Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat
Panduan buat pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin menjawab soalan kertas 3 Sejarah Bab 8. Berikut dikongsikan contoh soalan dan Skema Jawapan Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat buat rujukan pelajar.
Tema Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat memfokuskan konsep negara dan bangsa melalui rentetan peristiwa di Malaysia. Sejarah pembinaan negara Malaysia bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kesinambungan pembinaan negara dan bangsa Malaysia dapat dilihat dengan jelas pada zaman kerajaan Johor dan Terengganu dengan perlembagaan bertulisnya, Kerajaan Kelantan dengan sistem Jemaah Menterinya dan Negeri Sembilan dengan prinsip demokrasi dan konsep persekutuan.
Kemuncak kesedaran tentang pembinaan negara dan bangsa dapat dilihat melalui penentangan terhadap Malayan Union 1946 yang membawa kepada penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948, kemunculan negara berdaulat pada 31 Ogos 1957 dan seterusnya pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
Pengenalan kepada sistem pemerintahan dan pentadbiran yang cekap melalui Demokrasi Berparlimen telah memberi inspirasi untuk membangunkan ekonomi negara. Perpaduan kaum dipupuk melalui ideologi dan dasar negara seperti Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.
Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat (Bab 8)
Tema / Tajuk : 8. 1 Bab 8 – Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan
Soalan : Pelbagai rancangan dan dasar ekonomi telah diperkenalkan oleh kerajaan sebelum dan selepas merdeka. Sejauh manakah dasar ekonomi dapat memupuk perpaduan dan kesejahteraan rakyat. Bincangkan.
Peringatan; Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah;-
TAJUK 7.1b :SKEMA JAWAPAN KEMUNCULAN NEGARA MALAYSIA BERDAULAT
FORMAT
ASPEK
PERINCIAN
MARKAH
Pengenalan
Latar belakang pembangunan ekonomi di Malaysia
1. Pengenalan
Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang pembangunan ekonomi di negara kita.
5
Isi dan huraian
Memahami rancangan pembangunan ekonomi di negara kita
2. Terangkan rancangan pembangunan Lima Tahun yang telah dilaksanakan dalam Tahap 1 (1956-1970) :
i. Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) (10 m)
ii. Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) (10 m)
iii. Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) (10m)
30
–
Menganalisis pencapaian ekonomi dalam Rancangan Malaysia keempat
3. Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu membangunkan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Keempat
15
–
Usaha kerajaan dalam memupuk perpaduan melalui dasar dasar pembangunan ekonomi
4. Jelaskan bagaimana dasar pembangunan ekonomi dapat menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat
15
–
Kejayaan dasar-dasar ekonomi dalam menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
5. Pada pendapat anda, sejauhmanakah kejayaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) mampu menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat?
10
–
Cabaran dan langkah-langkah dalam memupuk perpaduan
6. i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat (5 m )
ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5 m)
10
–
Nilai-nilai murni/ iktibar/ patriotisme daripada perkembangan ekonomi negara
7. Nyatakan nilai-nilai murni yang boleh diamalkan kesan daripada peningkatan ekonomi negara
10
Kesimpulan
Merumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan
8. Rumusan
Pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
5
Peraturan Pemarkahan Tingkatan 5 Bab 8
Soalan : Pelbagai rancangan dan dasar ekonomi telah diperkenalkan oleh kerajaan sebelum dan selepas merdeka. Sejauhmanakah dasar ekonomi dapat memupuk perpaduan dan kesejahteraan rakyat. Bincangkan.
KERANGKA JAWAPAN (Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat)
SOALAN
ISI DAN HURAIAN
MARKAH
1
Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang pembangunan ekonomi di negara kita
F1 Kerajaan British memperkenalkan pelbagai dasar hanya untuk memenuhi kepentingan ekonomi mereka
F2 British mengaut keuntungan daripada sistem ekonomi moden tersebut
F3 Sistem ekonomi moden yang diperkenalkan terlalu asing kepada penduduk peribumi
F4 Penduduk peribumi yang berasaskan ekonomi sara diri ketinggalan
F5 Menjelang kemerdekaan Tanah Melayu menghadapi kepincangan ekonomi dan sosial
F6 Dilaksanakan melalui Rancangan Pembangunan Lima Tahun
F7 Dimulakan oleh kerajaan Perikatan
F8 Peringkat awal tumpuan terhadap pembangunan kawasan luar bandar
F9 Dasar Ekonomi Baru (DEB)
F10 Untuk membasmi kemiskinan
F11 Menyusun semula masyarakat tanpa mengira kaum
F12 Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
F13 Menyambung hasrat DEB sehingga tahun 2000
F14 Rancangan Pembangunan Lima Tahun diwujudkan secara bersepadu untuk pembangunan negara
[ 14 x 1m = mak 5m ] 5 markah
5
2
Terangkan rancangan pembangunan Lima Tahun yang telah dilaksanakan dalam Tahap 1 (1956-1970)
i) Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)
F1 Diperkenalkan sejak sebelum merdeka
F2 Matlamat membangunkan kawasan luar bandar
F3 Supaya jurang pendapatan penduduk luar bandar dengan bandar dirapatkan
F4 Mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar
F5 Mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan sumber pendapatan negara supaya tidak terlalu bergantung kepada getah dan bijih timah
F6 Tumpuan rancangan Malaya Pertama memberi penekanan kepada sektor ekonomi, sosial dan awam
F7 Dalam sektor ekonomi pembukaan tanah baru untuk tujuan pertanian
F8 Penanaman semula getah digalakkan
F9 Hasil pertanian dipelbagaikan
F10 Perusahaan melombong bijih timah diperluaskan
F11 Dalam sektor sosial, seperti kebersihan, pendidikan dan perhubungan diberi perhatian
F12 Dalam sektor awam, infrastruktur seperti balai polis dan lain diberi tumpuan
F13 Strategi pelaksanaan Rancangan Malaya Pertama ialah penubuhan agensi kerajaan
F14 RIDA dan FELDA ditubuhkan
F15 Penubuhan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
F16 Menunjukkan keperihatinan kerajaan dalam pembangunan kawasan luar bandar
F17 Pencapaian rancangan Malaya Pertama kurang memberansangkan
F18 Kerana ancaman komunis semasa Zaman Darurat menyebabkan perbelanjaan negara disalurkan untuk keselamatan negara
F19 Kejatuhan harga komoditi getah di pasaran dunia
ii) Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
F20 Merupakan kesinambungan Rancangan Malaya Pertama
F21 Masih memberi penekanan kepada penduduk luar bandar
F22 Bertujuan merapatkan jurang perbezaan pendapatan penduduk luar bandar dengan bandar
F23 Mengurangkan kadar kemiskinan
F24 Meningkatkan taraf hidup rakyat
F25 Memberi tumpuan kepada penyedian infrastruktur sosial
F26 Seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan
F27 Menyediakan peluang pekerjaan
F28 Strateginya menggiatkan peranan FELDA
F29 Program pembukaan tanah FELDA dipergiatkan
F30 Mempelbagaikan hasil pertanian negara untuk mengurangkan pergantungan negara terhadap getah dan bahan makan import dipergiatkan
F31 FAMA ditubuhkan pada 1965
F32 FAMA berperanan membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian dan meningkatkan pendapatan petani
F33 Mewujudkan Bilik Gerakan di Kuala Lumpur
F34 Untuk menyelaraskan pembangunan negeri, daerah dan kampung Pengenalan Buku Merah
F35 Yang mempunyai program pelaksanaan dan kaedah mengesan tahap pencapaian program pembangunan
iii) Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
F36 Merupakan rancangan pembangunan lima tahun yang pertama setelah penubuhan Malaysia
F37 Memberi tumpuan pada integrasi nasional
F38 Memastikan semua program pembangunan memfokus pada kesejaheraaan rakyat
F39 Bersifat bersepadu merangkumi semua bidang ekonomi
F40 Mempelbagaikan ekonomi sektor pertanian dan perindustrian
F41 Strategi pembangunan pertanian iaitu pembukaan tanah baru
F42 Usaha pembukaan tanah baru oleh FELDA semakin pesat
F43 Mewujudkaan pelbagai projek seperti Tiga Segi Jengka, Johor Tenggara dan Pahang Tenggara
F44 FELCRA ditubuhkan pada 1965
F45 Bertujuan membantu FELDA dalam pembangunan ekonomi luar bandar
F46 Strategi pembangunan perindustrian dengan menubuhkan MARA pada 1966
F47 MARA menggantikan RIDA
F48 Matlamatnya membantu bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian
F49 Strategi MARA menambah guna tenaga Bumiputera
F50 Meningkatkan ekuiti bumiputera
F51 Menyediakan kemudahan asas Bumiputera
F52 Penubuhan Bank Bumiputera
F53 Untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan
F54 Penubuhan PERNAS pada 1969
F55 Bertujuan menggiatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang perusahaan dan perdagangan
F56 MARDI ditubuhkan 1969
F57Bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi meningkatkan hasil pertanian kecuali getah
F58 MIDA ditubuhkan pada 1967
F59 Untuk pembangunan perindustrian
F60 Akta Pelaburan 1969
F61 Menggalakkan kemunculan industri baru
F62 Rancangan Malaysia pertama terbantut apabila berlaku Peristiwa 13 Mei 1969
[ 62 x 1m = mak 30m ]
30
3
Jelaskan usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu ekonomi dalam Rancangan Malaysia Keempat
F1 Rancangan Malaysia Keempat turut mendukung aspirasi DEB
F2 Walaupun rancangan ini dilancarkan semasa dunia mengalami kelembapan ekonomi namun rancangan ini tetap meneruskan program pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ketiga
F3 Rancangan Malaysia Keempat memberi tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal
F4 Penggunaan teknologi tinggi
F5 Keperluan tenaga pekerja mahir
F6 Strategi Rancangan Malaysia Keempat dalam pembangunan sektor perindustrian ialah penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM)
F7 Perbadanan industri berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan pada akhir tahun 1980
F8 HICOM berperanan mengenalpasti, memula, dan menguruskan projek industri berat dengan cekap seperti mana yang dikendalikan oleh sektor swasta F9 Pembukaan kawasan perusahaan baru bagi menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan asing, kawasan perusahaan baru dibuka di Senai, Johor/ Senawang,Negeri Sembilan/ Bintulu, Sarawak/ Menggatal & Likas, Sabah
F10 Pengisytiharan Zon Perdagangan Bebas
F11 Zon Perdagangan Bebas diperkenalkan di Bayan Lepas (Pulau Pinang) dan Sungai Way (Selangor)
F12 Pelancaran Kajian Dasar Perindustrian Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian dilancarkan untuk memastikan keberkesanan projek perindustrian
F13 Kajian Dasar Perindustrian Malaysia telah mengenalpasti kelemhan dalam struktur perindustrian negara
F14 Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju pembangunan industrinya dan strategi pelaksanaannya
F15 Pengenalan Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia dalam Rancangan Malaysia Keempat bertujuan melibatkan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara
F16 Penglibatan sektor swasta dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan
F17 Penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN)
F18 Bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum bumiputera dengan kaum bukan bumipitera, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dilancarkan pada tahun 1981
F19 Strategi Rancangan Malaysia Keempat dalam pembangunan pertanian, iaitu perngenalan Dasar Pertanian Negara (DPN)
F20 Dasar Pertanian Negara (DPN) dibentuk pada tahun 1984 untuk memoden dan menggiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan
F21 Rancangan Malaysia Keempat mencatatkan perkembangan Keluaran Dalama Negara Kasar (KDNK) pada kadar 5.8% setahun
F22 Pendapatan Perkapita meningkat pada kadar 4.4% setahun menjadi RM4,000 juta pada tahun 1985
[ 20 x 1m = mak 15m ]
15
4
Jelaskan bagaimana dasar pembangunan ekonomi dapat menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
F1 Meningkatkan pendapatan sektor pertanian semua kaum ke tahap maksimum
F2 Pengurusan sumber ekonomi negara yang cekap
F3 Pengurusan yang berkesan
F4 Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil
F5 Memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk di eksport
F6 Pembukaan tanah-tanah baru seperti FELDA untuk semua kaum
F7 Penglibatan sektor swasta dalam pembangunan negara
F8 Perkongsian kepakaran dalam syarikat
F9 Sektor swasta mengutamakan kepentingan nasional
F10 Pihak kerajaan memberikan perkhidmatan sokongan
F11 Kerajaan memudahkan perkhidmatan / perusahaan / kepentingan / pelaburan / kuasa tertentu kepada sektor swasta
F12 Merapatkan jurang ekonomi luar bandar
F13 Membangunkan kawasan luar bandar
F14 Memaksimumkan penglibatan semua kaum dalam sektor ekonomi
F15 Melaksanakan program usahawan
F16 Meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar
F17 Menyediakan kemudahan sosioekonomi untuk semua kaum
F18 Menghapuskan dasar berat sebelah dalam komuniti
F19 Peluang ekonomi untuk semua kaum
Mana-mana yang munasabah
[ 19 x 1m = mak 10m ]
15
5
Pada pendapat anda, sejauhmanakah kejayaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) mampu menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat
F1 Menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum/ kawasan/ wilayah
F2 Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum
F3 Menambahkan pendapatan
F4 Menyediakan peluang pekerjaan bagi merapatkan jurang ekonomi
F5 Menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi
F6 Program pembangunan kawasan luar Bandar diteruskan
F7 Penubuhan Kementerian Tanah dan Kemajuan Wilayah
F8 Penubuhan MARA
H8a Membantu usahawan bumiputera
H8b Menambah guna tenaga bumiputera
H8c Meningkatkan ekuiti bumiputera
H8d Menyediakan kemudahan asas kepada bumuputera
F9 Membantu golongan petani
F10 Menggalakkan perkembangan perusahaan/ perdagangan/memajukan bandar
F11 Penubuhan Lembaga Beras dan Padi Negara /LPN
H11a Menstabilkan harga padi
F12 Penubuhan Kemajuan Ikan Malaysia/LKIM
H12a Membangunkan / meodenkan industry perikanan
H12b Meningkatkan taraf hidup nelayan
F13 Perbadanan Pembangunan Bandar / UDA
H13a Membangunkan Bandar
F14 Penubuhan RISDA
H14a Membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan
H14b Penanaman semula getah
F15 Lembaga PErtubuhan Peladang / LPP
H15a Membantu golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi
F16 PETRONAS
H16a Memajukan sector perindustrian dan perniagaan berkaitan dengan petroleum
F17 Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
H17a Menggalakkan perindustrian dan perdagangan
H17b Menyediakan tapak perindustrian/perubahan/ruang pejabat/kedai
F18 Lembaga Kemajuan Johor Tenggara / KEJORA
F19 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah /KETENGAH
F20 Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara /DARA
