Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 Pembinaan Negara Dan Bangsa Merdeka. Perhatian buat pelajar Tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tahun ini. Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 bertajuk Pembinaan Negara Dan Bangsa Merdeka.
Sejarah SPM Bab 5 ini adalah berkaitan dengan sistem ahli, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 dan peranan tokoh-tokoh kemerdekaan.
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5
Pembinaan Negara Dan Bangsa Yang Merdeka : Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5
5.1 Sistem Ahli
a) Maksud Sistem Ahli
Sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu
b) Pencetus Idea Sistem Ahli
Dicetuskan oleh Dato’ Onn Jaafar
Sir Henry Gurney mencadangkan supaya Tanah Melayu melaksanakan model negara Rhodesia Utara dan Kenya
c) Matlamat Sistem Ahli
Selaras dengan hasrat British menjalankan dasar dekolonisasi
e) Dilaksanakan dari bulan Januari 1951 hingga bulan Jun 1955
5.1.1 Ciri-ciri Sistem Ahli
Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat
Anggotanya dikenali sebagai Ahli
Pelantikan ahli dibuat oleh PesuruhjayaTinggi
Ahlinya terdiri daripada 9 orang anggota
Penduduk Tanah Melayu dan 4 orang pengawai Inggeris
Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
5.1.2 Pelaksanaan Sistem Ahli
Pelaksanaan
Ahli yang dilantik diberi tugas menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa jabatan kerajaan
Mengurus pentadbiran harian jabatan mengikut dasar yang sedia ada
Ahli bertanggungjawab mencadangkan undang-undang berkaitan dengan jabatan
Perlu berbincang dengan pegawai-pegawai kanan British untuk mendapatkan persetujuan bersama
Pesuruhjaya Tinggi memberikan arahan dan persetujan dalam perkara yang dicadangkan
Kepentingan
Merupakan tapak asas yang penting untuk melatih orang tempatan ke arah bekerjaaan sendiri
Melatih orang tempatan ke arah bekerjaan sendiri
Memulakan proses perpaduan kaum
Asas penting untuk menentukan kemerdekaan negara
Memberi pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan untuk mentadbir.
5.2 Pakatan Murni : Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5
Maksud Pakatan Murni
Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan
Setiap kaum mempunyai tuntutan dan masalah yang tersendiri. Pakatan Murni merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum
5.2.1 Langkah-langkah Ke arah Pakatan Murni PraPerikatan
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum @ Communities Liaison Committee (CLC) pada Januari 1949
Mulanya dianggotai oleh org Melayu dan Cina
Pd Ogos 1949 CLC dianggotai 6 pemimpin Melayu, 6 pemimpin Cina dan seorang wakil daripada kaum India, Sri Lanka, Serani dan Eropah
Hasil Perundingan UMNO-CLC beberapa perkara telah dipersetujui
Penubuhan lembaga Pembangunan Industri Desa @ Rural Inductrial Development Authority (RIDA). Tujuan – memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar bandar terutama kaum Melayu
Kerakyatan Negeri 1951. Kerakyatan ini diberi kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu. Syaratnya ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu
Pilihanraya. Akan diadakan pd masa yang sesuai diperingkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
Pembukaan keahlian UMNO kepada bukan Melayu
Dicadangkan oleh Dato’ Onn pd 1951
Cadangan beliau dikecam hebat
Masyarakat Melayu enggan berkompromi untuk mengubah struktur UMNO
Beliau kemudiannya telah meninggalkan UMNO
Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya @ Independent Malaya Party (IMP)
Ditubuhkan oleh Dato’ Onn Ja’afar menggunakan konsep kerjasama kaum dlm sebuah parti
IMP terbuka kepada semua kaum
Namun IMP gagal mendapat sambutan org Cina, India dan kaum lain
Kaum2 ini tidak merasakan bahawa mereka adalah sebagai satu bangsa Tanah Melayu
Penubuhan Persidangan Kebangsaan
Ditubuhkan pada Februari 1953 oleh Sir Malcolm MacDonald
Tujuannya mencapai kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu
Konvensyen Kebangsaan
Dianjurkan oleh UMNO dan MCA
Turut disertai pelbagai parti dan persatuan politik yang lain
Kerjasama ini telah mengasaskan pembentukan Parti Perikatan
5.2.2 Perikatan serta Pilihanraya
Kerjasama UMNO-MCA telah memenangi Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada 1952 dengan menang 9 daripada 12 kerusi
Perikatan UMNO-MCA memenangi 26 daripada 37 kerusi dalam Pilihanraya bandaran bandar Utama
Parrti Perikatan memenangi 226 daripada 268 dalam Pilihanraya Negeri 1954
Kemenangan ini menunjukkan pemuafakatan kaum diterima oleh penduduk Tanah Melayu
Kerjasama UMNO –MCA menjadi asas penubuhan Parti Perikatan
MIC Menganggotai Perikatan pada 1955
Pemimpin Parti Negara , UMNO, MCA dan MIC menganggotai Jawatankuasa Pilihanraya majlis Mesyuarat Perundangan
Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam Pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan ( MPP) 1955
Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri
Pembentukan kabinet yang terdiri daripada pelbagai kaum
Tunku Abdul Rahman mengetuai rundingan kemerdekaan
5.3 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 : Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5
5.3.1 Suruhanjaya Reid
Dibentuk pada Mac 1956 bagi membincangkan dan menyusun perlembagaan persekutuan
Anggota Suruhanjaya Reid :
Lord Reid (Hakim British)
Sir Ivor Jennings
Sir William McKell
Tuan B. Malik
Tuan Abd. Hamid
Beberapa isu menjadi panduan suruhanjaya ini dalam merangka perlembagaan :
Kerajaan Persekutuan yang kuat
Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu
Kedudukan Raja-raja Melayu
Hak istimewa orang Melayu
Pewujuan satu bangsa persekutuan
5.3.2 Isi-isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
Isi pentingnya
Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan
Pemisahan antara kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri
Institusi Raja dijadikan Raja Berperlembagaan
Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara Kuat Kuasa Undang-undang, Permohonan dan Naturalisasi. Prinsip jus soli diterima
Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Yang Di-pertuan Agong menjadi ketua negara
Pentadbiran negara bersifat demokrasi berparlimen iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen
Pada peringkat negeri, Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri.
5.3.3 Kepentingan Perjanjian PersekutuanTanah Melayu 1957
Membolehkan pembentukan kerajaan demokrasi dengan konsep Raja Berperlembagaan
Pemimpin Melayu dan bukan Melayu menyedari pakatan ini dapat mewujudkan perpaduan antara kaum
Keharmonian kaum dapat dicapai tanpa pertumpahan arah
Memberi hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk mentadbir sesebuah negara berdaulat mengikut acuan sendiri
Setiap kaum berusaha untuk melahirkan identiti masyarakat yang merdeka
Perbezaan warna kulit, agama, bahasa dan bangsa diketepikan
Penerusan kepada pembinaan negara dan bangsa yang kukuh, sistematik dan berperundangan
Unsur Kesultanan Melayu digabungkan dengan sistem birokrasi barat untuk membentuk identiti negara dan bangsa Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
5.3.4 Peranan Tokoh-Tokoh Kemerdekaan
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Presiden UMNO
Ketua Parti Perikatran dan Perdana Menteri
Mengendalikan Pakatan Murni antara kaum
Kemerdekaan telah dapat dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang.
Tun Abd Razak
Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri
Menjadi perunding tuntutan kemerdekaan di London pd tahun 1956
Menjadi perunding dalam menyiapkan Perlembagaan Kemerdekaan 1957
Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956
Dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Kedua pada 1970
Tun H.S Lee
Tokoh MCA yang turut mencetuskan idea Parti Perikatan
MCA bekerjasama dengan UMNO dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan negara pada tahun 1957
Tan Cheng Lock
Presiden MCA
Penyokong Tunku Abd Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan negara.
Tun V. T Sambanthan
Presiden MIC
Bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan negara
Menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum
Menyeru kaum India supaya memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara
Semoga perkongsian Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 5 Pembinaan Negara Dan Bangsa Merdeka bermanfaat buat semua. Moga ianya dapat membantu pelajar dalam membuat persiapan peperiksaan SPM yang bakal tiba nanti. Selamat mengulangkaji pelajaran.