PERMOHONAN

Permohonan PraSekolah KPM 2019 Online/ Manual

Cara Pendaftaran Pra Sekolah KPM

Borang Online Dan Manual Pendaftaran Murid Ke Prasekolah KPM Tahun 2019. Bila tarikh pendaftaran/ permohonan kemasukan murid ke Prasekolah KPM 2019? Perhatian buat Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak atau jagaan yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 15 Januari 2015. Permohonan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2019 akan dibuka bermula dari tarikh 1 Mac 2018.

Dua kaedah permohonan/ pendaftaran murid ke Prasekolah yang disediakan adalah permohonan secara dalam talian dan pengisian borang secara manual melalui sekolah yang dimohon.

Permohonan PraSekolah KPM - Permohonan PraSekolah KPM 2019 Online/ Manual

Borang Pendaftaran Murid Ke Prasekolah KPM Secara Online/ Manual Tahun 2019

Kewujudan Sistem aplikasi e-Prasekolah online yang dibangunkan oleh KPM bakal memudahkan ibu bapa atau penjaga dalam mendaftarkan kemasukan pra-sekolah anak jagaan mereka secara atas talian sekaligus memudahkan dan menjimatkan masa.

Berikut dikongsikan panduan dalam membuat pendaftaran permohonan kemasukan Prasekolah 2019 KPM. Ibu bapa atau penjaga kini mempunyai dua pilihan dalam mendaftarkan anak / jagaan ke kelas prasekolah tahun 2019 iaitu secara online atau manual.

Tarikh Permohonan Prasekolah 2019

  • 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018 (Borang online)
  • 1 Mac 2018 hingga 31 Mei 2018 (Borang manual)

Ibu bapa atau penjaga adalah dinasihatkan untuk membuat permohonan kemasukan mengikut ketetapan tarikh yang dinyatakan diatas bagi mengelak sebarang masalah dalam permohonan.

Aplikasi Sistem Permohonan Pra Sekolah Online 2019

Sistem Aplikasi Modul e-Prasekolah boleh diakses melalui pautan berikut :-

  • e-Prasekolah
  • Pengguna yang baru (Pertama Kali) menggunakan sistem e-Prasekolah perlu mendaftar terlebih dahulu (Daftar Pengguna) untuk mengakses sistem borang permohonan online
  • Hanya ibubapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk membuat pendaftaran

Untuk mendapatkan panduan penggunaan, pemohon boleh merujuk kepada

Proses Permohonan Online Dan Manual Prasekolah KPM

Berikut adalah proses permohonan murid ke Prasekolah KPM secara online buat panduan pemohon :-

i) Permohonan Prasekolah Online

proses permohonan prasekolah online - Permohonan PraSekolah KPM 2019 Online/ Manual

ii) Permohonan Prasekolah Secara Manual

Ibu bapa atau penjaga yang memilih untuk membuat permohonan secara manual, sila hadir sendiri ke pusat (sekolah / institusi) prasekolah KPM yang dipohon bermula dari tarikh buka dan tutup permohonan yang dinyatakan. Carian senarai sekolah/ institusi hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang berdaftar sahaja melalui sistem aplikasi e-Prasekolah.

proses permohonan prasekolah manual - Permohonan PraSekolah KPM 2019 Online/ Manual

Syarat Kelayakan Permohonan Kemasukan Murid Ke Prasekolah KPM

Sila pastikan anak/ jagaan anda melepasi syarat permohonan seperti berikut sebelum membuat permohonan:-

  1. Kanak-kanak berwarganegara Malaysia sahaja
  2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 15 Januari 2015 sahaja yang layak untuk memohon
  3. Pemilihan murid dilaksanakan di peringkat sekolah oleh Jawatankuasa Pemilihan murid berdasarkan sistem merit

Maklumat Lanjut

Ibubapa atau penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran permohonan secara atas talian (online) perlu mencetak bukti borang permohonan online berkenaan.  Borang perlu dihantar beserta dokumen yang berkaitan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya 31 Mei 2018

Semakan status keputusan permohonan boleh di buat dengan Log Masuk sistem aplikasi yang sama (e-Prasekolah) pada bulan Ogos 2018 (Tertakluk kepada perubahan).

Untuk Bantuan Helpdesk, sila rujuk atau hubungi :-

  1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Pengurusan Prasekolah)
  2. Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
  3. Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah)

Atau. sila kemukakan sebarang pertanyaan melalui emel di alamat eprasekolah@moe.gov.my

Selamat membuat permohonan murid untuk kemasukan Prasekolah KPM sesi 2019 secara online dan manual. Moga aplikasi online yang disediakan dapat memudahkan urusan para ibu bapa dan penjaga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *