jalan raya

2) Organisasi

Golongan Atasan : ketua pendeta dan pendeta Golongan Bawahan : Pertani,buruh dan hamba

3) Pengkhususan Pekerjaan

Pertanian,perdagangan,pertukangan dan pembuatan. Jalankan hubungan dagagan dgn Mesopotamia ( bukti terjumpanya cap mohor Indus di Mesopotamia)
Barangan dagangan : emas,gading gajah,manik

4) Amalan Agama

Masyarakatnya dikatakan beragama berikutan penemuan sebuah patung ( proto Siva) yang bertanduk tiga sedang duduk bersila
Percaya kepada Tuhan Ibu, patung ini disembah bagi melambangkan kesuburan.

5) Sistem Tulisan

Berbentuk piktograf

SUMBANGAN TAMADUN INDUS – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

I. Pandai Mengeksploitasi Kelebihan

Mengambil kesempatan ke atas Lembah Sungai Indus yang subur dan pamah untuk bercucuk tanam dan mendirikan bandar

II. Perancangan Bandar

• Keupayaan mewujudkan bandar terancang seperti Mohenjo Daro dan Harappa ( kepakaran dalam ilmu geografi , seni dan matematik ) untuk susun atur tempat dan pengisian

• Bandar disusun bentuk segi empat dan ada jalanraya
Ilmu geogmetri hasil hubungan dgn tamadun Mesopotamia.
Bahan binaan , batu-bata daripada tanah liat yang dibakar dengan api @ panas matahari

III. Sifat Keterbukaan

• Sanggup membuat hubungan dengan tamadun lain untuk bertukar pandangan dan teknologi.

• Sanggup menerima ilmu,sumbangan tamadun luar untuk digunakan dalam tamadun Indus iaitu menerima pakai sumbangan tamadun Mesir Purba dan Mesopotamia.

D. TAMADUN HWANG HO – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Lokasi

Di lembah Sungai Hwang Ho @ Sg.Kuning di China. Sungai ini mengalir ke Teluk Bo Hai.

Kerangka Masa

Sekitar 1800 SM
• Dinasti Hsia merupakan Dinasti beraja pertama di China sekitar tahun 2205-1766SM

• Shang Dynasty 1766-1050 SM

• Dinasti Chou 1050-256SM

Proses Pembentukan Tamadun Hwang Ho – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Penduduk nomad membuat petempatan di lembah Sungai Hwang Ho. Bandar Sian merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho.
• Bandar lain seperti Anyang di zaman kerajaan Dinasti Shang

Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho

i. Negara Kota

Anyang merupakan sebuah negara kota- dibandar ini terdapat istana, kuil, pusat pentadbiran dan tembok
-Ketua pemerintah raja,golongan pembesar dan agama tinggal di bandar

ii. Organisasi Sosial

• Atasan: Golongangan bangsawan pembesar,pegawai kerajaan

• Bawahan : Petani,artisan ,pedagang ( artisan pakar dalam teknologi gangsa dgn menghasilkan senjata, barang hiasan dan alat agama. • Perhambaan berleluasa di zaman Dinasti Shang.

iii. Pengkhususan Pekerjaan

• Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing ( tentera berkuda dan berjalan kaki)

• Artisan – mereka cipta pelbagai barangan tembaga, tembikar

• Hamba sebagai tentera paksaan, upacara korban dan buruh.

iv. Sistem Pemerintahan

Dinasti Shang berbentuk pemerintahan Beraja – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

-pengganti raja dari kalangan saudara lelaki @ anak lelaki -Berkuasa mutlak dikawasan pusat pentadbiran
-Masyarakat percaya kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan-mandat akan ditarik kiranya raja zalim
-Golongan bangsawan mentadbir wilayah dengan mewujudkan pentadbiran , cukai,undang-undang sendiri -Raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan dgn ikrar taat setia dan memberi hadiah spt kereta kuda,senjata,hamba dan binatang
-pembesar tempatan sebagai ketua agama

v. Agama dan keperluan

• Animisme dan politiesme

• Penyembahan roh nenek moyahg

• Sembah tuhan syurga ( Shang –ti )

• Tuhan bumi ( Tu )

• Penyembahan bukit,sungai gunung -upacara penyembahan melibatkan muzik,tarian,korban diketuai oleh bomoh

• Percaya kepada ramalan @ nujum – contohnya, tulang binatang @ oracle boleh meramal keadaan- caranya: tulang diletakkan diatas api, rekahannya boleh ditafsirkan

vi. Sistem Tulisan

vii. Rekahan daripada tulang menimbulkan idea untuk mencipta tulisan. Tulisan berbentuk ideogram @ simbul

SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

1) Sistem Pemerintahan Monarki

• Pemerintahan beraja diamalkan sehingga dinasti Ching

• Konsep mandat dari syurga dan amalan putaran dinasti dikaitkan dgn raja

2) Ekonomi

• Pembinaan Pengairan- terusan dibina untuk pengairan pertanian

• Zaman Dinasti Chin, Shih Huang Ti membina terusan di Szechwan

• Pertanian – teknologi pembajakan dan cangkul. Alat pertanian daripada kayu kepada besi – Penggunaan batas tujuan penanaman
3 ) Tulisan

• Sistem tulisan berkembang secara evolusi dan masih digunakan sehingga hari ini

4) Kepercayaan pemujaan roh nenek moyang yang diamalkan sehingga hari ini oleh masyarakat Cina
5) Sistem kalender 30 hari sebulan dan 365 hari setahun- raja menggunakan kalender untuk menentukan musim menanam, menuai, perkahwinan, pemburuan, pengembumian
6) Falsafah Perang Sun Tzu ( karya the Art of war ) selok belok perang

Rumusan – Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1

Terdapatnya kesamaan dalam proses pembentukan tamadun. Dari kampung wujudnya bandar dan terbinanya negara kota
Kepelbagaian ekonomi membawa kepada pengkhususan kerja, kemudahan insfrastruktur dan undang-undang

Pengajarannya :

a) Tamadun Mesopotamian – undang Hmamurabi
b) Tamadun Purba – Seni bina yang tinggi
c) Tamadun Indus- keunikan perancangan bandar
d) Tamadun.Hwang Ho – Terusan – kawal banjir

Manusia hendaklah bertindak cekal dan inovatif.

NOTA : RINGKASAN NOTA SEJARAH BAB 1 TINGKATAN 4 DALAM PDF

Semoga perkongisan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1 Kemunculan Tamadun Awal Manusia ini bermanfaat buat pelajar. Selamat mengulangkaji pelajaran dalam menghadapi peperiksaan SPM nanti.

Related Articles

6 Comments

  1. Minggu depan saya ada sejarah kertas 2. Saya tkde peluang untk beli buku revision sej jadi saya terpaksa mencari di dlm internet. Alhamdulillah, apa yg saya nk telah pun dipermudahkan. Terima kasih kerana telah membantu saya dan pelajar 2 yg lain untuk success. Sgt ringkas tetapi semua fakta dan maklumat tidak ketinggalan. Moga2 tiada dugaan untk saya minggu depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *