NOTAPANDUANTINGKATAN 4

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 4 Kemunculan Tamadun Islam

Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Mekkah

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 4 Kemunculan Tamadun Islam. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 4 Kemunculan Tamadun Islam yang berkaitan tentang Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Mekkah yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan SPM.

mekkah - Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 4 Kemunculan Tamadun Islam

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 4 Kemunculan Tamadun Islam

Kehidupan Nabi Muhammad S.A.W Sebelum Dilantik Menjadi Rasul

Latar Belakang Keturunan Nabi Muhammad S.A.W

Keistimewaan Keturunan Rasulullah S.A.W

  • Berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal contoh Qusai bin Kilab dan Abd. Mutalib menjadi peneraju kepimpinan Makkah sejak Zaman Jahiliah
  • Keturunan Nabi sering dirujuk kepada Hasyim iaitu moyang Nabi
  • Qusai ialah pemimpin Arab Quraish yang mentadbir Makkah 100 ahun sebelum kelahiran Nabi
  • Keluarga Nabi Menguasai Makkah , Kaabah dan Telaga Zamzam
  • Keluarga Nabi bijak dalam pentadbiran Makkah dan mahir dalam perniagaan
  • Datuk Nabi iaitu Abdul Muttalib pernah menerajui kepimpinan Makkah pada zaman jahiliah
  • Keturunan Nabi dihormati oleh kabilah Arab lain

Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W

  • Nama penuh Muhammad bin Abdullah (bermaksud terpuji)
  • Bapa baginda Abdullah bin Abd. Muttalib
  • Ibunya Aminah binti Wahab
  • Baginda dilahirkan pada 20 April tahun 570 M bersamaan 12 Rabiulawal Tahun Gajah
  • Bapa Baginda meninggal dunia sewaktu dalam kandungan ibunya
  • Diserahkan di bawah jagaan dan susuan Halimatus Sa’adiyah
  • Sewaktu berusia 6 tahun ibunya meninggal dunia
  • Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib
  • Setelah datuknya meninggal dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib
  • Baginda pernah mengembala kambing bapa saudara
  • Usia 12 tahun mengikuti rombongan perniagaan ke Syam
  • Kerasulan Baginda diramalkan oleh pendeta nasrani Buhaira
  • Menjalani perniagaan Khadijah binti Khuwalid

Sifat-sifat luhur dan terpuji Rasulullah 

  • Baginda Memiliki empat sifat terpuji yang utama iaitu
    • Siddiq (berkata benar)
    • Amanah (dipercayai)
    • Tabliq (menyampaikan)
    • Fatanah (bijaksana)
  • Baginda digelar Al-Amin iaitu orang yang boleh dipercayai dan tidak pernah berbohong
  • Terkenal sebagai seorang yang amanah
  • Mendapat kepercayaan Khadijah bt Khualid – serahkan modal besar untuk diperniagakan
  • Seorang tokoh pemimpin unggul dan berwibawa contohnya dalam usia 35 tahun menyelesaikan sengketa antara kabilah Quraisy
  • Sebagai ketua keluarga yang menjadi idola manusia contohnya sering membantu isteri memasak dan menampal pakaian dan bersihkan rumah
  • Mengamalkan cara hidup sederhana
  • Sentiasa merendah diri contohnya dalam pergaualan tidak pandang kedudukan
  • Penyayang contohnya sayangkan orang tua dan kanak-kanak
  • Bersifat pemaaf contohnya waktu pembukaan kota Mekah 630 Masihi orang arab yang serah diri diampun dan dibebaskan
  • Seorang yang bijaksana dan mampu menyelesai masalah contohnya dalam perjanjian Hudaibiyah 628 Masihi kandungan perjanjian berpihak kepada Quraisy tetapi baginda terima sebagai hikmah untuk sebarkan Islam
  • Kuat beribadat dan sentiasa abdi diri kepada Allah contohnya mengasingkan diri di gua Hirak
Kerasulan Dan Penerimaan Wahyu
  • Menerima wahyu sebagai nabi akhir zaman dalam usia 40 tahun
  • Tarikh menerima wahyu pada 6 Ogos 610 Masihi bersamaan 17 Ramadan
  • Menerima wahyu melalui malaikat Jibril
  • Wahyu Pertama ialah Surah Al-Alaq ayat 1-5 yang memerintah orang Islam membaca
  • Isi kandung wahyu pertama menggalakkan umat Islam menuntut ilmu
  • Wahyu Kedua Al-Muddasir , ayat 1-7 menandakan pengistiharan Nabi Muhammad S.A.W sebagai pesuruh Allah
  • Perlantikan Nabi sebagai rasul adalah pembawa rahmat kepada seluruh alam sejagat
  • Baginda menyampaikan wahyu Allah kepada umatnya secara bijaksana dan terancang
  • Baginda berusaha membetulkan akidah masyarakat jahiliah
  • Ajarannya menggesa umat meninggalkan amalan keji seperti membunuh, menindas dan mencuri

Semoga Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 4 Kemunculan Tamadun Islam yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami Kemunculan Tamadun Islam Dan Perkembangannya Mekkah dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *