Panduan buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini. Sebagai rujukan pelajar dalam menjawab soalan kertas 3 Sejarah SPM, berikut dikongsikan contoh soalan dan Skema Jawapan Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa.
Tema ini mengisahkan peristiwa Perang Dunia Pertama yang menandakan bermulanya konflik antarabangsa dan membawa kepada penubuhan badan-badan antarabangsa. Namun begitu tumpuan tema ini adalah terhadap peranan dan sumbangan Malaysia dalam mempertingkatkan kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.
Ianya merupakan Tema umum Sejarah Kertas 3 untuk peperiksaan SPM tahun 2016. Nota ringkas berkaitan dengan topik Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa (sejarah SPM Bab 9) boleh boleh dirujuk di Bab 9 SPM.
Skema Jawapan Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa (Bab 9)
TEMA UMUM : MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT ANTARABANGSA
Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.
TUGASAN SPESIFIK TEMA 12 : MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT ANTARABANGSA
Soalan : Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau. Hubungan serantau telah memberi banyak manafaat kepada negara kita. Huraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam kerjasama serantau sehingga kini.
Kerangka Jawapan
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah ini.
TAJUK 8.3 :SKEMA JAWAPAN MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT ANTARABANGSA
FORMAT
ASPEK
PERINCIAN
MARKAH
Pengenalan
Memahami matlamat penglibatan Malaysia
1. Pengenalan.
Jelaskan matlamat penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau
5
Isi dan huraian
Memahami pertubuhan serantau yang Malaysia sertai dan matlamat penibihannya
2. Faktor dan matlamat penubuhan pertubuhan serantau
Nyatakan faktor penubuhan pertubuhan serantau berikut dalam matlamat penubuhannya
ASA
MAPHILINDO
ASEAN
30
–
Menganalisis sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau
3. Sumbangan dan faedah yang diperolehi oleh negara Malaysia dalam pertubuhan serantau
Jelaskan sumbangan dan faedah yang diperolehi oleh negara Malaysia dalam pertubuhan serantau seperti:
ASA
MAPHILINDO
ASEAN
15
–
Mengaplikasi peranan dan sumbangan Malaysia
4. Peranan dan sumbangan Malaysia demi kemajuan negara
Bagaimanakah kita membuktikan keberkesanan peranan Malaysia di peringkat serantau berjaya membawa faedah kepada negara kita
15
–
Menilai kejayaan negara
5. Kejayaan negara setelah memanfaatkan peranan dan sumbangan dalam hubungan serantau
Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kejayaan yang dicapai oleh negara sepanjang penglibatan dalam hubungan serantau sehingga kini.
10
–
Mencipta / menjana idea menjadikan Malaysia mampu bersaing dengan negara lain.
6. Cabaran masa depan Malaysia untuk bersaing dengan negara-negara jiran.
i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara untuk bersaing dengan negara jiran
ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5M)
10
–
Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada hubungan serantau negara.
7. Nilai nilai murni / iktibar / patriotisme daripada penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau
Nyatakan nilai nilai murni yang diperoleh daripada penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau.
10
Kesimpulan
Merumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan.
8. Rumusan.
pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang
5
skema jawapan kertas 2 sejarah spm 2016
PERATURAN PERMARKAHAN TUGASAN SPESIFIK TEMA 12 : MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT ANTARABANGSA
KERANGKA JAWAPAN (Skema Jawapan Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa)
FORMAT
ISI DAN HURAIAN
MARKAH
Pengenalan
Jelaskan matlamat penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau.
Berbaik-berbaik-baik dengan semua negara
Jamin- menjamin keselamatan rakyat dan negara
Kekal- memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara
Galak-menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
Aman- mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
Global- menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia
[mana-mana jawapan yang munasabah]
[mana-mana 5 x 1m = maks. 5m]
Isi dan Huraian
i. Faktor dan matlamat penubuhan pertubuhan serantau.
Nyatakan faktor penubuhan pertubuhan seranatau berikut dan matlamat penubuhannya.
ASA
MAPHILINDO
ASEAN
30
Isi dan Huraian
ii. Sumbangan dan faedah yang diperolehi oleh negara Malaysia dalam pertubuhan serantau.
Jelaskan sumbangan dan faedah yang diperolehi oleh negara Malaysia dalam pertubuhan serantau berikut;.
ASA
MAPHILINDO
ASEAN
15
Isi dan Huraian
iii. Peranan dan sumbangan Malaysia demi kemajuan negara.
Bagaimanakah kita membuktikan keberkesanan peranan Malaysia di peringkat serantau berjaya membawa faedah kepada negara kita.
Malaysia dipandang tinggi di peringkat antarabangsa
Kepimpinan negara diiktiraf di peringkat dunia
Perpaduan rakyat Malaysia menjadi contoh kepada negara lain
Pelabur luar banyak melabur di negara kita
Menjadi tumpuan pekerja asing
Menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia
Pengiktirafan sebagai negara aman dan selamat
Perkembangan ekonomi negara
Peningkatan taraf hidup rakyat
Penigkatan nilai eksport
Sistem pendidikan bertambah pesat
Kemudahan infrasruktur negara bertambah baik
Kestabilan politik negara
Kelicinan pentadbiran negara
Kedaulatan negara terjamin
[mana-mana jawapan yang munasabah]
[mana-mana 15 x 1m = maks. 15m]
Isi dan Huraian
iv. Kejayaan negara setelah memanfaatkan peranan dan sumbangan dalam hubungan serantau.
Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kejayaan yang dicapai oleh negara sepanjang penglibatan dalam hubungan serantau sehingga kini.
Memajukan ekonomi negara
menarik pelabur asing
menambah peluang pekerjaan
menaikkan taraf hidup rakyat
mempelbagaikan sumber pendapatan rakyat/negara
menjamin keamanan negara
meluaskan hubungan dengan negara luar
menstabilkan sistem politik negara
cemerlang dalam bidang sukan
berjaya dalam perusahaan automobil
(mana-mana jawapan yang munasabah)
[mana-mana 10 x 1m = maks. = 10m]
Isi dan Huraian
v. Cabaran masa depan Malaysia untuk bersaing dengan negara- negara jiran.
Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk bersaing deangan negara jiran.
Tekanan daripada negara maju
Teknologi negara masih rendah
Masih bergantung dengan modal asing
Kekurangan tenaga mahir
Bergantung kepada tenaga pakar dari luar negara
(mana-mana jawapan yang munasabah)
vi. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.
Mendalami ilmu pengetahuan
Menguasai kemahiran yang diperlukan
Menguasai teknologi baru
Sedia menerima perubahan
Bersikap kreatif dan inovatif
(mana-mana jawapan yang munasabah)
[mana-mana 10 x 1m = maks. 10m)
Isi dan Huraian
vii. Penerapan nilai-nilai murni /ikhtibar/patriotisme daripada penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau.
Nyatakan nilai-nilai murni/ikhtibar/patriotisme daripada penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau.
Kreatif
Inovatif
Bertanggungjawab
Gigih berusaha
Rajin
Berani membuat perubahan
Tabah
Bersatu padu
Semangat keusahawanan
Berubah sikap untuk memajukan diri
(mana-mana jawapan yang munasabah)
[mana-mana 10 x 1m = maks. 10m]
Kesimpulan
Rumusan
Hubungan luar amat penting untuk kemajuan negara
Keamanan negara harus sama-sama dipelihara
Sama-sama bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara
Perpaduan rakyat menjamin kemakmuran negara
Kestabilan politik amat penting dalam menjaga kedaulatan negara
[mana-mana jawapan yang munasabah]
[mana-mana 5 x 1m = maks. 5m]
Koleksi Skema Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM
Untuk contoh skema jawapan Sejarah Kertas 3 yang lengkap, sila klik :-
Selamat membuat ulangkaji buat pelajar SPM 2017. Perkongsian skema jawapan hanya sebagai panduan dan rujukan sahaja. Pelajar perlu mendapat nasihat guru anda untuk tips terbaik. Semoga anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sejarah Kertas 3 SPM dan semua mata pelajaran yang lain.