Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Kerjasama Kemerdekaan
Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan
Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Kerjasama Kemerdekaan. Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Kemerdekaan yang berkaitan tentang Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan PT3.
Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Kerjasama Kemerdekaan
Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan
Ke Arah Mencapai Perpaduan Kaum
Masalah perpaduan kaum yang wujud di negara kita telah merumitkan lagi proses mencapai kemerdekaan.
Antara masalah untuk mewujudkan perpaduan ialah :
Masalah kerakyatan
Masalah bahasa
Masalah agama
Masalah pendidikan
Masalah sosial
Pendidikan ke Arah Perpaduan Jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan pada tahun 1948.
Bertujuan untuk mengkaji pengenalan sistem pendidikan yang seragam di Tanah Melayu.
Jawatankuasa Barnes ditubuhkan pada tahun 1950.
Bertujuan untuk mengkaji semula sistem pendidikan di Tanah Melayu.
Jawatankuasa Fenn-Wu dibentuk untuk mengkaji penglibatan sekolah-sekolah Cina dalam sistem sekolah kebangsaan.
Ordinan Pelajaran 1952 digubal berdasarkan Laporan Barnes 1951.
Kaum Cina dan India mengecam perlaksanaan ordinan ini.
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan pada tahun 1949 untuk mewujudkan perpaduan.
Dianggotai oleh pemimpin daripada pelbagai kaum seperti :
Dato’ Onn bin Jaafar
Tan Cheng Lock
E.E.C. Thuraisingham
Jawatankuasa ini membuat beberapa cadangan :
Orang Melayu diberi kemudahan menceburi bidang perniagaan dan perdagangan.
Orang bukan Melayu diberi hak politik.
Jawatankuasa juga mendesak kerajaan melonggarkan syarat kewarganegaraan dalam perlembagaan dan mengadakan pilihan raya.
Orang Melayu tidak bersetuju dengan cadangan melonggarkan syarat kerakyatan untuk kaum bukan Melayu.
Penubuhan dan Perkembangan Parti-parti Politik
A. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Ditubuhkan pada 11 Mel 1946.
Presidennya yang pertama ialah Dato’Onn bin Jaafar.
Tujuan penubuhannya:
Menentang gagasan Malayan Union
Memperjuangkan kepentingan orang-orang Melayu.
Mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
B. Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA)
Ditubuhkan pada bulan Februari 1949.
Pengasasnya Kolonel Lee Hau Shik dan Leong Yew Koh.
Presidennya yang pertama ialah Tan Cheng Lock.
Tujuan penubuhannya :
Menyatukan orang Cina.
Melindungi hak dan kepen tingan orang Cina.
Membantu British menentang PKM.
C. Kongres India Malaya (MIC)
Ditubuhkan pada bulan Ogos 1945 oleh John Thivy.
Tujuan penubuhannya adalah menjaga kepentingan orang India di Tanah Melayu.
D. Parti Malaya Merdeka (IMP)
Ditubuhkan oleh Dato’ Onn bin Jaafar pada bulan Ogos 1951.
Tujuan penubuhannya :
Menyatukan semua kaum di Tanah Melayu.
Mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
IMP dibubarkan dan Dato’ Onn menubuhkan Parti Negara pada tahun 1954.
E. Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
Ditubuhkan pada 24 November 1951.
Presidennya yang pertama ialah Ahmad Fuad bin Hassan.
Tujuan penubuhannya :
Menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.
Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Tanah Melayu.
Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri
Sistem Ahli
Diperkenalkan tahun1951 bertujuan melatih orang Melayu dan kaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu.
Idea penubuhan dicetuskan oleh Dato’ Onn Jaafar dan disokong oleh pihak British dan Raja-Raja Melayu
Ia dilaksanakan pada April 1951 hingga Jun 1955.
Ciri-Ciri Sistem Ahli :
Satu sistem kabinet bayangan terdiri daripada beberapa orang pegawai dan tokoh masyarakat
Anggotanya dikenali sebagai Ahli
Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu
Ahli-Ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
Ahlinya terdiri daripada 9 orang anggota iaitu:
5 orang penduduk di Tanah Melayu (3 orang Melayu, 1 orang Cina dan 1 orang India) 4 orang pegawai British
Anggota-Anggota Sistem Ahli
Dato’ Onn bin Jaafar – Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri (1951-1955)
Dato’ Mahmud bin Mat – Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan (1951-1954)
Tunku Yaacob Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah – Ahli Pertanian dan Perhutanan (1951-1955)
Dr. Lee Tiang Keng – Ahli Kesihatan (1951-1954)
Dato’ E.E.C. Thuraisingam – Ahli Pelajaran (1951 – 1954) dan Presiden Persatuan Ceylonese Malaya
Sistem ini adalah seperti Sistem Jemaah Menteri sekarang
Maksud Kabinet Bayangan :
Suatu sistem pentadbiran yang berbentuk sebuah kabinet yang dibuat tanpa pilihan raya
Maksud Majlis Raja-Raja Melayu :
Satu badan khas yang dianggotai oleh Sultan dan Raja-Raja Melayu bagi membincangkan soal-soal yang berkaitan dengan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu, kedudukan Raja-Raja dan orang Melayu
Tahun 1955 wakil UMNO Tun Dr Ismail Abdul Rahman (Timbalan Perdana Menteri) dan wakil MCA Tun H.S. Lee telah dilantik menganggotai Sistem Ahli bagi mencerminkan perpaduan kaum di Tanah Melayu
Kelonggaran syarat Kerakyatan Persekutuan :
Cadangan dibuat oleh Jawatankuasa Hubungan antara Kaum 1949
Cadangkan supaya melonggarkan syarat kerakyatan kepada golongan imigran agar mereka curahkan taat setia sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu
Tujuannya mengelakkan golongan imigran terpengaruh dengan Parti Komunis Malaya
Kelonggaran dibuat di peringkat Persekutuan dan Negeri
Kelonggaran di peringkat Persekutuan :
Kerakyatan dilonggarkan dengan 3 cara iaitu secara kuatkuasa undang-undang, secara permohonan dan secara naturalisasi
Secara Kuatkuasa Undang-Undang :
Seseorang rakyat raja di mana-mana negeri Melayu
Seseorang warganegara British dan koloninya yang lahir di Neger-Negeri Selat
Secara Permohonan :
Seseorang warganegara British dan koloninya yang berumur 18 tahun, berkelakuan baik dan bersedia mengangkat sumpah taat setia kepada Persekutuan
Secara Naturalisasi :
Seseorang warganegara British dan koloninya yang telah menetap di negeri ini selama 10 tahun daripada 12 tahun secara berturut-turut
Kelonggaran di peringkat negeri :
Dibuat dan dinamakan Kerakyatan Negeri 1951
Antara Syarat Kerakyatan Negeri 1951 ialah Secara Kuatkuasa Undang-Undang dan Secara Permohonan
Secara Kuatkuasa Undang-Undang :
Orang Asli di Negeri-Negeri Melayu
Seorang Melayu yang dilahirkan di negeri Melayu
Seorang bukan Melayu yang dilahirkan di negeri itu dan salah seorang daripada ibu bapa dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu
Secara Permohonan :
Seseorang yang telah mencapai umur 21 tahun, dilahirkan di negeri itu, berkelakuan baik, mengangkat sumpah kepada Raja dan melepaskan kewarganegaraan asal
Kesan Kelonggaran Syarat Kerakyatan :
Rakyat raja bukan hanya terdiri daripada orang Melayu & orang Asli tetapi juga golongan imigran
Kerakyatan sesebuah negeri Melayu telah berubah
Ia menjadi asas penting kerakyatan kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu
Maksud Secara Kuatkuasa Undang-Undang :
Seseorang yang boleh menjadi rakyat mengikut undang-undang yang telah diluluskan
Maksud Secara Permohonan :
Seseorang perlu mengisi borang khas dan diluluskan oleh kerajaan
Maksud Naturalisasi :
Kerakyatan yang diberikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British
Pemohon adalah orang yang dianggap telah berjasa kepada Tanah Melayu
Antara Koloni British :
Hong Kong, Australia, New Zealand, India dan Burma
Tahun 1951 Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA) ditubuhkan
Ia sebagai tukar ganti kepada kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan Negeri
Dato’ Onn Jaafar dilantik Pegerusi pertama RIDA sanggup berbasikal untuk mengetahui masalah pekebun kecil di luar bandar
Tujuan penubuhan RIDA :
Membantu tingkatkan taraf sosioekonomi orang Melayu
Cara memujuk orang Melayu supaya setuju dengan kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan Kerakyatan Negeri 1951
Nama RIDA kemudiannya ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) tahun 1966
Pembentukan Parti Perikatan
Ditubuhkan sebagai satu usaha parti-parti pelbagai kaum untuk wujudkan kerjasama politik
Pemimpin-pemimpin parti UMNO, MCA dan MIC berpendapat bahawa penubuhan Parti Perikatan akan lahirkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum
Dibentuk secara berperingkat mengikut keperluan politik semasa
British sokong kerjasama parti kerana ia wujudkan suasana politik stabil dan menjamin ekonomi Persekutuan Tanah Melayu
Peringkat Penubuhan Parti Perikatan
Peringkat Pertama – Tahun 1952
Pakatan UMNO Kuala Lumpur dengan MCA Selangor dalam pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur
Memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan
Pemimpin utama UMNO dan MCA sambut baik pakatan ini dan merundingkan pembentukan pakatan yang lebih besar di peringkat Tanah Melayu
Peringkat Kedua – Tahun 1954
Konvensi Nasional diadakan
Perikatan UMNO-MCA dibentuk
Kerjasama diperluas ke seluruh Persekutuan Tanah Melayu bagi memenangi pilihan raya negeri
Peringkat Ketiga – Tahun 1955
Kemasukan MIC dalam Perikatan
Parti Perikatan menyertai pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan
Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan
Kesan-Kesan Pembentukan Parti Perikatan
Merupakan satu pakatan politik yang murni
Melahirkan perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu
Menjadi senjata berkesan menolak pengaruh komunis di kalangan penduduk Tanah Melayu sejak 1948
Melemahkan pengaruh Parti Komunis Malaya
Tokoh utama yang berunding mewujudkan persefahaman kaum ialah Dato’ Haji Noah, Tun Tan Cheng Lock, Tun Abdul Razak dan Tunku Abdul Rahman
Sebelum merdeka ahli Majlis Bandaran dipilih melalui pilihan raya oleh penduduk Bandar berkenaan
Pilihan Raya Majlis Bandaran pertama diadakan tahun 1951
Tujuannya beri peluang kepada penduduk tempatan jalankan tanggungjawab ke arah berkerajaan sendiri
Selepas itu Pilihan Raya Majlis bandaran telah diadakan di setiap Bandar seluruh negara Persekutuan Tanah Melayu
Pilihan Raya Majlis Bandaran pertama diadakan di Georgetown, Pulau Pinang bulan Disember 1951
Parti Radikal yang dianggotai pelbagai kaum memenangi 6 daripada 9 kerusi yang dipertandingkan
Kemudiannya Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur diadakan bulan Februari 1952
UMNO dan MCA telah menjalin kerjasama bagi menghadapi pilihan raya tersebut
Kerjasama membolehkan UMNO-MCA mendapat 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan
Tokoh terlibat Dato’ Yahya Razak iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Bahagian UMNO Kuala Lumpur dan Tun H.S. Lee iaitu Pengerusi MCA Selangor
Kerjasama telah meyakinkan penduduk di bandar-bandar lain seluruh Persekutuan Tanah Melayu
Kesannya kerjasama UMNO-MCA memenangi 26 daripada 37 kerusi Majlis Bandaran yang dipertandingkan
Kejayaan ini mendorong kerjasama UMNO-MCA di peringkat pusat
Berjaya melahirkan Perikatan UMNO-MCA pada tahun 1954
Kesan-kesan :
Menjadi asas kukuh penduduk tempatan memilih pemimpin dan kerajaan selepas merdeka
