Skema Jawapan Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya
Contoh Soalan Dan Jawapan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 Bab 6
Berikut dikongsikan contoh soalan dan skema jawapan Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya untuk Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 Bab 6. Merujuk tema 8 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 6, berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut;
I. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar majalah, risalah, internet dan lain-lain.
II. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.
III. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.
Skema Jawapan Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya Sejarah Kertas 3 (Tingkatan 4 Bab 6)
TAJUK 8.3 :SKEMA JAWAPAN PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
FORMAT
ASPEK
PERINCIAN
MARKAH
Pengenalan
Memahami latarbelakang pembentukan kerajaan Khualafa al- Rasyidin.
1. Pengenalan.
Jelaskan latarbelakang pembentukan Kerajaan Khulafa al- Rasyidin.
5
Isi dan huraian
Memahami syarat dan cara perlantikan Khalifah.
2. Syarat dan cara pelantikan khalifah.
i. Kenalpasti syarat untuk menjadi khalifah. (10M)
ii. Nyatakan cara pemilihan Khalifah (20M)
30
–
Menganalisis tugas-tugas Khalifah.
3. Tugas tugas Khalifah.
Jelaskan tugas-tugas Khalifah semasa menerajui pemerintahan kerajaan Islam.
15
–
Mengaplikasi sistem pemerintahan Khalifah al – Rasyidin dengan gaya pentadbiran negara masa kini.
4. Langkah ke arah mewujudkan sistem pemerintahan dan pentadbiran negara.
Cadangkan langkah-langkah mewujudkan sistem pemerintahan dan pentadbiran negara yang lebih cemerlang.
15
–
Menilai keberkesanan sistem pemerintahan dan pentadbiran negara.
5. Kejayaan negara hasil daripada kecemerlangan sistem pemerintahan dan pentadbiran.
Berdasarkan pengetahuan anda, kemukakan kejayaan Malaysia kesan daripada kecemerlangan pemerintahan dan pentadbiran dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
10
–
Mencipta / menjana idea usaha mengekalkan keamanan dan kemakmuran Malaysia.
6. Cabaran dan langkah mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara.
i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran (5M)
ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5M)
10
–
Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada pemerintahan dan pentadbiran Khulafa al-Rasyidin demi kecemerlangan negara.
7. Nilai nilai murni / iktibar / patriotisme daripada pemerintahan dan pentadbiran Khulafa al-Rasyidin demi kecemerlangan negara.
Nyatakan nilai nilai murni yang diperoleh daripada sistem pemerintahan Zaman Khulafa al-Rasyidin.
10
Kesimpulan
Merumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan.
8. Rumusan.
pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang
5
Peraturan Pemarkahan Tingkatan 4 Bab 6
Soalan : Pemerintahan Zaman Khulafa ar Rasyidin telah meninggalkan corak pemerintahan dan pentadbiran cemerlang kepada negara kita pada masa ini. Bincangkan;-
KERANGKA JAWAPAN (Skema Jawapan Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya)
SOALAN
ISI DAN HURAIAN
MARKAH
1
Jelaskan latar belakang Kerajaan Khulafah al-Rasyidin.
F1 Bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w
F2 Pada tahun 632 M
F3 Dikenali Zaman Khulafah ar Rasyidin
F4 Tokohnya Saidina Abu Bakar (632 – 634 M)
F5 Khalifah Umar bin al-Khattab (634 – 644 M)
F6 Khalifah Uthman bin Affan (644 – 656 M
F7 Khalifah Ali bin Abu Talib (656 – 661 M)
F8 Wujud sistem penggantian pemimpin Kerajaan Islam
F9 Umat Islam sentiasa bersatu untuk mengatasi masalah kepimpinan
5
2
i. Syarat-syarat pemilihan khalifah. (10M)
F1 Lelaki
F2 Merdeka
F3 Islam
F4 Memiliki pengetahuan tentang Islam
F5 Mematuhi perintah Allah
F6 Sanggup melaksanakan hukum Allah
F7 Adil
F8 Akhlak baik
F9 Tubuh badan sihat dan sempurna
F10 Cerdas
F11 Warak
F12 Pandai mentadbir
ii. Cara pemilihan khalifah. (20 M)
F1 Empat cara
F2 Musyawarah atau syura
F3 Sewaktu pelantikan Saidina Abu Bakar al Siddiq
F4 Golongan Ansar daripada Bani Saadah melantik golongan mereka
F5 Cadangan daripada Saidina Umar
F6 Daripada persetujuan ramai
F7 Cadangan satu nama diusulkan
F8 Daripada khalifah terdahulu
F9 Saidina Umar dilantik
F10 Diusulkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya
F11 Melalui pemilihan beberapa calon
F12 Semasa pelantikan Uthman bin Affan
F13 Enam calon diusulkan
F14 Uthman dipilih
F15 Pencalonan oleh sekelompok masyarakat
F16 Pencalonan Saidina Ali bin Abi Talib
F17 Semua kaedah melalui proses syura / musyawarah
F18 Persetujuan di kalangan umat Islam
F19 Diperkukuhkan dengan angkat sumpah / baiah / taat setia
F20 Baiah menjamin pelantikan yang tepat
F21 Berkelayakan
F22 Berhemah tinggi
F23 Pentadbiran kerajaan lebih lancar
F24 Menjadi pemimpin cemerlang
F25 Mampu membawa kebahagian umat Islam
F26 Di dunia dan akhirat
F27 Syurah / pemuafakatan
30
3
Tugas-tugas khalifah.
