Untuk makluman pelajar, dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 6 Pengukuhan Negara Malaysia yang berkaitan tentang Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan pelajar ketika mengulangkaji sebelum peperiksaan SPM.
Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 6 Pengukuhan Negara Malaysia
Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia
6.1 Cadangan Ke Arah Pembentukan Malaysia
Lord Brassey cadangkan Sabah, Sarawak, Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat Digabungkan
Sir Malcolm MacDonald cadangkan Sarawak, Sabah, Brunei, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan
Dato’ Onn (1956) cadang Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai Malaysia kerana menurutnya Britsh akan menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei, Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
Cadangan daripada pemimpin Singapura seperti Lim Yew Hock, David Marshall dan Lee Kuan Yew. Mendesak British berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk mengabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja
Tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman
Bimbang berlaku ketidakseimbangan penduduk
Akhirnya Tunku Abdul Rahman setuju dengan gagasan Malaysia
Umum cadangan gagasan Malaysia di Singapura / Hotel Adelphi
Menjamin kedudukan politik yang lebih kukuh.
6.2 Faktor-Faktor Pembentukan Malaysia
Faktor Politik
Lee Kuan Yew minat bergabung dengan Malaysia kerana pengaruh Barisan Sosialis yang memenangi pilihanraya Hong Lim di Singapura
Perkembangan Barisan Sosialis akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew iaitu Parti Tindakan Rakyat atau People’s Action Party (PAP)
Keadaan ini membimbangkan kerana menggugat rancangan kerajaan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura
Ancaman komunis juga merupakan salah satu faktor pembentukan Malaysia
Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM) dari 1948-1960
Ancaman komunis juga wujud di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandstine Communist Organization (CCO). Matlamatnya menjadikan Sarawak sebagai negara komunis
Penyertaan Singapura. Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman komunis
Penubuhan Malaysia akan mempercepat kemerdekaan Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei kerana pada masa ini negeri berkenaan masih belum mampu berkerajaan sendiri
Penubuhan Malaysia ialah proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun
British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo.
Faktor Ekonomi
Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian
Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-sumber yang ada di negeri-negeri ini
Tanah Melayu kaya dengan getah & bijih timah, Sarawak dan Sabah dgn kayu balak, manakala Brunei kaya dengan minyak.
Faktor Sosial
Mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum dalam kalangan negeri anggota
Memajukan negeri-negeri yang belum membangun seperti Sarawak dan Sabah
Memperlihakan kesepakatan dan semangat setia kawan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah dan Singapura
6.3 Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia
6.3.1 Reaksi Dalam Negeri :
Persekutuan Tanah Melayu
Kebanyakan parti politik menyokong idea ini
Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta perkara ini dirunding terlebih dahulu dengan penduduk Tanah Melayu
UMNO menyetujui penggabungan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa memasukkan Singapura
Singapura
Lee Kuan Yew dan partinya PAP menyokong kerana bimbang pengaruh parti berhaluan kiri
Barisan Sosialis menentang idea ini dan mengatakan pembentukan Malaysia satu penjajahan bentuk baru
Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall
Parti Rakyat Bersatu pimpinan Ong Eng Guan turut menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat
Referendum di adakan pada 1 Sept 1962
Pengundi Singapura memilih penggabungan Malaysia mengikut cadangan kerajaan
Sarawak dan Sabah
Pada peringkat awal mereka menolak gagasan Malaysia
Ramai ingin kekal di bawah pemerintahan British
Mereka tidak yakin untuk membentuk pemerintahan sendiri
Hal ini disebabkan selama ini peluang mereka dlm pemerintahan amat terhad
Mereka juga bimbang ekonomi Sarawak dan Sabah dikuasai oleh kerajaan pusat
Semua parti politik di Sarawak dan Sabah kecuali BERJASA inginkan kemerdekaan terlebih dahulu
Sarawak :
SUPP bimbang Sarawak dan Sabah akan dikuasai oleh Tanah Melayu
Kesemua parti politik ini akhirnya menyokong Malaysia
SUPP terus menentang
Okt 1962, 5 buah parti iaitu PANAS, SNAP, BERJASA, PESAKA DAN SCA bergabung membentuk Perikatan Sarawak
Mereka berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai Malaysia
Mereka juga berusaha menyekat pengaruh SUPP
Sabah :
UNKO, USNO, Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik membentuk Perikatan
Menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia
Parti Perikatan Sabah mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20 syarat dikenali sebagai Perkara 20 untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia
Tuntutan ini juga kemudiannya diterima oleh Sarawak
Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) memuatkan tuntutan tersebut dalam Perlembagaan Malaysia
Tuntutan ini menjadi asas pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru
Tuntutan ini akan melindungi kepentingan penduduk sarawak dan Sabah
Terdapat perbezaan hak kuasa bagi Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri SemenanjungTanah Melayu
Hak ini dikenali sebagai Hak Wilayah Asingan. Antara perkara penting dalam Hak Wilayah Asingan :
Ketua Negeri
Bahasa Kebangsaan
Agama Islam
Kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan imigresen
Kerakyatan
Peruntukan Kewangan
Reaksi Brunei
Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia
Parti Rakyat Brunei (PRB) di bawah pimpinan A.M Azhari menentang
Mereka ingin menubuhkan Persekutuan Borneo iaitu Kerajaan Kalimantan Utara yg terdiri daripada Sarawak, Sabah dan Brunei
PRB menganggap Malaysia satu bentuk neokolonialisme
A.M Azhari melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU)
A.M Azhari dan penyokongnya mendapat bantuan dan sokongan Indonesia dan Filipina
Melancarkan pemberontakan pada 1962
Dapat dipatahkan oleh tentera British
A.M Azhari yg berada di Manila tidak dapat ditangkap
Beliau akhirnya mendapat perlindungan politik di Indonesia.
6.3.2 Reaksi Negara Luar
Reaksi Indonesia
Peringkat awal tidak menunjukkan sebarang reaksi
Tentangan muncul apabila Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme
Panangan yg disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) mempengaruhi Presiden Soekarno
Dasar Konfrontasi ekonomi an kemasyarakatan (Ganyang Malaysia) diumumkan pada 20 Jan 1963
Ganyang Malaysia – Dasar Indonesia utk memusnahkan pembentukan Malaysia
Antara tindakan Indonesia:
Menghantar pengintip
Serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu
Menceroboh ruang udara
Serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah.
Menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi.
Memburuk-burukkan nama Malaysia di negara Afro-Asia dan negara Dunia Ketiga.
Tindak balas Malaysia :
mendapatkan bantuan tentera Komanwel termasuk dari Britain, Australia, New Zealand dan Kanada
Tunku Abd Rahman membuat bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung PBB berhubung pencerobohan Indonesia terhadap tanah Melayu, Sarawak dan Sabah
Tun Ab Razak mengadakan lawatan ke Afrika bagi menjelaskan hubungan antara Malaysia dan Indonesia
Ancaman dari segi ekonomi tidak berlaku kerana tindakan ini menjejaskan Indonesia sendiri
Hubungan tegang ini berpanjangan sehinggalah berlaku pemberontakan bersenjata Jeneral Soeharto yang menggulingkan Soekarno
Soeharto menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik bagi memulihkan hubungan
Perundingan memulihkan hubungan diadakan di Bangkok pada tahun 1966
Reaksi Filipina
Presiden Macapagal membuat pengumuman rasmi menuntut hak terhadap Sabah
Filipina mendakwa Sabah masih merupakan sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu
Tuntutan ini berdasarkan perjanjian pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck
Overbeck kemudiannya menjualkan haknya kepada Alfred Dent yg telah menubuhkan syarikat perdagangan yg memperoleh Piagam Diraja daripada British
Pada tahun 1881, syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB)
Syarikat ini memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun
Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada British
Pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu yg akhir iaitu Sultan Esmail Kiram pd 22 Januari 1958
Pada Jun 1966 Filipina mengiktiraf Malaysia melalui MAPHILINO ( Malaysia, Filipina dan Indonesia.)
6.4 Langkah-Langkah Ke Arah Pembentukan Malaysia
Lawatan TAR
Ke Sarawak, Sabah dan Brunei untuk menerangkan konsep, tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia
Rundingan diadakan antara pegawai-pegawai kanan PTM dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak, Sabah dan Singapura
Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK)
JPPK ditubuhkan di Singapura dan dipengerusikan oleh Donald Stephens
Ahli JPPK :
Tunku Ab Rahman
Ong Yoke Lin
Khir Johari (Dari Persekutuan Tanah Melayu)
Lee Kuan Yew (Singapura)
Tun Datu Musapa Datu harun (Sabah)
Peranan JPPK – Menerangkan kepada rakyat gagasan Malaysia. Mengumpulkan pandangan penduduk dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia
Dalam mesyuarat di Singapura JPPK sepakat mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold
Memorandum ini mengandungi perkara berkaitan pandangan dan pendapat Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan yang baru.
Suruhanjaya Cobbold
Keanggotaan 3 org pegawai British iaitu :
Lord Cobbold
Sir Anthony Abbel
Sir David Watherston
Rakyat tempatan :
Dato’ Wong Pow Nee
Tan Sri Ghazali Shafie
Tujuan :
Meninjau pendapat rakyat Sarawak dan Sabah tentang gagasan Malaysia
Membuat penilaian dan cadangan kepada British
Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pertubuhan
Laporan Suruhanjaya Cobbold :
1/3 penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat
1/3 menyokong dgn syarat iaitu kepentingan mereka harus dilindungi
1/3 ingin kemerdekaan sebelum menyertai malaysia
Antara Cadangan Suruhanjaya Cobbold :
Perlembagaan Malaysia yang baru berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
Sarawak dan Sabah diberikan kuasa menentukan dasar imigresennya
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
Jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputera Sarawak dan Sabah
Pemberian nama Malaysia kepada negara baru yang dibentuk
Penentuan tarikh penubuhan Malaysia.
Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
Dipengerusikan oleh Lord Landsdowne, dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak
Kedua-duanya mengunjungi Sabah dan Sarawak bagi menerangkan penubuhan Malaysia
JAK bemesyuarat 24 kali bagi mewajarkan kemasukan Sarawak dan Sabah ke dalam Malaysia
Membincangkan hak dan kepentingan penduduk Sarawak dan Sabah
MAPHILINDO
Bagi mengurangkan ketegangan, perjumpaan tiga pihak melibatkan Malaysia, Indonesia dan Filipina telah diadakan
Perbincangan antara Tunku Abdul Rahman, Presiden Soekarno dan Presiden Macapagal diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos 1963
Hasil rundingan ini MAPHILINDO ditubuhkan
Bersetuju mencari jalan penyelesaian melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
UNMM
Dibentuk oleh Setiausaha Agung PBB iaitu U Thant dengan menghantar wakilnya Lawrence Michaelmore bagi meninjau sekali lagi pendapat rakyat Sarawak dan Sabah
Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia
6.5 Perjajian Malaysia 1963
Ditandatangani di London pada 9 Julai 1963
Peristiwa penting ke arah pembentukan Malaysia :
Akta yang memperuntukkan penggabungan negeri-negeri berkenaan dinamai Malaysia
Akta Malaysia diluluskan oleh Parlimen Britain, Parlimen Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, Majlis Undangan Sarawak dan Majlis Undangan Sabah
Diperkenankan oleh Yang di Pertuan Agung
Pada 16 September 1963, Malaysia secara rasminya ditubuhkan.
6.5.1 Isi Perjanjian Malaysia 1963
Semua urusan hal ehwal luar adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan
Agama Islam adalah agama Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan
Bagi Sarwak dan Sabah, bahasa rasmi ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia
Sarawak dan Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam
Sarawak memperoleh 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi kawasan parlimen
Bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu
Semoga Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 6 Pengukuhan Negara Malaysia yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar memahami Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia dan berjaya menjawab soalan SPM nanti.