Rakyat berpeluang guna hak memilih pemimpin mereka
Sesuai dengan cara pemerintahan demokrasi yang diamalkan Persekutuan Tanah Melayu
Pilihan Raya Negeri
Mula diadakan pada tahun 1954 memberi peluang kepada rakyat untuk tentukan kerajaan
Parti Perikatan UMNO-MCA telah memenangi 226 daripada 228 kerusi negeri yang dipertandingkan
Kemenangan membuktikan orang ramai terima kerjasama antara kaum dalam politik negara
Konsep kerjasama ini mengukuhkan keyakinan rakyat kepada Parti Perikatan
Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan
Tahun 1954 pihak British menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Raya sebagai lanjutan ke arah berkerajaan sendiri
Ia dianggotai pegawai kanan British dan wakil parti politik
British peruntukkan sebanyak 100 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
Ia meliputi 52 buah kerusi dipilih melalui pilihan raya dan 48 ahli MPP dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British
Parti Perikatan telah menentang cadangan itu dan menuntut tiga per lima ahli MPP dipilih melalui pilihan raya
Bertujuan memohon kerusi pilihan raya yang lebih Tunku Abdul Rahman telah ke London tetapi gagal kerana tidak dipersetujui pihak British
Pada 27 Julai 1955 Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) diadakan
Sebelum pilihan raya diadakan setiap parti politik mengadakan kempen pilihan raya
Kempen bermula selepas penamaan calon pada 15 Julai 1955
Untuk meraih sokongan dalam kempen tersebut Parti Perikatan mengeluarkan manifesto
Manifesto :
Satu program atau perancangan parti politik yang menyertai pilihan raya dan program ini akan dilaksanakan jika mereka berjaya membentuk kerajaan
Antara manifesto Parti Perikatan dalam Pilihan Raya MPP yang pertama:
Mencapai kemerdekaan dalam tempoh 4 tahun
Mewajibkan pendidikan rendah
Melindungi hak Raja-Raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan
Menamatkan darurat
Menjadikan perkhidmatan awam yang bercorak tempatan
Kaum wanita diberikan hak mengundi untuk memilih wakil rakyat dalam Pilihan Raya MPP tahun 1955
Hak mengundi terbuka kepada semua kaum lelaki dan wanita berumur 21 tahun ke atas
Hak untuk mengundi dalam pilihan raya adalah simbol kedaulatan sebuah negara merdeka seperti Malaysia
Keputusan Pilihan Raya MPP ini dinantikan oleh orang ramai di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur
Keputusan memihak kepada Parti Perikatan iaitu memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan
Antara faktor kemenangan Parti Perikatan adalah :
Sikap tolak ansur parti-parti yang bertanding dalam pembahagian kerusi pilihan raya
Kebijaksanaan pemimpin parti berunding untuk mencari penyelesaian masalah politik
Kesanggupan setiap kaum untuk berkongsi kuasa dalam politik negara
Kesepakatan untuk menolak pengaruh Parti Komunis Malaya
Semangat untuk mencapai kemerdekaan yang berkobar-kobar
Manifesto pilihan raya yang dapat diterima umum
Kesan-Kesan :
Dasar kerjasama kaum dan politik pendekatan terbaik bagi masyarakat berbilang bangsa
Keharmonian dapat dijalin untuk mengelakkan perselisihan atau ketegangan kaum
Dasar kerjasama Parti Perikatan berikan kejayaan dalam setiap pilihan raya
Parti Perikatan mengamalkan dasar bermuafakat dan berkongsi kuasa dalam pengurusan sesebuah negara
Setiap masalah boleh diselesaikan dengan cara yang dapat diterima semua pihak
Sikap hormat menghormati, bertoleransi dan bertimbang rasa patut menjadi amalan dalam kehidupan kita
Kerjasama kaum merupakan asas penting perpaduan negara
Semoga Nota Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Kerjasama Kemerdekaan yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami tentang Kerjasama Antara Kaum Ke Arah Kemerdekaan dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.