SKEMA JAWAPANSPM

Skema Jawapan Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat

Panduan buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini. Sebagai rujukan pelajar dalam menjawab soalan kertas 3 Sejarah SPM, berikut dikongsikan contoh soalan dan Skema Jawapan Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa.

Tema ini mengisahkan peristiwa Perang Dunia Pertama yang menandakan bermulanya konflik antarabangsa dan membawa kepada penubuhan badan-badan antarabangsa. Namun begitu tumpuan tema ini adalah terhadap peranan dan sumbangan Malaysia dalam mempertingkatkan kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

Ianya merupakan Tema umum Sejarah Kertas 3 untuk peperiksaan SPM tahun 2016. Nota ringkas berkaitan dengan topik Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa (sejarah SPM Bab 9) boleh boleh dirujuk di Bab 9 SPM.

Skema Jawapan Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa - Skema Jawapan Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat

Skema Jawapan Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa (Bab 9)

TEMA UMUM  : MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT  ANTARABANGSA

Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan
serantau.

TUGASAN SPESIFIK TEMA 12 : MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT  ANTARABANGSA  

Soalan : Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau. Hubungan serantau telah memberi banyak manafaat kepada negara kita. Huraikan peranan dan sumbangan Malaysia dalam kerjasama serantau  sehingga kini.

Kerangka Jawapan

Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah ini.

TAJUK 8.3 :SKEMA JAWAPAN MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT ANTARABANGSA

FORMATASPEKPERINCIANMARKAH
PengenalanMemahami matlamat penglibatan Malaysia1. Pengenalan.

Jelaskan matlamat penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau

5
Isi dan huraianMemahami pertubuhan serantau yang Malaysia sertai dan matlamat penibihannya2. Faktor dan matlamat penubuhan pertubuhan serantau

Nyatakan faktor penubuhan pertubuhan serantau berikut dalam matlamat penubuhannya

  • ASA
  • MAPHILINDO
  • ASEAN
30
Menganalisis sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau

3. Sumbangan dan faedah yang diperolehi oleh negara Malaysia dalam pertubuhan serantau

Jelaskan sumbangan dan faedah yang diperolehi oleh negara Malaysia dalam pertubuhan serantau seperti:

  • ASA
  • MAPHILINDO
  • ASEAN
15
Mengaplikasi peranan dan sumbangan Malaysia4. Peranan dan sumbangan Malaysia demi kemajuan negara

Bagaimanakah kita membuktikan keberkesanan peranan Malaysia di peringkat serantau berjaya membawa faedah kepada negara kita

15
Menilai kejayaan negara5. Kejayaan negara setelah memanfaatkan peranan dan sumbangan dalam hubungan serantau

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kejayaan yang dicapai oleh negara sepanjang penglibatan dalam hubungan serantau sehingga kini.

10
Mencipta / menjana idea menjadikan Malaysia mampu bersaing dengan negara lain.6. Cabaran masa depan Malaysia untuk bersaing dengan negara-negara jiran.
  • i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh negara untuk bersaing dengan negara jiran
  • ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5M)
10
Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada hubungan serantau negara.

7. Nilai nilai murni / iktibar / patriotisme daripada penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau

Nyatakan nilai nilai murni yang diperoleh daripada penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau.

10
KesimpulanMerumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan.8. Rumusan.
  • pengetahuan yang diperoleh
  • Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
  • Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang
5

skema jawapan kertas 2 sejarah spm 2016

PERATURAN  PERMARKAHAN TUGASAN SPESIFIK
TEMA 12 : MALAYSIA DAN KERJASAMA MASYARAKAT  ANTARABANGSA

KERANGKA JAWAPAN (Skema Jawapan Malaysia Dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa)

FORMATISI DAN HURAIANMARKAH
PengenalanJelaskan matlamat penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau.
  • Berbaik-berbaik-baik dengan semua negara
  • Jamin- menjamin keselamatan rakyat dan negara
  • Kekal- memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara
  • Galak-menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
  • Aman- mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
  • Global- menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia

[mana-mana jawapan yang munasabah]

[mana-mana 5 x 1m = maks. 5m]
Isi dan Huraian

i. Faktor dan matlamat penubuhan pertubuhan serantau.

Nyatakan faktor penubuhan pertubuhan seranatau berikut dan matlamat penubuhannya.

  • ASA
  • MAPHILINDO
  • ASEAN
30
Isi dan Huraian

ii. Sumbangan dan faedah yang diperolehi oleh negara Malaysia dalam pertubuhan serantau.

Jelaskan sumbangan dan faedah yang diperolehi oleh negara Malaysia dalam pertubuhan serantau berikut;.

  • ASA
  • MAPHILINDO
  • ASEAN
15
Isi dan Huraian

iii. Peranan dan sumbangan Malaysia demi kemajuan negara.

Bagaimanakah kita membuktikan keberkesanan peranan Malaysia di peringkat serantau berjaya membawa faedah kepada negara kita.

  • Malaysia dipandang tinggi di peringkat antarabangsa
  • Kepimpinan negara diiktiraf di peringkat dunia
  • Perpaduan rakyat Malaysia menjadi contoh kepada negara lain
  • Pelabur luar banyak melabur di negara kita
  • Menjadi tumpuan pekerja asing
  • Menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia
  • Pengiktirafan sebagai negara aman dan selamat
  • Perkembangan ekonomi negara
  • Peningkatan taraf hidup rakyat
  • Penigkatan nilai eksport
  • Sistem pendidikan bertambah pesat
  • Kemudahan infrasruktur negara bertambah baik
  • Kestabilan politik negara
  • Kelicinan pentadbiran negara
  • Kedaulatan negara terjamin

[mana-mana jawapan yang munasabah]

[mana-mana 15 x 1m = maks. 15m]
Isi dan Huraian

iv. Kejayaan negara setelah memanfaatkan peranan dan sumbangan dalam hubungan serantau.

Berdasarkan pengetahuan anda, apakah kejayaan yang dicapai oleh negara sepanjang penglibatan dalam hubungan serantau sehingga kini.

  • Memajukan ekonomi negara
  • menarik pelabur asing
  • menambah peluang pekerjaan
  • menaikkan taraf hidup rakyat
  • mempelbagaikan sumber pendapatan rakyat/negara
  • menjamin keamanan negara
  • meluaskan hubungan dengan negara luar
  • menstabilkan sistem politik negara
  • cemerlang dalam bidang sukan
  • berjaya dalam perusahaan automobil

(mana-mana jawapan yang munasabah)

[mana-mana 10 x 1m = maks. = 10m]
Isi dan Huraian

v. Cabaran masa depan Malaysia untuk bersaing dengan negara- negara jiran.

Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk bersaing deangan negara jiran.

  • Tekanan daripada negara maju
  • Teknologi negara masih rendah
  • Masih bergantung dengan modal asing
  • Kekurangan tenaga mahir
  • Bergantung kepada tenaga pakar dari luar negara

(mana-mana jawapan yang munasabah)

vi. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.

  • Mendalami ilmu pengetahuan
  • Menguasai kemahiran yang diperlukan
  • Menguasai teknologi baru
  • Sedia menerima perubahan
  • Bersikap kreatif dan inovatif

(mana-mana jawapan yang munasabah)

[mana-mana 10 x 1m = maks. 10m)
Isi dan Huraian

vii. Penerapan nilai-nilai murni /ikhtibar/patriotisme daripada penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau.

Nyatakan nilai-nilai murni/ikhtibar/patriotisme daripada penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau.

  • Kreatif
  • Inovatif
  • Bertanggungjawab
  • Gigih berusaha
  • Rajin
  • Berani membuat perubahan
  • Tabah
  • Bersatu padu
  • Semangat keusahawanan
  • Berubah sikap untuk memajukan diri

(mana-mana jawapan yang munasabah)

[mana-mana 10 x 1m = maks. 10m]
Kesimpulan

Rumusan

  • Hubungan luar amat penting untuk kemajuan negara
  • Keamanan negara harus sama-sama dipelihara
  • Sama-sama bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara
  • Perpaduan rakyat menjamin kemakmuran negara
  • Kestabilan politik amat penting dalam menjaga kedaulatan negara

[mana-mana jawapan yang munasabah]

[mana-mana 5 x 1m = maks. 5m]

Koleksi Skema Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM

Untuk contoh skema jawapan Sejarah Kertas 3 yang lengkap, sila klik :-
Selamat membuat ulangkaji buat pelajar SPM 2017. Perkongsian skema jawapan hanya sebagai panduan dan rujukan sahaja. Pelajar perlu mendapat nasihat guru anda untuk tips terbaik. Semoga anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sejarah Kertas 3 SPM dan semua mata pelajaran yang lain.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *