PERMOHONAN

Permohonan Matrikulasi 2019/ 2020 Online

Borang Permohonan Program Matrikulasi KPM

Perhatian buat pelajar SPM 2018 yang berminat untuk menyambung pengajian tinggi mereka ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Untuk makluman, Permohonan Matrikulasi 2019/ 2020 Online untuk calon SPM 2018 telah dibuka bermula dari 19 Julai 2018 sehingga 30 November 2018.

Permohonan hendaklah dibuat secara online di Applikasi Permohonan Melalui Internet (PMI) pada tarikh yang telah ditetapkan dan pemohon perlu membeli PIN di BSN.

Permohonan Matrikulasi 2018 2019 Online - Permohonan Matrikulasi 2019/ 2020 Online

Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2019/ 2020 Online

Menyambung pengajian ke Program Matrikulasi KPM adalah salah satu pilihan buat pelajar Sijil Pelajaran Malaysia. Selain itu, pelajar boleh menyambung pengajian ke Program Asasi, Ijazah Sarjana Muda, Diploma melalui UPU online, masuk ke Tingkatan 6 serta menyambung pengajian ke Kolej Kemahiran.

Bermula dari tahun 2016, lulusan Matrikulasi KPM akan menerima sijil, sama seperti lepasan STPM. Ianya bagi memudahkan mereka untuk memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta

Cara Memohon Program Matrikulasi 2019

Sebagai panduan, berikut dikongsikan panduan penting dalam membuat permohonan Matrikulasi sesi 2019/ 2020 secara atas talian.

Permohonan kemasukan Program Matrikulasi KPM boleh di buat secara online di Applikasi Permohonan Melalui Internet (PMI). Untuk makluman, program Matrikulasi KPM dijalankan di 15 buah kolej Matrikulasi, KPM dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan.

Pemohon disyorkan untuk membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum membuat permohonan.

Berikut disertakan link-link penting yang berguna kepada pemohon semasa membuat permohonan kemasukan ke Matrikulasi Sesi 2019-2020:-

  1. Syarat program dan kelayakan minimum
  2. Panduan Mengisi Borang Permohonan
  3. Borang Permohonan Melalui Internet PMI

Cara Membuat Permohonan Matrikulasi 2018 Secara Online

Berikut adalah cara permohonan Matrikulasi sesi 2019-2020.

  • Pemohon mestilah pelajar warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2019

Permohonan Melalui Internet

  • a. Pemohon boleh membeli No. Pengenalan Individu (No. Pin) lima digit di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018 dengan Lembaga Peperiksaan (LP)
  • b. Sila pastikan menerima resit bayaran sebelum meninggalkan kaunter yang mengandungi maklumat berikut:-
    • i. bayaran telah dibuat atas nama “Pengarah Bahagian Matrikulasi” ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897
    • ii. No Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang sama seperti mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2018 dengan LP
    • iii. No. Pin 5 digit
  • c. Pemohon juga boleh membuat bayaran Permohonan Melalui Internet (PMI) di mesin ATM BSN (bagi pemegang akaun GIRO / Wadiah BSN sahaja). Sila ikut arahan di skrin mesin ATM tersebut.
  • d. No. Pin digunakan untuk mengemukakan permohonan Program Matrikulasi KPM dan juga untuk membuat pindaan atau pembetulan butiran permohonan. No. Pin. ini hendaklah dirahsiakan
  • e. Pemohon dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor dokumen pengenalan dan diikuti dengan No. Pin. untuk membuat permohonan
  • f. Pemohon yang terlupa atau hilang No. Pin. boleh mendapatkan No. Pin. tersebut dengan membayar RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) di mana-mana kaunter BSN.
  • g. Permohonan Program Matrikulasi KPM boleh dibuat melalui internet dengan melayari laman sesawang
    matrikulasi.moe.gov.my mulai 19 Julai hingga 30 November 2018.
  • h. Baca dan fahami panduan PMI yang terdapat dalam laman web tersebut.
  • i. Setelah selesai mengisi permohonan, sila klik butang ‘HANTAR’ dan CETAK permohonan anda sebagai bukti penghantaran
  • j. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2018

Semakan Keputusan Matrikulasi 2019

  • a. Pemohon boleh mengemas kini maklumat pada awal Februari 2019
  • b. Pemohon boleh melayari laman sesawang matrikulasi.moe.gov.my dalam tempoh 30 hari bekerja selepas pengumuman rasmi keputusan SPM menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang berdaftar dengan LP.

Untuk sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083.

Selamat membuat Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2019/ 2020 Online untuk pelajar SPM 2018. Diucapkan semoga anda berjaya untuk mendapat tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM yang dijangka diumumkan pada bulan April 2019 nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *