Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita. Panduan buat pelajar yang akan menduduki peperiksaan PT3 tahun ini. Berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 bertajuk Pendudukan Jepun di Negara Kita untuk rujukan dan panduan pelajar dalam mengulangkaji pelajaran.
Sejarah Bab 1 Tingkatan 3 adalah berkisar kepada sejarah penjajahan Negara Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1942 hingga tahun 1945.
Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita
Berikut adalah Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Pendudukan Jepun buat rujukan pelajar. Ingat kemerdekaan sesebuah negara adalah penting untuk kestabilan negara dan rakyat.
Pendudukan Jepun Di Negara Kita
Pemerintahan Tentera Jepun Di Tanah Melayu
- Memerintah selama 3 ½ tahun (1942 hingga 1945)
- Pemerintahan bercorak tentera
Kedatangan Jepun
- Jepun diperintah oleh Maharaja Mikado Meiji (1868-1912)
- Melancarkan Pemulihan Meiji
- Menekankan pemodenan Jepun dan perindustrian
- Mencontohi negara Barat
- Jepun meluaskan kuasa di China bertujuan memasarkan hasil industri
- Dianggap kuasa besar setelah berjaya dalam Perang Rusia-Jepun 1905
- Berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun
Faktor Perluasan Kuasa Jepun
a) Faktor Masalah Ekonomi Jepun
- Penduduk Jepun bertambah menyebabkan tanah pertanian berkurangan
- Jepun perlukan bahan mentah untuk industri seperti petroleum, bijih timah dan getah
- Jepun memerlukan kawasan baru untuk pasaran hasil industri
b) Faktor Sekatan Ekonomi
- Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kerana Jepun menguasai China
- China dikuasai Jepun melalui Perang China-Jepun Kedua 1937
- Jepun bertindak balas menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan diri
- Serangan diketuai Jeneral Tojo
- Tahun 1936 Jepun dikuasai oleh pemerintahan tentera
- Tahun 1941 Jeneral Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun
- Beliau berjaya mengusir semua kuasa Barat di Asia Tenggara
Langkah Awal Jepun Untuk Menguasai Tanah Melayu
a) Melalui Propaganda
- Digunakan untuk pengaruhi penduduk tempatan melalui slogan “Asia Untuk Orang Asia” dan “Semangat Asia”
- Slogan berunsur anti-penjajah Barat
- Banyak menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara-negara di Timur
- Propaganda disiarkan melalui akhbar Jepun The Syonan Times & Fajar Asia
b) Rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
- Strategi yang sangat berkesan
- Penduduk tempatan tidak menganggap Jepun sebagai penjajah baru menggantikan British
Kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu
a) Melalui Kawasan Utara di Thailand
- Tentera Jepun mendarat serentak di Singgora dan Pattani, Thailand pada 8 Disember 1941
- Terus mara ke Jitra, Kedah
- Tentera berpecah dua
- Satu pasukan ke Pulau Pinang dan terus mara ke selatan melalui pesisiran pantai barat
- Satu pasukan lagi mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat
b) Melalui Kawasan Kota Bharu
- Tentera Jepun mendarat pada 8 Disember 1941
- Tentera mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai timur
c) Melalui Kawasan Sarawak dan Sabah
- Tentera Jepun mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam pada 16 Disember 1941
- Berpecah kepada dua pasukan
- Satu pasukan mara ke Kuching dan Sibu
- Pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan
- Kemudian mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua negeri terutama di bandar-bandar besar
- Tiada tentangan sengit terhadap kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan Sabah
Cara Kemaraan Tentera Jepun
a) Menggunakan Kapal Terbang Perang
- Digunakan tentera Jepun untuk menyerang tentera British di Tanah Melayu
- Kapal ini sebagai pelindung kepada tentera darat Jepun
b) Menggunakan Kereta Kebal Penggempur
- Berjaya memaksa tentera British berundur
- Jepun menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan
c) Menggunakan Bot
- Bot digunakan untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang yang sukar berlabuh di pantai
d) Menggunakan Basikal
- Tujuan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari pihak British
- Basikal mudah untuk melalui jalan sempit
Kesan Kemaraan Jepun di Tanah Melayu
a) Jepun Menguasai Tanah Melayu
- Tentera Jepun berjaya kuasai Tanah Melayu dalam masa 10 minggu
- Pada 15 Februari 1942 Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun
- Leftenan Jeneral A.E.Percival menyerah diri kepada Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki (dikenali “Harimau Malaya”) di Singapura
- Jepun gunakan strategi peperangan yang baik terutama kegiatan perisikan Jepun yang berkesan
b) Banyak Berlaku Kemusnahan
- Kemusnahan berlaku pada infrastruktur, ekonomi dan bangunan
- British gunakan taktik “bumi hangus”
- British memusnahkan jambatan, jalan kereta api, jalan raya, ladang-ladang dan kawasan perlombongan
- Tujuannya untuk melengah-lengahkan kemaraan tentera Jepun dan melumpuhkan ekonomi
- Contoh kemusnahan ialah Jambatan Guillemard di Kuala Krai, Kelantan dan Bangunan Muzium Selangor
- Di Sarawak, British membakar telaga minyak di Miri dan memusnahkan dokumen-dokumen kerajaan
c) Jepun Gagal Menguasai Bahan Mentah Tanah Melayu
- Tindakan British berjaya menggagalkan usaha Jepun untuk menguasai bahan mentah negara
d) Kelemahan Tentera British di Tanah Melayu
- Tentera British yang terdiri daripada askar-askar India-Gurkha, Australia dan British tidak mampu menyekat kemaraan tentera Jepun
- Tentera British tidak berhasrat untuk mempertahankan Tanah Melayu dengan bersungguh-sungguh kecuali Singapura
- British tumpukan perhatian untuk pertahankan negara Britain daripada serangan tentera Paksi di Eropah
- Rejimen Askar Melayu pimpinan Leftenan Adnan berjuang bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu
Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan British di Tanah Melayu
a) Perancangan Awal Perang
- Jepun menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk Tanah Melayu
- Jepun menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan
b) Kelengkapan Perang Tentera Jepun
- Jepun menggunakan banyak kapal terbang pejuang moden seperti “Zero Fighter”
- Jepun menggunakan kereta kebal yangsesuai dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu
c) Semangat Tentera Jepun
- Tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka
- Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun
- Askar Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam Perang China-Jepun
d) Taktik Serangan Jepun
- Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii yang menjadi pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik pada 7 Disember 1941
- Jepun memulakan serangan dari utara tanah Melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura
e) Kelemahan Tentera British
- Tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah
- Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang
- Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap menjadi anti-British
- Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura
f) Pakatan Jepun dan Thailand
- Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendaratkan tenteranya dan sebagai balasan Jepun tidak menyerang Thailand
- Jepun berjanji menyerahkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand
g) Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
- KMM membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang Melayu
- KMM memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu
- Menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun
Dasar Pemerintahan Jepun Di Tanah Melayu
a) Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
- Pemerintahan bercorak tentera di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
- Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru)
- Singapura dikenali sebagai Syonan (Cahaya Selatan)
- Pengurusan Singapura diasingkan daripada Tanah Melayu
- Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu terbahagi dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran wilayah :
Pentadbiran Pusat
- Jepun gabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera di bawah pentadbiran pusat
- Diketuai Pengarah Agung berpusat di Singapura
- Dibantu oleh Mahkamah, Biro Pentadbiran dan Majlis Pusat
- Sarawak, Sabah dan Brunei digabungkan di bawah pentadbiran Borneo Utara
- Diketuai oleh Gabenor Jeneral di Kuching
Pentadbiran Wilayah
- Di bawah pentadbiran pusat yang terdiri daripada negeri-negeri
- Setiap wilayah diketuai Gabenor Wilayah
- Negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diberikan kepada Thailand sebagai menghargai kerjasama
- Sarawak dibahagikan kepada tiga wilayah (Kuching, Sibu & Miri)
- Sabah kepada dua wilayah (Jesselton & Sandakan)
- Setiap wilayah diketuai seorang Gabenor Wilayah
- Diperingkat daerah pentadbiran sama dengan pentadbiran British
- Mempunyai Residen, Pegawai Daerah (15 buah daerah) & Ketua Tempatan
b) Dasar Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
- Jepun perkenalkan pelbagai dasar
- Dasar Jepun sering berubah mengikut kepentingan
- Kebajikan penduduk tidak dijaga
- Penduduk tiada hak bersuara
- Setiap dasar Jepun mempunyai muslihat tertentu
- Apabila Jepun sedar akan kalah dalam Perang Dunia II barulah Jepun membuat dasar yang memberi kebaikan kepada penduduk
- Tujuan untuk mendapat sokongan penduduk tempatan supaya tidak kembali menyokong British
- Dasar pemerintahan boleh dilihat dalam aspek politik, ekonomi & sosial :
Politik
- Sultan tidak lagi menjadi pemerintah negeri
- Sultan hanya menjadi ketua agama Islam & adat istiadat Melayu sahaja
- Diberi elaun seperti semasa pemerintahan British
- Tanah Melayu dijadikan tanah jajahan Jepun
- Majlis Agama Islam hanya ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah
Ekonomi
- Ekonomi Tanah Melayu dieksploit untuk kegiatan perindustrian & membiayai peperangan
- Mata wang Jepun diperkenalkan
- Ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian digalakkan
- Catuan makanan dilaksanakan untuk mengatasi kekurangan bahan keperluan harian
- Layanan istimewa diberikan kepada kaisha (Syarikat Jepun)
Sosial
- Sekolah Inggeris & Cina ditutup bagi menghapuskan pengaruh Barat & China
- Kesetiaan penduduk Tanah Melayu ditumpukan kepada Maharaja Jepun
- Lagu Kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo dinyanyikan pada setiap pagi di sekolah
- Bahasa Jepun atau Nippon-go menjadi bahasa pengantar di sekolah
- Satu ruangan khas belajar bahasa Jepun dimuatkan dalam akhbar Fajar Asia
- Rakyat diwajibkan belajar bahasa Jepun
- Cuti sempena hari-hari perayaan negara Jepun diperkenalkan
- Orang Melayu dilayan lebih baik untuk mendapatkan sokongan pemerintahan
- Orang Cina dilayan kasar kerana menyokong kerajaan China dalam Perang China-Jepun
- India dilayan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka bagi mengusir British di India
Contoh Dasar Penjepunan
- Stesen Kereta Api Tanjong Pagar diberi nama baru iaitu Stesen Kereta Api Syonan
- Persatuan Perdagangan perlu menggunakan bahasa Jepun iaitu Shonan Shokai
- Budaya Jepun diiklankan dalam akhbar
- Murid sekolah dan kakitangan kerajaan dipaksa menyanyikan lagu kebangsaan Jepun Kimigayo
Reaksi Penduduk
a) Reaksi Orang Melayu
Reaksi Peringkat Awal
- Sebahagian besar tidak menentang
- Mereka mengalu-alukan kedatangan Jepun
- Terpengaruh dengan slogan Jepun “Asia Untuk Orang Asia” dan rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
- Orang Melayu diberi layanan baik oleh tentera Jepun
- KMM pimpinan Ibrahim Haji Yaacob mengadakan pakatan sulit dengan Jepun
- Tujuan supaya Tanah Melayu mendapat kemerdekaan
Reaksi Selepas Jepun Menguasai Tanah Melayu
- Sokongan orang Melayu tidak kekal lama
- Jepun memerintah secara tentera
- Dasar pemerintahan Jepun menyusahkan rakyat
- Slogan Jepun hanya muslihat untuk menguasai Tanah Melayu
- Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti dijanjikan
- Status Tanah Melayu berubah menjadi tanah jajahan
- Negeri-Negeri Melayu Utara diserahkan kepada Thailand sebagai balasan kerjasama
- Di peringkat awal Jepun tidak mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu
- KMM dibubarkan oleh Jepun
- Tentera Jepun mula kejam terhadap sesiapa sahaja yang dianggap pesalah
b) Reaksi Orang Cina
- Banyak dipengaruhi Perang China-Jepun 1937
- Terlibat dengan gerakan anti-Jepun
- Mereka memulaukan barangan Jepun & memungut derma untuk membantu Negara China
- Pemuda Cina ramai yang balik ke China menyertai perang menentang Jepun
- Kesannya apabila Jepun menguasai Tanah Melayu orang Cina dilayan kasar dan dibunuh tentera Jepun
- Ada juga orang Cina menyokong Jepun untuk menjaga kepentingan perniagaan juga keselamatan nyawa mereka
c) Reaksi Orang India
- Mendapat layanan baik daripada Jepun
- Tujuan Jepun untuk mendapat kerjasama orang India mengusir British di India
- Orang India diseru bersatu padu untuk tujuan tersebut
- Jepun berjaya mempengaruhi orang India dalam tentera British supaya berpaling tadah dan bekerjasama dengan Jepun
- Sebahagian besar orang India menyertai Tentera Kebangsaan India & menubuhkan Liga Kemerdekaan India hasil dorongan Jepun
Reaksi Penduduk Terhadap Dasar Kejam Jepun di Tanah Melayu
- Muncul gerakan anti-Jepun di Tanah Melayu, Sabah & Sarawak
- Bergerak secara gerila untuk menentang Jepun
- Mendapat kerjasama daripada tentera Bersekutu khususnya British
Gerakan Anti-Jepun di Tanah Melayu
i. Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA)
- Ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM)
- Bekerjasama dengan British untuk mendapat bantuan kewangan, latihan ketenteraan & senjata
- Menggunakan taktik perang gerila
ii. Force 136
- Ditubuhkan tentera Bersekutu di Pahang, Johor & Kedah untuk menentang Jepun di Tanah Melayu
- Anggotanya mendapat latihan daripada tentera Bersekutu di Sri Lanka
- Mereka terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu
iii. Askar Melayu Setia (AMS)
- Melancarkan perang gerila
- Bekerjasama dan mendapat bantuan daripada Force 136
iv. Pasukan Wataniah Pahang
- Sultan Pahang (Sultan Abu Bakar) sebagai Pemerintah Kehormat
- Diketuai oleh Yeop Mahidin
- Berhubungan baik dengan pasukan Force 136
v. Gerila Kinabalu
- Pimpinan Albert Kwok
- Melancarkan pemberontakan Double Tenth tetapi gagal
vi. Pasukan Gerila Datu Mustapha
- Menjalankan penentangan di Kudat
vii. Pasukan Gerila di Sandakan
- Menjalankan penentangan di Sandakan
viii. Penentangan di Pesisir Pantai Sarawak
- Menjalankan gerakan membantu tentera Bersekutu mengusir tentera Jepun
Jepun di Ambang Kekalahan
- Tahun 1945 tentera Bersekutu mendesak Jepun menyerah diri
- Jepun enggan
- Pada 9 Ogos 1945 tentera Bersekutu menggugurkan bom atom di di Hiroshima, Nagasaki
- 15 Ogos 1945 Jepun terpaksa menyerah kalah tanpa syarat
- Jeneral Seishiro Itagaki iaitu ketua tentera Jepun di Tanah Melayu menyerah diri kepada tentera Bersekutu di Majlis Perbandaran Singapura
- Tentera Bersekutu diwakili Laksamana Louis Mountbatten
- Pada 10 September 1945 pemerintah tertinggi tentera Jepun ke-37 di wilayah Borneo Masao Baba menyerah kalah di Surender Point, Labuan
Kesan Pemerintahan Tentera Jepun Di Tanah Melayu
Kesan Politik
1. Berjaya Mempengaruhi Penduduk Tempatan
- Kejayaan Jepun dalam Perang Dunia II menewaskan kuasa barat memberi keyakinan kepada orang Asia untuk membebaskan negara daripada penjajah
- Menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan penduduk Tanah Melayu, Sabah & Sarawak
- Slogan Jepun “Asia Untuk Orang Asia” berjaya mempengaruhi pemikiran penduduk tempatan untuk menolak penjajah Barat
2. Orang Melayu Terlibat Dalam Pentadbiran Awam
- Jepun menubuhkan Koa Kunrenjo (Sekolah Latihan Kepimpinan) di Singapura, Pulau Pinang dan Melaka
- Tujuan melatih pegawai awam
- Jepun melibatkan orang Melayu dalam pentadbiran. Contohnya :
- Orang tempatan diberi peluang menjadi Pegawai Daerah iaitu Abang Haji Openg (Kuching) & Kapten Mohd Salleh Haji Sulaiman (Hulu Perak)
- Ibrahim Haji Yaacob dilantik sebagai Leftenan Kolonel PETA (Pembela Tanah Air) iaitu pertubuhan separa tentera & diberi latihan oleh Jepun untuk menentang tentera Bersekutu
- Dr. Burhanuddin al-Helmy dilantik sebagai Penasihat Kebudayaan & Adat Istiadat Melayu
- Dato’ Onn Jaafar dilantik menjadi Pengawal Makanan Negeri Johor & juga ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
- Peluang menjawat jawatan tinggi tidak pernah diberi semasa pentadbiran British
3. Jepun Tidak Menepati Janji
- Dasar Jepun untuk membela negara-negara Asia tidak dilaksanakan
- Di Tanah Melayu kegiatan politik diawasi Jepun
- Kebebasan bersuara disekat
- Akhbar-akhbar yang mencurigakan diharamkan oleh Jepun
- Hanya pertubuhan Pro-Jepun sahaja dibenarkan aktif
- KMM yang banyak membantu Jepun juga diharamkan pada tahun 1942
- Pertubuhan politik dibenarkan bergiat semula apabila Jepun menerima tekanan tentera Bersekutu
- Segala dasar Jepun mula longgar. Contohnya :
- Tanah Melayu dijanjikan akan merdeka bersama Indonesia
- Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan bertujuan mendapatkan kemerdekaan bersama Indonesia
- Kesan konsep Melayu Raya yang diperjuangkan KMM semakin kukuh
4. Kebangkitan Semangat Kebangsaan
- Semangat kebangsaan semakin bersemarak
- Semangat kebangsaan rakyat berbeza mengikut kaum & berpaksi kepada Negara asal. Contohnya :
- Semangat kemerdekaan orang India untuk memerdekakan Negara India
- Semangat kebangsaan orang Cina lebih bersifat anti-Jepun
Kesan daripada itu : - Parti Komunis Malaya (PKM) semakin berpengaruh apabila mendapat bantuan daripada pasukan Force 136
- PKM menubuhkan MPAJA dikenali dengan nama “Bintang Tiga” melambangkan tiga kaum utama tetapi sebahagian besar anggotanya kaum Cina
Kesan Ekonomi
1. Rancangan Ekonomi Jepun gagal
- Rancangan mewujudkan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya” gagal kerana Jepun lebih tumpukan kepada peperangan
Kesan daripada itu : - Ekonomi Tanah Melayu merosot
- Gaji pegawai kerajaan dikurangkan
- Kadar pengangguran meningkat
- Perdagangan antarabangsa terhenti kerana sekatan ekonomi kuasa Bersekutu
Kesan daripada itu : - Hasil bijih timah & getah tidak dapat dieksport ke Barat
- Beras tidak dapat diimport dari Thailand & Burma
- Kawalan kawasan perairan oleh kapal selam Bersekutu menyebabkan bahan mentah tidak dapat dihantar ke Jepun
2. Ekonomi Hanya Menguntungkan Jepun
- Dasar ekonomi Jepun tidak menguntungkan penduduk
- Amalan rasuah, menyorok barang & pasaran gelap berlaku di merata tempat
- Mata wang Jepun dikenali sebagai “wang pokok pisang” dicetak tanpa kawalan & nilainya rendah
- Kesannya berlaku inflasi kerana terlalu banyak wang tetapi barang kurang
3. Penduduk Sengsara dan Menderita
- Bekalan barang keperluan harian seperti makanan, pakaian & ubat sukar diperoleh jika adapun harganya melambung tinggi
4. Catuan Bekalan Makanan
- Bertujuan untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan
- Kad catuan diberikan bagi memastikan tiada keluarga mendapat bekalan lebih daripada yang ditetapkan
- Contohnya setiap keluarga dibenarkan memiliki dua gantang beras untuk sebulan
Kesan daripada itu : - Kadar ini tidak mencukupi bagi sebuah keluarga besar
- Ubi kayu dan keledek menjadi makanan utama menggantikan nasi
- Ramai penduduk Bandar berpindah ke luar Bandar untuk mencari kehidupan lebih baik
5. Banyak Ciptaan Baru Muncul
- Keperitan hidup menjadikan penduduk tempatan lebih kreatif
- Banyak ciptaan baru muncul berasaskan bahan tempatan. Contohnya :
- Kasut getah daripada getah keping dihasilkan
- Kain daripada benang nanas dihasilkan
6. Perkembangan Perusahaan Tradisional & Industri Baru
- Perusahaan tradisional digiatkan semula seperti menghasilkan minyak kelapa, gula kelapa & rokok daun
- Ubat-ubatan menjadi semakin penting
- Muncul banyak industri baru berasaskan sumber tempatan yang diusahakan syarikat Jepun. Contohnya :
- Lori & kereta berkuasa wap menggunakan arang batu
- Bahan api daripada susu getah
- Tayar tanpa tiup daripada getah padat
- Tali kapal daripada sabut kelapa
- Kelambu & kain daripada benang daun nanas
- Kertas daripada buluh, daun getah & lalang
- Peralatan berasaskan kulit haiwan & logam
- Industri yang tidak ekonomik & kekurangan bahan mentah semakin pupus
Kesan Sosial
1. Penduduk Sengsara dan Takut
- Penduduk dikenakan perintah berkurung & sekatan perjalanan
- Saling mencurigai satu sama lain kerana bimbang dianggap anti-Jepun
- Ramai menjadi tali barut Jepun
- Ramai menjadi mangsa kekejaman Jepun
- Kempeitai sentiasa mengintip sesiapa sahaja yang dianggap bersalah
- Prinsip kempeitai adalah “seksa dulu kemudian siasat”
- Hukuman dera & hukuman mati dikenakan di khalayak ramai
2. Penduduk Menjadi Buruh Paksa
- Sebagai buruh paksa penduduk tidak diberi gaji
- Mereka hanya diberi makanan sekadar untuk hidup
- Ramai penduduk Tanah Melayu menjadi buruh paksa membina “Jalan Kereta Api Maut” di sempadan Thailand-Burma sepanjang 724 km
- Seramai 70 ribu penduduk terlibat & satu pertiga daripadanya terkorban
- Surat tunjuk sebab dikeluarkan oleh tentera Jepun kepada sesiapa yang tidak hadir bekerja
3. Tiada Kemudahan Kesihatan
- Kemudahan kesihatan terjejas teruk kerana peperangan
- Wabak penyakit merebak terutama penyakit beri-beri disebabkan kekurangan zat makanan
- Bekalan ubat sukar diperoleh kerana tidak dapat diimport
- Keadaan semakin teruk apabila tentera Jepun merampas ubat-ubatan di pasaran untuk kegunaan mereka sendiri
Semoga perkongsian Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 1 Pendudukan Jepun Di Negara Kita ini bermanfaat buat pelajar. Moga pelajar dapat memahami bagaimana terjadinya Pendudukan Jepun Di Negara Kita supaya ianya tidak berulang lagi pada masa hadapan.