Contoh Soalan Dan Jawapan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 Bab 2
Berikut dikongsikan contoh soalan dan skema jawapan Peningkatan Tamadun untuk Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 Bab 2. Merujuk tema 7 Huraian Sukatan Pelajaran dan dan buku teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 2, berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut;
I. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar majalah, risalah, internet dan lain-lain.
II. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.
III. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan
Skema Jawapan Peningkatan Tamadun Sejarah Kertas 3 (Tingkatan 4 Bab 2)
Soalan: Huraikan sejarah peningkatan tamadun dengan menghubungakitkannya dengan pencapaian bidang ekonomi khususnya pertanian dan perdagangan di negara kita pada hari ini
Peringatan; Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah;-
3. Aspek peningkatan tamadun (aspek ekonomi) Jelaskan peningkatan tamadun India dan China dalam aspek perdagangan dan pertanian
15
–
Mengaplikasikan : Menjadikan Malaysia sebagai negara pertanian yang maju
4. Langkah-langkah untuk menjadikan negara sebagai sebuah negara pertanian yang maju
Cadangkan langkah-langkah bagi memajukan bidang pertanian di negara kita
15
–
Menilai kejayaan negara setelah memanfaatkan kelebihan dan keistimewaan yang ada
5. Kejayaan negara setelah memanfaatkan kelebihan dan keistimewaan
Apakah kejayaan yang dicapai oleh negara hasil daripada kemajuan bidang pertanian ?
10
–
Mencipta / Menjana idea menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dari segi sains dan teknologi
6. Cabaran menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha memajukan bidang pertanian di negara kita. (5M)
ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5M)
10
–
Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada pembentukan tamadun awal untuk memajukan negara kita
7. Penerapan nilai-nilai murni iktibar / patriotisme daripada kerajaan awal demi memajukan negara kita
Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada peningkatan tamadun India dan tamadun China yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita
10
Kesimpulan
Merumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan
8. Rumusan
Pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
5
Peraturan Pemarkahan Tingkatan 4 Bab 2
Soalan : Huraikan sejarah peningkatan tamadun dengan menghubungakitkannya dengan pencapaian bidang ekonomi khususnya pertanian dan perdagangan di negara kita pada hari ini.
KERANGKA JAWAPAN (Skema Jawapan Tamadun Awal Manusia)
SOALAN
ISI DAN HURAIAN
MARKAH
1
Jelaskan lokasi tamadun
i. Yunani ( ms 38 )
F1 Berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-pulau disekitarnya
F2 Dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean
2 x 1m = 2m
ii. Rom ( ms 39 )
F1 Bermula di kawasan Bukit Palatine berhampiran Sungai Tiber, di Lembah Latium
F2 Meluas hingga ke bahagian selatan China semasa Dinasti Chin
F3 Dinasti Chin bermula pada tahun 221 SM dan berakhir pada 206 SM
3 x 1m = 3m (mana-mana i + ii + iii = 5m)
5
2
Huraikan proses pembentukan tamadun
i. Yunani ( ms 38 )
F1 Tamadun bermula dengan pembentukan penempatan manusia / negara kota / polis
F2 Polis merupakan institusi politik yang merdeka
F3 Contoh Polis : Athens
F4 Jumlah penduduknya kecil
F5 Setiap polis mempunyai acropolis ( menempatkan bangunan kerajaan )
F6 Terdapat juga agora ( tempat pertemuan / mesyuarat )
F7 Kawasan pertanian terletak di luar kota
F8 Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar sekitar tahun 1000 – 800 SM
F9 Setiap negara kota mengandungi sebuah kota
F10 Dikelilingi oleh kawasan pertanian
F11 Di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil dan istana
F12 Contoh negara kota : Athens, Sparta dan Corith
F13 Ketiga-tiga negara kota ini terletak berhampiran dengan Laut Mediterranean
F15 Negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang-undang tersendiri
ii. Rom ( ms 40 )
F16 Berkembang semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 SM
F17 Abad kedua masihi, wujud Majlis Perbandaran di setiap bandar
F18 Bandarnya terancang dengan pelbagai kemudahan
F19 Antara kemudahan : bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas, tempat berdailog, rumah mandi awam dan istana
F20 Contoh bandar : Pompei
F21 Pada 80M mempunyai 50 000 penduduk
F22 Terdapat saliran bawah tanah
F23 Menyalurkan air menggunakan paip sejauh 165 km
F24 Melibatkan 14 buah saliran / terusan
F25 Membekalkan air pada waktu aman dan semasa perang / Perindustrian/ Pengangkutan
iii. India
F26 Terbentuk selepas keruntuhan Tamadun Indus
F27 Wujud satu budaya dan tahap baru di Lembah Indus
F28 Tahap ini dikenali sebagai Zaman Vedik
F29 Menjelang abad ketujuh SM, tumpuan beralih ke Lembah Ganges
F30 Terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan Raja
F31 Terdapat dua bentuk kerajaan
F32 Janapada (Kerajaan kecil) dan Mahajanapada (Kerajaan besar)
F33 Chandragupta Maurya telah menyatukan kerajaan-kerajaan kecil
F34 Pada 321 SM lahir empayar pertama di India
F35 Penyatuan seluruh India Utara
F36 Mencapai kemuncak semasa pemerintahan Asoka
iv. China
F37 Maharaja Shih Huang Ti meluaskan jajahan takluk hingga terbentuk empayar
F38 Jajahan takluk meluas hingga Sungai Merah di Vietnam
F39 Zaman empayar merupakan zaman berlakunya banyak peperangan dan perluasan kuasa
F40 Jajahan takluk disatukan di bawah satu pentadbiran pusat
39 X 1m = mak 30 m
30
3
Jelaskan peningkatan tamadun India dalam aspek perdagangan dan tamadun China dalam aspek pertanian
i. Perdagangan – Tamadun India ( ms 51 )
F1 Bermula sejak abad ketiga SM
F2 Melibatkan perdagangan dalaman ( antara kawasan ) dan perdagangan luar
F3 Pusat perdagangan : Anga, Kalinga dan Karusa
F4 Menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara
F5 Hubungan perdagangan dengan negara luar seperti dengan Macedonia, Sri Lanka, rantau Asia tengah dan Asia Tenggara
F6 Pelabuhan yang menghubungkan India dengan negara luar : Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Btoach, Chaul, Kalyan dan Cambay
F7 Wujud persatuan perdagangan dan perusahaan / sresthin
F8 Contoh : Persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit
F9 Matlamat persatuan : Mengawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja
F10 Terdapat undang-undang bagi mengawal persatuan
F11 Turut diawasi oleh Raja
F12 Mata wang menjadi medium jual beli
F13 Terdapat perusahaan tekstil, kain kapas dan kain sutera
F14 Cukai dikenakan bagi setiap jenis hasil perdagangan
F15 Tujuan dikenakan cukai adalah untuk menyara anggota tentera, pentadbir dan Raja
F16 Hubungan perdagangan dengan Alam Melayu berkembang semasa Zaman Gupta
F17 India mendapatkan barangan seperti : rempah, bedak wangi, gading gajah dan besi
F18 Terdapat juga hubungan dengan Rom dan Sri Lanka
ii. Pertanian dan Perdagangan – Tamadun China ( ms 52 )
F19 Semasa Dinasti Han, Tenggala diperkenalkan untuk membuat batas
F20 Penciptaan kolar kuda untuk menarik tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong beroda dan penyisir tanah
F21 Sistem tanaman bergilir diamalkan untuk menjaga kesuburan tanah
F22 Kawasan bukit diteres untuk tujuan pertanian
F23 Terusan dibina untuk membekalkan sumber air bagi pertanian
F24 Perusahaan logan dan tembikar berkembang sejak zaman Dinasti Han
F25 Hasil didagangkan ke Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat
F26 Peringkat awal, hasil dagangan dibawa melalui Jalan Sutera Darat
F27 Semasa Dinasti Tang menggunakan Jalan laut
F28 Wujud persatuan perdagangan
F29 Lahir golongan kelas pertengahan
29 X 1m = mak 15m
15
4
Cadangkan langkah-langkah untuk memajukan bidang pertanian di negara kita?
F1 Menguasai ilmu pengetahuan
F2 Menguasai kemahiran
F3 Menjamin keamanan
F4 Mengekalkan perpaduan kaum
F5 Kreatif dan inovatif
F6 Menggalakkan pelaburan asing
F7 Menaik taraf infrastruktur
F8 Menambah tenaga mahir
F9 Meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan
F10 Mengurangkan karenah birokrasi
F11 Memberikan bantuan modal
F12 Mencari pasaran baru
F13 Melakukan penyelidikan
F14 Menghasilkan biji benih yang berkualiti
F15 Menghasilkan baja yang berkualiti
F16 Perkongsian teknologi dengan negara maju
F17 Berani mencuba teknologi terbaru
F18 Pemberian Insentif Kepada Pengusaha-Pengusaha Pertanian
(mana-mana jawapan yang munasabah)
15
5
Apakah kejayaan yang dicapai oleh negara hasil daripada kemajuan bidang pertanian ?
F1 Pengeluar komoditi utama dunia (koko/getah/kelapa sawit)
F2 Bioteknologi
F3 Menjadikan pertanian satu industri
F4 Menjadi pusat pengeluaran herba
F5 Menyelaraskan peranan agensi penyelidikan seperti RISDA,MARDI
F6 Menubuhkan MARDI ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan mengiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri
F7 Menyediakan Pengurusan pertanian: FAMA, FELDA, FELCRA
F8 Memperkenalkan Teknologi pertanian (Hydrophonic/ fertigasi gantung/baja)
F9 Meluaskan pasaran di peringkat antarabangsa
F10 Pelopor hub halal
F11 Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) merupakan pameran pertanian yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia di (MARDI) Serdang, Selangor
F12 Konsep Ladang Merdeka menumpukan kepada usaha perladangan padi secara komersial berteraskan teknologi menerusi proses penyatuan lot-lot tanah sawah kecil menjadi lot-lot besar.
(mana-mana jawapan yang munasabah)
10
6
i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha memajukan bidang pertanian di negara kita. (5M)
Kewangan
F1 kekurangan modal
F2 nilai mata wang turun naik
F3 Kejatuhan pasaran saham
F4 Masalah menarik pelabur asing
Teknologi
F5 Masih rendah
F6 Bergantung kepada teknologi luar Globalisasi
F7 Persaingan dengan negara maju
F8 Pengiktirafan oleh negara-negara maju
Pasaran
F9 Menembusi pasaran antarabangsa
F10 Pasaran terhad
F11 Tekanan negara maju
Tenaga kerja
F12 Kurang mahir
F13 Bergantung kepada negara luar
F14 Ramai tenaga mahir berkhidmat di negara luar
Cabaran lain
F15 Kekurangan tanah pertanian
F16 Tiada galakan / sokongan daripada ibu bapa
(mana-mana jawapan yang munasabah)
ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5M)
F1 Penguasaan ilmu pengetahuan
F2 Menguasai ICT
F3 Penyelidikan dan pembangunan / R&D
F4 Mengukuhkan sistem kewangan
F5 Meningkatkan kualiti barangan
F6 Mencari pasaran baru
F7 Memperkenalkan / menggunakan e-dagang
F8 Mengadakan promosi
F9 Menyediakan modal insan yang berkualiti
(mana-mana jawapan yang munasabah)
10
7
Nyatakan nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada sumbangan tamadun awal yang boleh diterapkan demi kemajuan negara kita.
F1 Menjadi contoh
F2 Amanah/ jujur
F3 Ikhlas
F4 Bertanggungjawab
F5 Tidak tamak
F6 Tiada asad dengki/ dendam/ khianat
F7 Bekerjasama
F8 Dedikasi/ tekun
F9 Berdisiplin
F10 Adil
F11 Bersyukur
F12 Baik hati
F13 Berhemah tinggi
F14 Empati
F15 Rasional
F16 Semangat kemasyarakatan
F17 Berani
F18 Rajin
F19 Kebersihan fizikal dan mental
F20 Menitikberatkan kerohanian
F21 Tidak putus asa
F22 Semangat meneroka
F23 Bercita-cita tinggi/ berwawasan
F24 Bersifat inovatif dan reaktif
F25 Memiliki sikap tolenransi
F26 Sedia menerima perubahan
F27 Memelihara perpaduan
F28 Mementingkan ilmu pengetahuan
F29 Pentadbiran teratur
F30 Mengekalkan keamanan
F31 Cekal
F32 Berani
F33 Menghayati
(mana-mana jawapan yang munasabah)
10
8
Rumusan
F1 Pengetahuan yang diperolehi
F2 Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
F3 Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
5
Semoga perkongsian skema jawapan Peningkatan Tamadun untuk Sejarah Kertas 3 SPM Tingkatan 4 Bab 2 bermanfaat buat semua pelajar.