F1 Memelihara kedudukan agama Islam
F2 Mentadbir negara mengikut hukum syariah
F3 Yang berpandukan al- Quran
F4 Dan sunnah
F5 Berkewajipan menitikberatkan sistem politik / ekonomi / sosial
F6 Keseimbangan antara keperluan rohani / jasmani
Politik
F7 Memastikan kelicinan pentadbiran negara
F8 Mempertahankan negara islam
F9 Melantik pengawai pentadbiran negara
F10 Melucutkan jawatan pengawai pentadbiran negara
Sosial
F11 Menjaga kebajikan rakyat
F12 Memastikan rakyat menikmati kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat.
F13 Bertanggungjawab menjaga / meneruskan ajaran Allah yang telah disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w
F14 Mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah / syura
F15 Memantapkan sistem perundangan Islam
Ekonomi
F16 Menguruskan hal ehwal kewangan
F17 Mengurus perbendaharaan negara
F18 Mengurus baitulmal
F19 Mengatur pungutan kharaj
F20 Jizyah
F21 Zakat
15
4
F1 Pemerintah yang adil
F2 Keadilan ekonomi sama rata
F3 Pemerintah berilmu
F4 Pemerintah amanah
F5 Kerajaan mesra rakyat
F6 Mengamalkan konsep 1 Malaysia
F7 Kerajaan prihatin
F8 Pendemokrasian pendidikan
F9 Kelicinan pengurusan
F10 Perpaduan antara kaum
F11 Kebebasan ekonomi
F12 Berfikiran globalisasi
F13 Mengurus ekonomi secara optimum
F14 Berdaya saing
F15 Keterbukaan
F16 Sistem penyampaian yang tepat
F17 Mengurangkan kerenah biokrasi
F18 Menjalin hubungan luar
F19 Kebebasan beragama
F20 Menghormati hak asasi manusia
(mana-mana jawapan yang munasabah)
15
5
F1 Kemajuan sistem pentadbiran / e-pentadbiran
F2 Kemajuan ICT dalam pentadbiran
F3 Kemajuan ekonomi
F4 Perindustrian berkembang
F5 Perbankan elektronik
F6 Perlaksanaan K-ekonomi
F7 Kemajuan teknologi dalam pertanian / penggunaan jentera
F8 Tumpuan pelancong asing
F9 Hubungan antarabangsa berkembang
F10 Kemajuan sistem pengangkutan / MRT / jalan raya
F11 Kemajuan sistem perhubungan / komunikasi
F12 Pemodenan kemudahan kesihatan / hospital
F13 Penggunaan ICT dalam sistem pendidikan
F14 Kemajuan teknologi dalam sistem pertahanan
F15 Kemajuan sistem perhubungan udara dan laut
F16 Peningkatan taraf hidup rakyat
F17 Kadar pengangguran berkurangan
F18 Pendapatan isi rumah bertambah
F19 Penurunan kadar jenayah
F20 Pertambahan kawasan liputan internet / wifi
(mana-mana jawapan yang munasabah)
10
6
i. Cabaran Negara. (5M)
F1 Mengukuhkan perpaduan kaum
F2 Pelbagai bahasa
F3 Pelbagai budaya
F4 Pelbagai kepercayaan / agama
F5 Pelbagai fahaman politik
F6 Demografi yang berbeza
F7 Polarisasi kaum
F8 Sosial ekonomi berbeza
F9 Jurang perbezaan pendapatan
F10 Jurang perbezaan pendidikan
F11 Jurang perbezaan lokasi / bandar / luar bandar
F12 Globalisasi/ cabaran luar
F13 Ancaman pengganas siber
F14 Pencerobohan luar
F15 Lambakan imigran
(mana-mana jawapan yang munasabah)
ii. Langkah-langkah mengatasi. (5M)
F1 Mengukuhkan perpaduan kaum
F2 Kerjasama antara kaum
F3 Konsep 1 Malaysia
F4 PLKN
F5 Sukan untuk perpaduan
F6 MSSM
F7 SUKMA
F8 Integrasi nasional
F9 Mempertingkatkan pertahanan Negara
F10 Memperkasakan peranan SKMM
F11 Mempertingkatkan hubungan diplomatik
F12 Meningkatkan prasarana pendidikan luar bandar
F13 Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
F14 Menghargai setiap perayaan kaum
F15 Menghormati agama/adat/kepercayaan setiap kaum
(mana-mana jawapan yang munasabah)
10
7
Nilai-nilai murni.
F1 Musyawarah
F2 Muzakarah
F3 Keadilan
F4 Bijaksana
F5 Syukur
F6 Redha tuhan
F7 Syura
F8 Amanah
F9 Siddik
F10 Tabligh
F11 Global
F12 Kebenaran
F13 Integriti
(mana-mana jawapan yang munasabah)
10
8
Rumusan Skema Jawapan Pembentukan Kerajaan Islam
F1 Pengetahuan yang diperolehi
F2 Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
F3 Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
5
Semoga perkongsian skema jawapan Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya untuk Sejarah Kertas 3 SPM Tingkatan 4 Bab 6 bermanfaat buat semua pelajar.