F21 Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan /KESEDAR
F22 Perbadanan Industri Berat Malaysia/HICOM
F23 Penubuhan kawasan perusahaan baru
C23a Senai Johor/Senawang Negeri Sembilan/ Bintulu Sarawak/ Menggatal dan Likas Sabah
F24 Zon perdagangan bebas diperkenalkan
C24a Bayan Lepas Pulau Pinang/ Sungai Way Selangor
F25 Kajian Dasar Perindustrian Malaysia
F26 Pelan Induk Perindustrian
F27 Dasar Penswastaan Malaysia
F28 Dasar Pensyarikatan Malaysia
F29 Permodalan Nasional Berhad /PNB
F30 Skim Amanah Saham Nasional /BSN
F31 Dasar Pertanian Negara /DPN
F32 Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia
F33 Pelancaran TAhun Melawat Malaysia
F34 Penyelidikan dan Pembangunan / R&D F35 Menggalakkan rakyat mengusahakan tanah terbiar dengan pelbagai jenis tanaman
F36 Mengelakkan pengangguran di kawasan luar bandar
F37 Memberi bantuan pinjaman modal kepada rakyat untuk perkembangan industri
F38 Memberi subsidi kepada petani dan usahawan/ industri desa
F39 Menyediakan teknologi canggih/ inovasi
F40 Meningkatkan bilangan pekerja mahir
F41 Meningkatkan taraf hidup rakyat
F42 Menggalakkan kemasukan pelabur asing melalui taraf perintis/ kemudahan prasarana/ infrastruktur
F43 Mewujudkan kawasan-kawasan perindustrian
F44 Mewujudkan bandar-bandar baru di seluruh negara
F45 Menjalankan penyelidikan (R&D)
F46 Meneruskan dan mempromosikan Tahun Melawat Malaysia
F47 Meningkatkan sektor perindustrian dengan melonggarkan peraturan
F48 Mengawal hak milik syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta
F49 Melengkapkan rakyat Malaysia dengan pelbagai kemahiran selaras dengan peluang semasa
( Mana-mana yang munasabah )
10
6
i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat (5 markah)
F1 Jurang ekonomi antara kaum
F2 Pembangunan tidak seimbang antara bandar dan luar bandar
F3 Sentimen perkauman yang menebal.
F4 Campur tangan anasir luar.
F5 Tiada sokongan padu terhadap pembangunan kerajaan
F6 Terkongkong dengan ekonomi tradisional
F7 Kurang penghayatan terhadap unsur-unsur patriotisme
F8 Tiada sikap berdaya saing
F9 Sikap memilih kerja
F10 Kurang jati diri
F11 Masalah pemasaran pemasaran
F12 Bencana alam. Contoh banjir dan bencana alam
( Mana-mana yang munasabah )
ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5 markah)
F1 Menganjurkan program motivasi / ceramah / kempen / aktiviti kemasyarakatan.
F2 Melibatkan semua kaum dalam pembangunan negara.
F3 Memantapkan lagi institusi pendidikan.
F4 Menaik taraf infrastruktur.
F5 Menghayati dasar-dasar pembangunan negara.
F6 Memperkasakan pembangunan ekonomi di setiap wilayah.
F7 Kemudahan kredit lebih longgar.
F8 Memantapkan institusi keluarga
F9 Melahirkan semangat berdaya saing
F10 Pemasaran melalui e-dagang
F11 Penglibatan FAM
F12 Konsep Kedai 1 Malaysia
F13 Meningkatkan peranan koperasi
Mana-mana yang munasabah
10
7
Nyatakan nilai-nilai murni yang boleh diamalkan kesan daripada peningkatan ekonomi negara
F1 Berkemahiran tinggi
F2 Gigih berusaha
F3 Berdaya saing
F4 Bijak merebut peluang
F5 Mengukuhkan perpaduan
F6 Berani menghadapi risiko
F7 Tabah menghadapi cabaran
F8 Kerjasama
F9 Semangat patriotisme yang jitu
F10 Kreatif/ inovatif
F11 Kebijaksanaan pemimpin
F12 Bertanggungjawab mana-mana yang munasabah
( 10 markah )
10
8
Rumusan
F1 Pengetahuan yang diperolehi
F2 Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
F3 Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang cemerlang
5
Semoga perkongsian Skema Jawapan Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat untuk Sejarah Kertas 3 SPM Tingkatan 5 Bab 8 boleh dijadikan rujukan berguna buat pelajar.