NOTASPMTINGKATAN 5

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 Sistem

Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 Sistem Pemerintahan Malaysia. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 Sistem Pemerintahan Malaysia yang berkaitan tentang Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan SPM.

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 Sistem Pemerintahan Malaysia

Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia

Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 Sistem Pemerintahan Malaysia - Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 Sistem

7.1 Ciri-Ciri Demokrasi Berparlimen

Corak Negara Demokrasi

  • Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatan rakyat
  • Umumnya terdapat dua corak pemerintahan demokrasi iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Republik
  • Sistem Raja Berperlembagaan ialah sistem peemrintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi Negara dan negeri
  • Raja dibantu oleh Perdana Menteri
  • Raja juga adalah ketua negara dan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan
  • Sistem Republik ialah sistem yang menolak institusi beraja. Kerajaan diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya
  • Di Perancis, Korea Selatan, India dan Filipina, presiden memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara
  • Malaysia pula mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan tahun 1957.

Takrif Demokrasi Berparlimen di Malaysia

  • Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri daalm pemerintahan negara
  • Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat
  • Rakyat juga berpeluang membentuk kerajaan. Rakyar bebas memilih
  • Wakil demokrasi berparlimen melalui pilihan raya bermaksud rakyat melibatkan diri dalam pemerintahan
  • Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya
  • Sistem ini mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil

Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen di Malaysia

  • Perlembagaan
  • Raja berperlembagaan
  • Kuasa Pemerintahan iaitu Badan Perundangan, Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman
  • Pilihan raya
  • Parti-Parti Politik

7.1.1 Perlembagaan

Perlembagaan Malaysia

  • Perlembagaan ialah undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan
  • Ia adalah dokumen rasmi dan di dalamnya terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara
  • Parti Politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran Negara dan hal ini menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya
  • Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963
  • Mengandungi 183 perkara, antaranya Senarai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Institusi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Kehakiman
  • Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Negeri
  • Negeri-negeri persekutuan di Malaysia diberi hak, kuasa, dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Negeri
  • Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan Senarai Persekutuan, Negeri dan Bersama

Keluhuran Perlembagaan

  • Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga
  • Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri
  • Ketertinggian perlembagaan dapat dilihat pada Keluhuran Perlembagaan Malaysia yang mengatasi Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah
  • Bermaksud Yang Dipertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan dan Parlimen juga memperoleh kuasa daripada perlembagaan
  • Ketertinggian juga boleh dilihat pada Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebesan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta
  • Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia tidak sah. Undang-undang negeri mesti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan
  • Undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan terbatal dengan sendirinya
  • Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukan kuasa kepada mahkamah membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen
  • Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan kertertinggian Perlembagaan Malaysia

Kepentingan Perlembagaan

  • Menjamin kestabilan negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya
  • Menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan
  • Menjadi panduan kepada pemerintah supaya pemerintahannya menepati aspirasi rakyat
  • Menjamin taat setia rakyat kepada negara
  • Mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia kerana seseorang yang mempunyai kelayakan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya
  • Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta
  • Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang Dipertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah
  • Menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
  • Menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Perlembagaan Negeri tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia
  • Menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah agar tidak dipersoalkan. Jaminan ini ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia lagi
  • Ini membolehkan Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membangunkan Sarawak dan Sabah
  • Pembangunan pesat juga berlaku dalam bidang pendidikan dan kesihatan, pos dan telekom khasnya di kawasan pedalaman

Pindaan Perlembagaan

i) Tujuan Pindaan

  • Melindungi kepentingan rakyat
  • Menjamin keselamatan negara
  • Melicinkan urusan pentadbiran
  • Supaya relevan dan sesuai dengan keperluan semasa
  • Menjadikan Perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati
  • Melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka
  • Memelihara keselamatan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di Negara ini

ii) Antaranya perkara sensitif termasuklah pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu.

iii) Contoh Pindaan

  • Parlimen meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan kaum
  • Antara pindaan besar yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang Dipertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah.

Kaedah Pindaan Perlembagaan

  1. Kaedah Pertama – Persetujuan Majoriti lebih suara 2/3 Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja :
    • Tugas dan kuasa Majlis Raja-raja
    • Kewarganegaraan
    • Keutamaan Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Raja-raja dan Yang Dipertua Negeri
    • Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah
    • Perubahan sempadan negeri
  2. Kaedah kedua – Persetujuan majoriti lebih suara 2/3 Dewan Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah :
    • Keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah
    • Hak dan kuasa kepada Kerajaan Negeri menahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah (Akta Imigresen 1961)
    • Perkara perundangan dan pemerintahan kuasa negeri, agama, bahasa dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah
  3. Kaedah Ketiga – Persetujuan lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen :
    • Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan.
  4.  Kaedah keempat – Persetujuan lebih suara Dewan Parlimen :
    • Tentang kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikrar, pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara serta persempadanan pilihan raya
    • Perkara 74, perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Ia juga boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri bagi perkara dalam senarai negeri dan senarai bersama yang diperuntukkan oleh perlembagaan
    • Perkara 76, Parlimen boleh membuat undang-undang senarai negeri yang melibatkan Persetiaan, perjanjian atau konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana negara lain.

7.1.2 Raja Perlembagaan

Maksud Raja Berperlembagaan

  • Bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia
  • Yang Dipertuan Agong perlu bertindak berdasarkan Perlembagaan. Baginda juga perlu mendapat nasihat Perdana Menteri
  • Baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda
  • Yang Dipertuan Agong ialah jawatan yang diwujudkan sejak tahun 1957
  • Baginda adalah tonggak negara dan Ketua Utama Negara
  • Baginda merupakan simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini
  • Yang Dipertuan Agong dipilih di kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada Sembilan buah negeri Melayu secara bergilir-gilir
  • Pemilihan Yang Dipertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia

Bidang Kuasa Yang Dipertuan Agong Mengikut Perlembagaan Malaysia

  • Yang Dipertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan (Legislatif), Pemerintah (Eksekutif) dan Kehakiman (Judisiari)
  • Yang Dipertuan Agong merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen selain daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat
  • Berkuasa memanggil dan membubarkan Parlimen
  • Baginda merupakan ketua tertinggi angkatan bersenjata
  • Baginda berkuasa mengampunkan dan menangguhkan hukuman terhadap kesalah yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera
  • Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu
  • Baginda boleh menitahkan Majlis Raja- Raja mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan, kemuliaan Raja-Raja Melayu. Majlis Raja-Raja Melayu ini bebas daripada Badan Perundangan Persekutuan dan Negeri serta Badan-Badan Eksekutif Kerajaan
  • Baginda merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah
  • Baginda mempunyai kuasa budi bicara melantik Perdana Menteri, melantik dan melucut jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Perdana Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri
  • Baginda boleh mengisytiharkan Undang-Undang Darurat di bawah Undang-Undang X jika mendapati keselamatan negara terancang
  • Baginda berkuasa melantik Pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, Ahli Perkhidmatan Kehakiman, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

  • Baginda juga bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan
  • Baginda mempunyai kuasa tertinggi mentauliahkan duta-duta negara kita

7.1.3 Kuasa Pemerintahan

  1. Malaysia merupakan negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa
  2. Kuasa pemerintahan dibahadikan tiga cabang iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman

Badan Perundangan (Legislatif)

  • Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh Badan Perundangan yang dipertanggungjawab oleh perlembagaan
  • Fungsi Badan Perundangan ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat
  • Parlimen ialah BadanPerundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita
  • Parlimen terdiri daripada Yang Dipertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat
    • Dewan Negara atau senat
      • Merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita
      • Mengandungi 69 orang ahli. 26 orang ahli dipilih daripada 13 buah negeri iaitu dua orang setiap negeri. Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada bukan kalangan ahli DUN
      • Dua orang ahli dilantik oleh Yang Dipertuan Agong mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang mewakili Wilayah Persekutuan Labuan.
      • 40 orang ahli dilantil oleh Yang Dipertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang profesional
      • Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang Dipertuan Agong
      • Ahli Dewan Negara digelar Senator yang dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya
      • Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri
      • Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberi sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang professional, atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli
    • Dewan Rakyat
      • Merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum
      • Mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara
      • Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun.
      • Tugas utama Dewan rakyat adalah menggubal undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat
      • Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen ialah Akta
      • Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri ialah Enakmen
      • Undang yang dibuat oleh DUN Sarawak dan Sabah dikenali sebagai Ordinan
    • Proses meluluskan undang-undang di Parlimen
      • Cadangan oleh kementerian
      • Penggubalan rang undang-undang oleh Peguam Negara
      • Pembacaan Pertama di Dewan Rakyat iaitu pembacaan tajuk rang undang-undang sahaja
      • Pembacaan Kedua di Dewan Rakyat dan rang undang-undang ini pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat
      • Pembacaan Ketiga di Dewan Rakyat. Rang undang-undang ini dibahaskan sebelum diluluskan untuk dikemukan ke Dewan Negara
      • Pembentangan di Dewan Negara. Proses yang sama seperti di Dewan Rakyat diulangi
      • Penyerahan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara kepada Yang Dipertuan Agong untuk diperkenankan dan diturunkan cap Mohor Negara
      • Perwartaan atau pemberitahuan undang-undang ini dalam Warta Kerajaan

Badan Pelaksana (Eksekutif)

  • Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan dan pembuat dasar tertinggi negara
  • Tugas Jemaah Menteri adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara
  • Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri
  • Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sebuah atau beberapa kementerian
  • Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras program pembagunan ekonomi dan sosial
  • Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik
  • Menteri tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berfolio.Beliau akan diberi tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri
  • Perkhidmatan awam diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan
  • Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan
  • Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah
  • Kementerian juga biasanya mempunyai jabatan di peringkat pusat, negeri dan daerah
  • Badan-badan kerajaan pula dikenali sebagai Badan Berkanun
  • Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu
  • Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Ia ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan
  • Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepatkan pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan
  • Contohnya Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
  • Beberapa suruhanjaya turut ditubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam
  • Antara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Polis dan Majlis Angkatan Tentera

Badan Kehakiman (Judisiari)

  • Mempunyai kuasa mendengar serta menentukan :
    • Perkara sivil berkaitan saman biasanya memerlukan affidavit
    • Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan
  • Berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri
  • Sistem Mahkamah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman
  • Kuasa Mahkamah :
    • Mentafsir Perlembagaan Negara, mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan dan Negeri
    • Mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-udang
  • Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen
  • Sistem Mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid
  • Melalui sistem ini, individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh merayu di mahkamah yang lebih tinggi
  • Terdapat dua mahkamah rendah iaitu Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen
  • Terdapat empat mahkamah atasan iaitu Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah. Seterusnya Mahkamah Rayuan dan yang paling atas Mahkamah Persekutuan
  • Semua hakim dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri
  • Urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan perlucutan jawatan pula terletak di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong
  • Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah
  • Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang
  • Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara
  • Peguam Negara menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan kehakiman

7.1.4 Pilihan Raya

Maksud Pilihan Raya

  • Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah pada peringkat negeri atau persekutuan
  • Pemilihan dibuat secara sulit mengikut prosedur yang telus dan teratur
  • Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan
  • Proses pengiraan undi dijalankan secara telus dengan pemantauan oleh ejen parti politik yang bertanding
  • Calon yang mendapat undi yang terbanyak dikira menang. Sistem ini dikenali dengan Sistem majoriti mudah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

  • Pilihan raya dijalankan oleh SPR
  • Keanggotaannya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu
  • Penubuhan SPR menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang
  • Tiga fungsi utama SPR :
    • Menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihanraya
    • Menjalankan pendaftaran pemilih
    • Mengendalikan pilihanraya umum atau pilihan raya kecil.
  • SPR turut menubuhkan urusetia yang diketuai oleh setiausaha yabg berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urusetia
  • Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam
  • Urusetia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR
  • Ia bertujuan memastikan pilihan raya dijalankan dengan efektif dan adil.

Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil

  • Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat (DR) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) secara serentak di Semenanjung Malaysia
  • Di Sarawak dan Sabah, waktu pilihan raya umum bagi DR dan DUN diasingkan
  • Pilihan raya kecil daiadakan apabila berlaku kekosongan kerusi Parlimen atau DUN
  • Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan oleh kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan
  • Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu

Calon

  • Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti
  • Mereka boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya
  • Syarat calon pilihan raya ialah warganegara Malaysia, umur 21tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan muflis, tidak memegang jawatan perkhidmatan awam dan tidak disabit kesalahan oleh mahkamah
  • Seseorang warganegara hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau DUN jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM 2000 dan belum mendapat keampunan
  • Calon boleh bertanding atas nama parti atau individu (calon bebas)
  • Calon juga perlu mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon
  • Sebelum pengundian dijalankan, calon daripada parti yang bertanding dibenarkan berkempen
  • Tempoh kempen adalah antara 7 hingga 15 hari sahaja

Pengundi

  • Pengundi yang layak boleh mengundi setelah namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih
  • Seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya DR dan DUN boleh mengundi dalam pilihan raya
  • Pengundi hanya boleh mengundi di sebuah kawasan pilihan raya sahaja
  • Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar luar negara dan pegawai kerajaan bertugas di luar Negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka berdaftar

Kepentingan Pilihan Raya

  • Pilihan raya penting dalam sistem pemerintahan demokrasi
  • Setiap warganegara perlu bertanggungjawab dan mengambil tahu perkembangan politik semasa
  • Mereka harus melibatkan diri dalam proses pemilihan pemimpin negara
  • Mereka sendiri yang menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan melalui pilihan raya

Rumusan Langkah-langkah Proses Pilihan Raya Di Malaysia

  • Penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh SPR.
  • Penamaan calon
  • Penyediaan manifesto oleh parti yang bertanding
  • Pelancaran kempen pilihan raya
  • Pengumuman tempat pengundian dan tempat pengiraan undi oleh SPR
  • Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon kepada pengundi di tempat pengundian
  • Pembuangan undi. Pengundi akan memangkah calon pilihan raya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi
  • Pengiraan undi
  • Pengumuman keputusan pilihanraya oleh Pegawai Pilihan raya.

7.1.5 Parti Politik di Malaysia Sehingga Tahun 1963

Maksud Parti Politik

  • Parti politik ialah sekumoulan orang yang mempunyai ideology untuk mencapai matlamat bersama. Mereka ini berjuang untuk mendapatkan kuasa
  • Ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberi kesetiaan dan komitmen terhadap parti
  • Sikap perkauman juga mnejadi asas pembentukan dan penyatuan ahli parti, contohnya UMNO, MCA dan MIC
  • Parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan memelihara kepentingan kaum masing-masing.

Parti-Parti Politik Di Tanah Melayu sehingga tahun 1963

  • Malayan Demokratik Union (MDU)
    • Ditubuhkan oleh professional Cina
    • Pertubuhan bukan Melayu yang menentang Malayan Union kerana dianggap tidak demokratik
  • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
    • Menyatukan orang Melayu menentang Malayan Union
    • Melindungi kepentingan Melayu
    • Ingin mencapai kemerdekaan
    • Ditubuhkan pada 11 Mei 1946
    • UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIc menubuhkan Parti Perikatan
  • Malayan Indian Congres (MIC)
    • Menjaga kepentingan orang India
    • Memperjuangkan kemajuan politik bersama-sama kaum lain
    • Ditubuhkan di bawah Yang Dipertuanya John Thivy
  • Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA)
    • Menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
    • Ingin menyatukan Singapura dengan Tanah Melayu dan menuntut kewarganegaraan yang sama
    • Ditubuhkan oleh beberapa persatuan bukan Melayu, pengerusinya Tan Cheng Lock dan setiausahanya John Eber
  • Hizbul Muslimin
    • Menubuhkan sebuah kerajaan Islam di Tanah Melayu yang merdeka
    • Hizbul Muslimin bermaksud Pertubuhan Kaum Muslimin
    • Diasaskan oleh Haji Abu Bakar Al-Baqir. Perjuangannya disambung oleh PAS
  • Malayan Chinese Association (MCA)
    • Menjaga kepentingan orang Cina
    • Bekerjasama menentang keganasan komunis di Tanah Melayu
    • Ditubuhkan tahun 1949, antara pengasasnya Tan Cheng Lock, Yong Shook Lin, Kolonel Lee Hau Shik (H.S.Lee) dan Leong Yew Koh
  • Parti Kemerdekaan Tanah Melayu (IMP)
    • Menuntut supaya pilihan raya diadakan pada tahun 1955
    • Mahukan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1961
    • Diasaskan oleh Dato’ Onn Ja’afar
    • Merupkan parti berbilang bangsa
    • Parti IMP tidak mendapat sambutan
  • Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
    • Menubuhkan negara Islam di Tanah Melayu dan menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara
    • Ditubuhkan pada tahun 1951 di Kepala Batas, seberang Perai. Diasaskan oleh Haji Ahmad Fuad bin Hassan
  • Parti Buruh Se-Tanah Melayu
    • Menentang komunis dan merancang kemerdekaan Tanah Melayu
    • Presiden pertama ialah Mohamad Sopiee Ibrahim
  • Parti Negara
    • Mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun
    • Memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
    • Diasaskan oleh Dato’ Onn Ja’afar
    • Menekankan kepentingan orang Melayu
    • Dato’ Onn Ja’afar ingin mendapatkan semula sokongan masyarakat Melayu

Parti-Parti Politik di Sarawak Sehingga Tahun 1963

  • Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)
    • Ingin melahirkan perasaan taat setia
    • Parti Buruh Se-Tanah Melayu
    • Menyatukan kaum -kaum di Sarawak
    • Menentang komunis dan merancang kemerdekaan Tanah Melayu
    • Mendapatkan kemerdekaan Sarawak
    • Presiden pertama ialah Mohamad Sopiee Ibrahim.
    • Ditubuhkan oleh Ong Kee Hui dan Stephen Yong.
  • Parti Negara
    • Mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun
  • Parti Kebangsaan Sarawak
    • Memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
    • Mendapatkan kemerdekaan Sarawak
    • Diasaskan oleh Dato’ Onn Ja’afar
    • Ditubuhkan oleh Stephen Kalong Ningkan, Ketua orang Iban dari Saribas.
    • Menekankan kepentingan orang Melayu
    • Dato’ Onn Ja’afar ingin mendapatkan semula sokongan masyarakat Melayu
  • Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
    • Ditubuhkan oleh Datu Tuanku Haji Bujang Tuanku Othman, Abdul Rahman Yaakub dan Abdul Talib Mahmud untuk meninggikan taraf hidup rakyat Sarawak
  • Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
    • Ditubuhkan oleh Temenggung Jugah Anak Barieng untuk menjaga hak dan kepentingan orang Dayak Sarawak
  • Parti Cina Sarawak (PCS)
    • Berusaha ke arah perpaduan
    • Ditubuhkan oleh William Tan untuk menyatukan orang Cina dan menyokong gagasan Malaysia

Parti- parti Politik di Sabah sehingga tahun 1963

  • Parti Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)
    • Menyatu dan mengeratkan hubungan antara orang Kadazan Dusun agar mereka dapat berjuang bagi meningkatkan cita-cita mereka dalam bidang politik, ekonomi dan sosial
    • Diasaskan oleh Donald Stephens
  • Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)
    • Bahasa Melayu bahasa kebangsaan
    • Agama Islam sebagai agama rasmi
    • Menukarkan nama Borneo Utara kepada Sabah
    • Ditubuhkan oleh Tun Datu Musatapha Datu Harun pada Disember 1961
    • Menyokong gagasan Malaysia
    • Mandapatkan sokongan kuat kaum Sulu, Bajau, Kedayan dan Melayu Brunei
  • Parti Pasok Momogun
    • Melindungi hak bumiputera di pedalaman. Dipimpin oleh G.S Sundang dan O.K.K Sendomon
  • Parti Cina Sabah (SCA)
    • Parti Bersatu dan Parti Demokrat telah bercantum menjadi Parti Cina Sabah (SCA). Ia diasaskan oleh Khoo Siak Chiew dan Peter Chin bagi memelihara kepentingan masyarakat Cina di Sabah

7.2 Negara Persekutuan

Maksud Persekutuan

  • Penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri
  • Kedua-dua kerajaan ini menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia

Pengagihan Kuasa Pentadbiran Malaysia

  • Senarai Persekutuan
    • Hal ehwal luar negeri
    • Pertahanan
    • Keselamatan dalam negeri
    • Pentadbiran dan keadilan
    • Kerakyatan negara
    • Pilihan raya
    • Kewangan
    • Perniagaan / Perdagangan / Perusahaan
    • Perkapalan / Pelayaran / Pengangkutan
    • Jabatan Ukur / Penyelidikan
    • Kerja raya / Tenaga Pusat
    • Pelajaran
    • Kesihatan
    • Keselamatan buruh dan sosial
    • Orang Asli
  • Senarai Negeri
    • Undang-undang Islam
    • Tanah
    • Pertanian/Perhutanan
    • Kerajaan Tempatan
    • Perkhidmatan tempatan
    • Kerajaan Negeri
    • Hari cuti negeri
    • Undang-undang Negeri
  • Senarai Bersama
    • Kebajikan Sosial
    • Biasiswa
    • Taman Negara
    • Perancangan Bandar dan wilayah
    • Penjagaan haiwan
    • Kesihatan / Kebersihan awam
    • Parit dan tali air
    • Pemulihan
    • Hiburan awam
    • Perhubungan

7.2.1 Kerajaan Persekutuan

  • Perlembagaan Persekutuan memberi tumpuan yang luas kepada Kerajaan Persekutuan berhubung Pentadbiran Negara meliputi ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan
  • Badan pelaksana mempunyai tugas untuk menjalankan kuasa eksekutif mengikut perlembagaan
  • Mengikut Perlembagaan Persekutuan kuasa eksekutif bagi Kerajaan Persekutaun terletak pada Yang di-Pertuan Agong
  • Kabinet atau Jemaah Menteri ialah badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong itu
  • Jemaah Menteri ini diketuai oleh seorang Perdana Menteri daripada kalangan Dewan Rakyat

7.2.2 Kerajaan Negeri

  • Perlembagaan memperuntukan kuasa eksekutif kepada setiap negeri
  • Kuasa eksekutif ini terletak pada Raja, Sultan dan Yang Dipertua Negeri
  • Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh Raja atau Yang Dipertua Negeri daripada DUN yang mendapat kepercayaan majoriti
  • Urusan pentadbiran peringkat negeri ini terletak pada perlembagaan negeri
  • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) wujud di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah
  • Ia mengandungi sebilangan ahli DUN serta tiga orang pegawai kerajaan (ex-officio) iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri yang berperanan menjalankan dasar pentadbiran di peringkat negeri.

7.3 Lambang Negara

Jata Negara

Logo Jata Negara 04 300x225 - Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 Sistem

  • Empat jalur berlainan warna di tengah merujuk kepada negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang (Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Warna hitam dan putih (Pahang). Warna merah dan kuning (Selangor). Warna hitam, putih dan kuning (Perak). Warna merah, hitam dan kuning ( Negeri Sembilan)
  • Lima bilah keris melambangken negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor (Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu)
  • Lambang Pokok Pinang (Pulau Pinang) dan Pokok Melaka (Melaka)
  • Sarawak dan Sabah dilambangkan dengan jata negeri tersebut
  • Di antara lambang negeri Sarawak dan Sabah terdapat sekuntum bunga raya (bunga kebangsaan negara kita)
  • Bulan sabit warna kuning bermaksud agama Islam agama rasmi dan bintang berpecah 14 melambangkan gabungan 14 buah negeri dalam Malaysia
  • Dua ekor harimau bermaksud keberanian
  • Cogan kata ‘Bersekutu Bertambah Mutu” bermaksud semangat permuafakatan akan mengeratkan lagi perpaduan antara negeri di Malaysia

Bendera Kebangsaan

300px Flag of Malaysia.svg  300x150 - Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 Sistem

  • Bendera kebangsaan berfungsi untuk membangkitkan semangat perjuangan
  • Pada tahun 1949, sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu
  • Majlis Perundangan Persekutuan telah mengadakan pertandingan bagi memilih bendera Persekutuan Tanah Melayu
  • 373 orang mengambil bahagian dan 3 orang dipilih ke peringkat akhir
  • Majlis Perundangan Persekutuan dan akhbar The Malaya Mail telah menjemput orang ramai memberikan pendapat tentang reka bentuk bendera tersebut
  • The Malaya Mail telah menyiarkan keputusan majoriti orang ramai, reka bentuk Encik Mohammad Hamzah, arkitek kerajaan di Johor telah terpilih
  • Beberapa pindaan telah dibuat terhadap reka bnetuk bendera tersebut sebelum diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan
  • Pada 19 April 1950. King George VI memperkenalkan reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu. Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar buat pertama kalinya pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai King George VI
  • Mula menggantikan Union Jack yang diturunkan pada 31 Ogos 1957
  • Bendera Malaysia juga dikenali dengan nama Jalur Gemilang. Ia dikibarkan dalam majlis dan adat istiadat rasmi seperti Hari Kebangsaan dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong
  • Ia juga dikibarkan di bangunan kerajaan dan premis persendirian sebagai tanda taat kepada raja dan Negara
  • Bendera ini mengandungi 14 jalur berwarna merah dan putih yang melambangkan gabungan negeri di Malaysia. Warna merah melambangkan keberanian dan warna putih lambang kesucian
  • Bulan sabit berwarna kuning lambang agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia
  • Warna biru melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia
  • Warna kuning melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu
  • Bintang berpecah 14 melambangkan gabungan 14 buah negeri dalam Persekutuan Malaysia
  • Lagu jalur gemilang telah dicipta iaitu hasil seni lagu oleh Suhaimi Mohd Zain dan seni kata oleh Siso

Lagu Kebangsaan

lg 300x196 - Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 Sistem

  • Sebelum merdeka lagu kebangsaan ialah lagu British iaitu God Save the Queen
  • Tajuk lagu kebangsaan kita ialah Negaraku yang dicipta pada tahun 1957
  • Pemilihan lagu ini dibuat oleh Tuanku Abdul Rahman yang mengetuai sekumpulan jemaah hakim di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur
  • Pasukan Pancaragam Polis Diraja memperkenalkan 4 buah lagu, Lagu Terang Bulan (lagu kebangsaan Perak) dipilih kerana unsur kemelayuannya
  • Majlis Raja-Raja Melayu memperkenan keputusan jemaah hakim tersebut
  • Lirik lagu kebangsaan ini telah digubah semula oleh Encik Saiful Bahri berdasarkan Lagu Terang Bulan
  • Lagu kebangsaan menggambarkan kesetiaan rakyat kepada tanah air
  • Lirik lagu kebangsaan menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup berkorban demi negara
  • Lagu kebangsaan membangkitkan semangat patriotik dan cinta akan tanah air

Semoga Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 7 Sistem Pemerintahan Malaysia yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.

Related Articles

3 Comments

  1. Sya nk buat kajian kes sejarah ni….sya nk rumusa,sumber rujukan ,langkah langkah untuk memantapkan sistem pilihan raya di Negara kita…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *