Skema Jawapan Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
Contoh Soalan Dan Jawapan Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 Bab 10
Berikut dikongsikan contoh soalan dan skema jawapan Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara untuk Sejarah Kertas 3 Tingkatan 4 Bab 10. Merujuk tema 9 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 10, berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut.
I. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar majalah, risalah, internet dan lain-lain.
II. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.
III. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan.
Skema Jawapan Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara Sejarah Kertas 3 (Tingkatan 4 Bab 10)
Soalan:Kegiatan ekonomi di Tanah Melayu telah berkembang pesat sejak zaman Kesultanan melayu Melaka lagi. Jelaskan perkembangan sistem ekonomi di Tanah Melayu sehingga ke hari ini.
Peringatan: Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah;-
TAJUK 9.2 Bab 10 : SKEMA JAWAPAN DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA
FORMAT
ASPEK
PERINCIAN
MARKAH
Pengenalan
Memahami latar belakang ekonomi negara.
1. Pengenalan.
Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang ekonomi negara sebelum kedatangan British.
5
Isi dan huraian
Memahami dasar-dasar British berkaitan ekonomi.
2. Memahami dasar-dasar British berkaitan ekonomi.
Terangkan dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh British berkaitan ekonomi di Negara kita.
i. Ekonomi Dagangan (20 M)
ii. Dasar British terhadap pertanian (10 M)
30
–
Menganalisis kesan dasar British berkaitan ekonomi.
3. Impak dasar ekonomi British terhadap ekonomi tradisional.
Terangkan impak dasar ekonomi British terhadap ekonomi tradisional.
15
–
Mengaplikasi sistem ekonomi dagangan terhadap pembangunan ekonomi Negara.
4. Langkah – langkah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara berdaya saing dalam bidang ekonomi antarabangsa.
Cadangkan langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara berdaya saing dalam bidang ekonomi antarabangsa.
15
–
Menilai kejayaan Malaysia dalam ekonomi antarabangsa.
5. Kejayaan Malaysia dalam kegiatan ekonomi antarabangsa.
Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh Negara kita dalam kegiatan ekonomi di peringkat antarabangsa?
10
–
Mencipta / Menjana idea usaha-usaha Malaysia kearah menghadapi cabaran di abad ke 21 bagi menjamin kemakmuran negara.
6. Cabaran dan langkah menghadapi cabaran pada abad ke 21.
i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada abad ke 21 bagi menjamin kemakmuran Negara (5 M)
ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5 M)
10
–
Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada perkembangan ekonomi Negara kita.
7. Penerapan nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada perkembangan ekonomi Negara kita.
Nyatakan nilai-nilai murni atau iktibar yang diperolehi daripada perkembangan ekonomi Negara.
10
Kesimpulan
Merumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan.
8. Rumusan.
Pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
5
Peraturan Pemarkahan Tingkatan 4 Bab 10 (Skema Jawapan Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara)
Soalan: Kegiatan ekonomi di Tanah Melayu telah berkembang pesat sejak zaman Kesultanan melayu Melaka lagi. Jelaskan perkembangan sistem ekonomi di Tanah Melayu sehingga ke hari ini.
KERANGKA JAWAPAN (Skema Jawapan Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara)
SOALAN
ISI DAN HURAIAN
MARKAH
1
Pengenalan.
Jelaskan secara ringkas tentang latar belakang ekonomi negara sebelum kedatangan British.
F1 Pelbagai kegiatan ekonomi
F2 Berjaja / berniaga / berdagang
F3 Melombong
F4 Bercucuk tanam
F5 Memungut hasil hutan
F6 Menternak binatang
F7 Menangkap ikan
F8 Mengusahakan tanaman sampingan
F9 Ekonomi sara diri
F10 Skala pengeluaran kecil
F11 Menggunakan teknologi rendah
F12 Modal kecil
F13 Buruh terhad
F14 Pasaran kecil
F15 Lebihan hasil digunakan keluarga / kumpulan masyarakat
F16 Hasil lebih ditukar dengan barangan lain
F17 Hasil yang lebih digunakan untuk kenduri kendara / zakat / sedekah / hadiah/ simpanan
F18 Tiada pengkhususan pekerjaan
F19 Pembahagian kerja melibatkan perbezaan jantina dan umur
F25 Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa
F26 Pekebun kecil diberi kuota yang lebih rendah
F27 Skim perladangan kepada pelabur Eropah
F28 Insentif kewangan kepada peladang Eropah
F29 Bantuan teknikal kepada peladang Eropah Industri lombong
F30 Penyediaan modal / insentif modal
F31 Teknologi kapal korek
F32 Meluluskan Enakmen / undang-undang untuk menguasai lombong
F33 Menggalakkan kemasukan buruh luar
F34 Membawa masuk buruh luar
F35 Buruh cina dalam sektor perlombongan
F36 Buruh India dalam sektor perladangan
F37 Mewujudkan jawatan pegawai perlindungan buruh
F38 Meluluskan undang-undang untuk membaiki sistem pengambilan buruh
F39 Sistem pengambilan kakitangan / rumah kongsi menggantikan sistem tiket kredit
F40 Menaja kemasukan imigran cina / Foochow ke Sarawak
F41 Menguatkuasakan Undang-undang Tabung Imigresen India Institusi kewangan
F42 Memperkenalkan penggunaan mata wang asing
F43 Menubuhkan Lembaga Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas
F44 Mata wang kertas digunakan untuk perdagangan di negeri-negeri Selat
F45 Menubuhkan institusi kewangan / bank
F46 Memperkenalkan sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan / kadar faedah yang tinggi
F47 Mengutamakan pedagang Eropah
F48 Pedagang tempatan boleh mendapatkan perkhidmatan bank Eropah melalui orang tengah / komprador
F49 Memperkenalkan perkhidmatan insurans
F50 Undang-undang insurans dikemaskini
ii. Dasar British terhadap pertanian. (10 M)
F1 Memperkenalkan pertanian baru
F2 Mengkormersialkan beberapa jenis tanaman tradisional
F3 Penggunaan tenaga buruh luar untuk tanaman tradisional
F4 Mengusahakannya secara lading
F5 Undang-undang berhubung tanah berkonsepkan sistem Barat
F6 Contoh Peraturan Tanah Perak/ Kanun Tanah Selangor / Peraturan Tanah Sungai Ujong
F7 Membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial
F8 Memperkenalkan sistem rekod tanah
F9 Memperkenalkan kadar cukai mengikut jenis tanah
F10 Kebenaran Pejabat tanah / untuk mengusahakan tanah
F11 Memperkenalkan Enakmen Tanah Persekutuan
F12 Perlu mendapatkan kebenaran Pejabat Tanah untuk kutip hasil hutan
F13 Kuasa Residen negeri untuk menentukan jumlah kawasan konsesi tanah
F14 Perkembangan sistem ekonomi wang
F15 Memperkenalkan Akta Tanah Simpanan Melayu / Land Order 1931 dan 1948 / Proklamasi III Perlindungan Hak Pribumi
F16 Mengekalkan orang melayu sebagai petani
F17 Memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917
F18 Premium dinaikkan untuk permohonan tanah baru
F19 Pembukaan tanah baru untuk pertanian getah dilarang
F20 Dasar perlindungan kepada pemodal dan pengusaha Eropah /Sekatan Stevenson
F21 Melarang tanaman getah di kawasan tanah padi
F22 Pekebun kecil diberi kuota yang rendah / Peraturan Getah Antarabangsa
F23 Menaikkan harga getah di pasaran
F24 Mengelakkan daripada bergantung kepada pengimportan beras dari luar Negara
F25 Menubuhkan Jabatan Parit dan Tali Air / memperbaiki sistem perparitan dan tali air
F26 Memperkenalkan Enakmen Tanah kelapa
30
3
Impak dasar ekonomi British terhadap ekonomi tradisional.
Terangkan impak dasar ekonomi British terhadap ekonomi tradisional.
F1 Kemunculan bandar-bandar baru
F2 Contoh seperti Kuala Lumpur / Taiping / Ipoh / Seremban
F3 Pusat kehidupan bertumpu di bandar
F4 Bandar-bandar baru banyak dihuni masyarakat Cina
F5 Berbanding masyarakat India dan masyarakat Melayu
F6 Masyarakat Melayu terikat di kawasan perkampungan di pesisir sungai
F7 Masyarakat India tertumpu di kawasan ladang getah
F8 Pembinaan infrastruktur oleh British ditumpukan di kawasan yang boleh memberi keuntungan kepada mereka
F9 Kawasan Pantai Barat Tanah Melayu lebih dibangunkan berbanding kawasan di Pantai Timur
F10 Telah mengubah sistem pendidikan tradisional di Tanah Melayu
F11 Tidak mewujudkan perpaduan
F12 Kemajuan dalam sistem pendidikan
F13 Penubuhan Universiti Malaya
F14 Rakyat berpeluang mendapat pendidikan tinggi
F15 Dengan adanya sistem perhubungan antara negeri / negara luar dapat dijalankan dengan lebih cekap / cepat
15
4
Langkah-langkah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara berdaya saing dalam bidang ekonomi antarabangsa – Skema Jawapan Dasar British
Cadangkan langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara berdaya saing dalam bidang ekonomi antarabangsa.
F1 Menguasai ilmu pengetahuan
F2 Menguasai kemahiran
F3 Menjamin keamanan dan kedaulatan Negara
F4 Mengekalkan perpaduan kaum
F5 Mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia
F6 Kreatif dan inovatif
F7 Menggalakkan pelaburan asing
F8 Mengukuhkan pusat kewangan pesisir pantai
F9 Menaik taraf infrastruktur
F10 Menambah tenaga mahir
F11 Mewujudkan perdagangan bebas
F12 Meningkatkan kecekapan pentadbiran kerajaan
F13 Mengurangkan karenah birokrasi
F14 Memberikan bantuan modal
F15 Memperkasa peranan MITI
F16 Meluaskan pasaran / mencari pasaran baru
F17 Memperkasa wilayah pembangunan ekonomi
F18 Meluaskan dagangan dua hala
F19 Menjadikan Negara hub halal
F20 Mempelopori penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam
F21 Memajukan perlancongan kesihatan
F22 Memelihara bandar warisan dunia
F23 Memperluaskan hubungan diplomatik
F24 Mengadakan pertukaran teknologi
(mana-mana yang munasabah)
15
5
Kejayaan Malaysia dalam kegiatan ekonomi antarabangsa.
Berdasarkan pengetahuan anda, jelaskan kejayaan yang telah dicapai oleh Negara kita dalam kegiatan ekonomi di peringkat antarabangsa.
Perindustrian
F1 Pembuatan automobile / industri berat
F2 Menyediakan Zon perdagangan bebas
F3 Sektor perkilangan
F4 Industri elektronik
F5 Pembangunan wilayah pembangunan ekonomi (NCER / ECER / WPI)
F6 Koridor raya Multimedia
F7 Penganjuran sukan antarabangsa
Pusat Kewangan
F8 Pusat kewangan Islam
F9 Pusat kewangan pesisir pantai
F10 Pusat tumpuan ekonomi
F11 Pelopor hub halal dunia
F12 Pengeluar makanan halal dunia
F13 Sistem bank pusat yang kukuh
Pertanian
F14 Pengeluar komoditi dunia (koko / getah / kelapa sawit)
F15 Bioteknologi
F16 Menjadikan pertanian satu industri
F17 Pusat pengeluaran herba
Perlombongan
F18 Petrokimia
F19 Pelaburan dalam petroleum di luar Negara
F20 Sistem pengangkutan dan perhubungan
F21 Pengangkutan tambang murah
F22 Perkhidmatan cemerlang peringkat dunia
F23 Industri perkapalan
F24 Industri pembuatan kapal
Pendidikan
F25 hub pendidikan bermutu
F26 pusat kecemerlangan pendidikan
F27 universiti berkembar dengan universiti terkenal luar Negara
Pelancongan
F28 Pengiktirafan UNESCO
(mana–mana jawapan yang munasabah)
10
6
Cabaran dan langkah menghadapi cabaran pada abad ke 21.
i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada abad ke 21 bagi menjamin kemakmuran negara. (5 M)
Kewangan – Skema Jawapan Dasar British
F1 Kekurangan modal
F2 Nilai mata wang turun naik / spekulasi
Pelaburan
F3 Kejatuhan pasaran saham
F4 Pelabur berpindah ke Negara lain
F5 Masalah menarik pelabur asing
Teknologi – Skema Jawapan Dasar British
F6 Teknologi masih rendah
F7 Masih bergantung kepada teknologi luar
Globalisasi
F8 Persaingan dengan negara maju
F9 Pengiktirafan oleh negara maju
F10 Salah guna laman sesawang
Pasaran – Skema Jawapan Dasar British
F11 Menembusi pasaran antarabangsa
F12 Pasaran terhad
F13 Tekanan / sekatan negara maju
Tenaga kerja
F14 Kurang mahir
F15 Bergantung kepada tenaga kerja dari negara luar
F16 Ramai tenaga mahir berkhidmat di luar negara
F17 Kurang pengetahuan
Gejala sosial
F18 Keruntuhan akhlak
F19 Dadah
F20 Nilai-nilai kemanusiaan pudar
(mana-mana yang munasabah)
ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. (5M)
Penguasaan ilmu – Skema Jawapan Dasar British
F1 Menjadi hub pendidikan
F2 Mengubahsuai kurikulum untuk memenuhi keperluan semasa
F3 Pendidikan sepanjang hayat
F4 Melahirkan modal insan
F5 Pendidikan maya
F6 Pendidikan ke luar Negara
Kemahiran
F7 Penguasaan ICT
F8 Menambah bilangan tenaga professional dalam / luar Negara
F9 Menambah pusat pengajian tinggi yang berkaitan kemahiran
F10 Mendapat latihan di luar Negara
R&D
F11 Menghasilkan produk tinggi
F12 Memperuntukkan dana
F13 Mendapatkan hak milik paten
F14 Meneroka bidang baru
Kewangan
F15 Penggabunan Bank
F16 Tambatan mata wang
F17 Memperkenalkan dinar emas
F18 Memperluaskan perbankan Islam
Pasaran
F19 Meningkatkan kualiti barangan
F20 Mencari pasaran baru
F21 Mengadakan promosi / pameran
F22 E-dagang
Modal insan
F23 Memperkukuhkan jati diri / PLKN
F24 Menerapkan integriti / anti rasuah
F25 Memperkasa sekolah agama
F26 Konsep 1 Malaysia
F27 Merealisasikan wawasan 2020
F28 Mendaulatkan Bahasa Melayu, memperkasakan Bahasa Inggeris
F29 Merealisasikan falsafah pendidikan Negara
(mana-mana yang munasabah)
10
7
Penerapan nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada perkembangan ekonomi Negara kita.
Nyatakan nilai-nilai murni atau iktibar yang diperolehi daripada perkembangan ekonomi Negara.
F1 Berdikari
F2 Rajin berusaha
F3 Mengekalkan tradisi
F4 Berani menghadapi cabaran
F5 Bercita-cita tinggi
F6 Berwawasan
F7 Sedia menerima perubahan
F8 Kepentingan ilmu pengetahuan
(mana-mana yang munasabah)
10
8
Rumusan.
Pengetahuan yang diperolehi
Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
5
Semoga perkongsian skema jawapan Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara untuk Sejarah Kertas 3 SPM Tingkatan 4 Bab 10 ini bermanfaat buat semua pelajar