Soalan Dan Cadangan Jawapan Sejarah Kertas 3 SPM : Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan. Panduan buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Untuk rujukan pelajar dalam menjawab soalan kertas 3 Sejarah SPM, berikut dikongsikan contoh soalan dan Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan.
Nota ringkas berkaitan dengan topik Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan (sejarah SPM Bab 8) boleh boleh dirujuk di Bab 8 SPM Sejarah.
Contoh Soalan Dan Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan
Berikut dikongsikan contoh soalan berkaitan dengan Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 iaitu Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan beserta dengan skema jawapan buat panduan pelajar.
Tajuk Umum Tugasan : TAJUK 8.2 : PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN
Tema / Tajuk: 8.2 Bab 8 Tingkatan 5
(Merujuk tema 8 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks sejarah Tingkatan 5 Bab 8). Berdasarkan tajuk di atas calon dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:-
I. Membuat rujukan untuk mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku teks, buku ilmiah, akhbar, majalah, risalah, internet dan lain-lain.
II. Pada hari peperiksaan, calon dibenarkan membawa masuk buku teks, buku ilmiah, dan bahan bercetak yang berkaitan ke dalam bilik peperiksaan.
III. Bahan tersebut boleh digunakan sebagai rujukan untuk menjawab soalan
Soalan
Dasar Pembangunan Sosial untuk perpaduan negara telah dilaksanakan sejak penubuhan Malaysia. Sejauh manakah pelaksanaan dasar ini telah memberi kesan terhadap sistem pendidikan dan usaha menghayati prinsip Rukun Negara.
Peringatan:
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah
SKEMA JAWAPAN PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN
FORMAT
ASPEK
PERINCIAN
MARKAH
Pengenalan
Memahami latarbelakang pembangunan sosial
1. Pengenalan.
Jelaskan secara ringkas tentang dasar pembangunan sosial di Malaysia
5
Isi dan huraian
Memahami dasar-dasar yang berkaitan pembangunan sosial
2. Memahami dasar-daasar yang berkaitan pembangunan sosial
Terangkan dasar Pembangunan Sosial yang sedang dilaksanakan untuk menjana perpaduan
Rukun Negara
Akta Bahasa Kebangsaan
30
–
Menganalisis dasar pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan kebangsaan
3. Pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan
Huraikan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah dilaksanakan di negara kita sejak tahun 1956 hingga 1988
15
–
Mengaplikasi dasar pendidikan kebangsaan ke arah menjayakan konsep 1Malaysia
4. Langkah menjadikan Malaysia sebagai sebuah megara yang mempunyai perpaduan yang kukuh melalui dasar pendidikan
Sekiranya anda seorang menteri pelajaran, cadangkan langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk memupuk perpaduan bagi menjayakan konsep 1Malaysia
15
–
Menilai kejayaan Malaysia sebagai pusat pengajian bertaraf antarabangsa
5. Kejayaan negara sebagai pusat pengajian bertaraf antarabangsa
Sejauh manakah Malaysia telah berjaya sebagai pusat pengajian bertaraf antarabangsa?
10
–
Mencipta / menjana idea bagi menjamin perpaduan negara dalam menghadapi cabaran abad ke-21
6. Cabaran dan langkah mengatasi cabaran pada abad ke-21
i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada abad ke-21 bagi menjamin perpaduan negara
ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas
10
–
Menghayati nilai-nilai murni / iktibar / patriotisme daripada pelaksanaan dasar pembangunan sosial.
7. Nilai nilai murni / iktibar / patriotisme daripada pelaksanaan dasar pembangunan sosial
Nyatakan nilai nilai murni/ iktibar yang diperolehi daripada Dasar Perpaduan Negara
10
Kesimpulan
Merumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan.
8. Rumusan.
pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang
5
Peraturan Pemarkahan Sejarah Bab 8 Tingkatan 5
Soalan: Dasar Pembangunan Sosial untuk perpaduan negara telah dilaksanakan sejak penubuhan Malaysia. Sejauhmanakah pelaksanaan dasar ini telah memberi kesan terhadap sistem pendidikan dan usaha menghayati prinsip Rukun Negara.
Dasar-dasar pentadbiran British di Tanah Melayu tidak lari daripada percubaan untuk memaksimumkan keuntungan kewangan. Kesan penjajahan terhadap pembangunan fizikal dan sosial di Tanah Melayu serta hubungkaitnya dengan kemajuan negara Malaysia pada hari ini.
Soalan/ Isi / Huraian
KERANGKA JAWAPAN (Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan)
FORMAT
ISI DAN HURAIAN
MARKAH
Pengenalan
Jelaskan secara ringkas tentang dasar Pembangunan Sosial untuk Perpaduan Negara
F1 dilaksanakan melalui penglibatan aktiviti sosial
F2 perpaduan melalui pendidikan
F3 pembentukan Rukun Negara
F4 Dasar kebudayaan Kebangsaan
F5 Sukan untuk semua/perpaduan
F6 Wawasan 2020
F7 Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
[ 7 x 1m = mak 5m ]
Isi dan huraian
Terangkan Dasar Pembangunan Sosial yang sedang dilaksanakan untuk menjana perpaduan
i. Rukun Negara
F1 MAGERAN
H1a mengambil alih pentadbiran Negara
H1b menubuhkan majlis perundingan Negara/MPN
H1c membincangkan perpaduan Negara
H1d menilai isu perpaduan Negara
H1e menekankan pembentukan ideologi Negara
F2 Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970
H2a matlamat Rukun Negara untuk mengukuhkan perpaduan
H2b memelihara corak hidup demokratik
H2c mencipta sebuah masyarakat yang adil
H2d menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai
H2e membina masyarakat progresif
H2f menggunakan Sains dan Teknologi
F3 Prinsip-prinsip Rukun Negara
F4 kepercayaan kepada tuhan
H4a agama menjadi pegangan rakyat Malaysia
H4b mudah diurus menjadi warganegara yang baik
H4c menerima Islam sebagai agama rasmi
H4d agama lain bebas diamalkan
F5 kesetiaan kepada Raja dan Negara.
H5a Menuntut rakyat memberikan kesetiaan kepada raja dan Negara.
H5b Yang dipertuan Agong sebagai ketua Negara.
H5c Raja melayu merupakan ketua Negeri
H5d Raja menjadi symbol penyatuan rakyat
H5e pelindung hak istimewa pribumi
H5f derhaka kepada raja bermaksud derhaka kepada Negara
F6 keluhuran perlembagaan
H6a perlembagaan merupakan undang-undang utama Negara
H7c rakyat hidup aman damai apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.
H7d bertanggungjawab mendaulatkan undang-undang Negara
H7e tidak dicabar oleh mana-mana pihak
F8 kesopanan dan kesusilaan
H8a mengamalkan nilai-nilai murni
H8b melambangkan keperibadian individu
H8c menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni/ penyayang/ saling menghormati.
ii. Akta Bahasa Kebangsaan
F9 kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam perkara 152 perlembagaan persekutuan Tanah Melayu 1957
H9a untuk memartabatkan Bahasa Melayu
H9b untuk menjamin perpaduan rakyat
F10 Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
F11 pelancaran minggu bahasa
F12 Pelancaran Bulan Bahasa
F13 Slogan Bahasa Jiwa Bangsa
F14 penubuhan sekolah menengah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
H14a Sekolah Alam Shah/sekolah Seri Puteri/ Sekolah Sultan Abdul Halim
F15 Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada tahun 1967.
F16 1970, bahasa pengantar di sekolah rendah Inggeris telah ditukar kepada bahasa kebangsaan secara berperingkatperingkat
F17 penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
H17a membuktikan bahasa Melayu mampu menjadi bahasa Ilmu.
F18 bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di semua sekolah untuk menggantikan bahasa Inggeris mulai 1982
F19 bahasa Melayu digunakan di mahkamah pada tahun 1990
[ 55 x 1m = mak 30m ]
Isi dan huraian
Huraikan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang telah dilaksanakan di negara kita sejak tahun 1956 hingga 1988?
F1 Penyata Razak 1956
H1a Dapat menyuburkan semangat perpaduan Negara
H1b Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk
H1c Menyeragamkan kurikulum yang bercorak kebangsaan
F2 Menubuhkan Sekolah Umum Rendah
H2a Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
F3 Sekolah Jenis Umum Rendah
H3a Menggunakan bahasa Inggeris / Cina / Tamil sebagai bahasa Pengantar
F4 Sekolah Menengah Melayu
H4a Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
F6 Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di semua Sekolah F7 Penyata Razak telah mengemukakan cadangan penting bagi pembentukan bangsa yang bersatu padu melalui satu dasar pendidikan F8 Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957
F9 Laporan Rahman Talib 1960
H9a Sebuah Jawatankuasa dipengerusikan oleh Encik Abdul Rahman Haji Talib
H9b Menjadi Menteri Pelajaran Ketiga
H9c Mengasaskan penubuhan sekolah Vokasional khas untuk murid yang lemah dalam SRP
H9d Beberapa syor baru telah dicadangkan sebagai tambahan kepada Penyata Razak
H9e Untuk memupuk semangat perpaduan kaum
H9f Sekolah Umum dijadikan sekolah kebangsaan
H9g Sekolah Jenis Umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan
H9h Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama
H9i Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
H9j Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Melayu
H9k Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah menengah
H9l Pelajaran agama Islam diajarkan di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam
H9m Bahasa Cina dan Bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar
H9n Semua peperiksaan awam akan dijalankan dalam bahasa kebangsaan
H9o Syor-syor dalam Laporan Rahman Talib telah diterima dan digubal menjadi Akta Pelajaran 1961
F10 Kajian Aminuddin Baki 1965
H10a Sistem persekolahan aneka jurusan diperkenalkan
H10b Untuk menampung pelajar-pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik
H10c Menyediakan pelajaran pada peringkat menengah rendah hingga berumur 15 tahun
H10d Dengan memberi pelbagai kursus kemahiran
C10a Perdagangan / Sains Rumahtangga / Seni Perusahaan / Sains Pertanian
H10e Untuk melahirkan tenaga kerja mahir
H10f Sebagai persediaan untuk pasaran kerja
H10g Mata pelajaran wajib adalah seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa
F11 Jawatankuasa Kabinet 1974
H11a Untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan
H11b Untuk menilai sejauh mana pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan yang sedia ada
H11c Dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang diperlukan oleh negara
H11d Mengenal pasti sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu / berdisilplin dan terlatih
H11e Menekankan penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira
H11f Kenaikan darjah secara automatik
H11g Penekanan terhadap sekolah vokasional
H11h Sukatan pelajaran sekolah swasta
H11i Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib
H11j Penekanan terhadap kokurikulum
H11k Penekanan disiplin sebagai asas perpaduan
F12 Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 F13 Kementerian Pendidikan telah melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1982
F14 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) diperkenalkan dalam tahun 1988
H14a Menekankan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
H14b Berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan
H14c Untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan / berketerampilan / berakhlak mulia / bertanggungjawab
H14d Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
H14e Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga / masyarakat / negara
F15 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
H15a Sebagai pelengkap kepada dasar pendidikan kebangsaan
H15b Merupakan hala tuju system pendidikan di Negara kita
H15c Untuk memupuk perpaduan kaum
H15d Dalam konteks masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai keturunan / adat resam / agama
H15e Memupuk integrasi nasional
[ 66 x 1m = mak 15m ]
Isi dan huraian
Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia pada abad ke-21 bagi menjamin perpaduan negara
i. Cabaran Perpaduan abad ke 21
F1 petempatan berasaskan kaum
F2 jurang ekonomi yang luas di antara kaum
F3 jurang pendapatan
F4 perbezaan budaya, bahasa dan agama.
F5 parti politik berasaskan perkauman
F6 sistem vernakular di sekolah rendah masih wujud
F7 sukatan pelajaran berbeza di sekolah swasta
(mana-mana jawapan yang munasabah)
ii) Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas.
Cara-cara mengatasi cabaran
F1 memperkasakan Bahasa melayu
F2 menambahkan bilangan sekolah wawasan
F3 mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara.
F4 mengamalkan dasar kebudayaan kebangsaan
F5 menjayakan Model Ekonomi Baru
F6 merealisasikan konsep 1Malaysia
F7 mengamalkan konsep Hidup Berjiran Membawa Berkat
F8 menghidupkan semula aktiviti rukun tetangga
F9 membina budaya ilmu untuk menyekat limpahan maklumat luar
F10 pembangunan rohaniah
F11 menambah bilangan sekolah Bestari
F12 mendedahkan pelajar tentang perkembangan semasa
F13 berpandangan jauh
F14 kreatif dan inovati
10
Isi dan huraian
Sekiranya anda seorang menteri pelajaran, cadangkan langkah-langkah yang akan anda lakukan untuk memupuk perpaduan bagi menjayakan konsep 1Malaysia
F1 mempunyai pegangan agama/Tuhan
F2 mematuhi/ mengamalkan kepercayaan agama
F3 menghormati kebebasan beragama/ bebas mengamalkan agama masing-masing
F4 setia kepada raja
F5 bangga terhadap institusi Negara
F6 mematuhi undang-undang
F7 mengamalkan Rukun Negara
F8 menghormati lambang Negara seperti lagu Negaraku Jalur Gemilang
F9 merealisasikan wawasan 2020
F10 Dasar Ekonomi Baru (DEB)
F11 Hari Perayaan disambut oleh semua kaum
F12 mengadakan Rumah Terbuka
F13 sukatan Pelajaran yang sama
F14 peperiksaan yang sama
F15 menerima kebudayaan kebangsaan
F16 bertolak ansur/ sikap keterbukaan
F17 saling menghormati
F18 bahasa Melayu diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan
F19 hak asasi dijamin
F20 semangat kesukarelawan
F21 kegiatan kokurikulum
F22 sukan
F23 meningkatkan penguasaan ilmu dan memajukan system pendidikan
F24 meningkatkan Research and Development(R&D)
F25 mengukuhkan jati diri dengan menyertai PLKN
F26 menggalakkan inovasi.
F27 pemberian biasiswa pendidikan atau PTPTN
F28 meneroka bidang dan pengetahuan baharu
F29 menjadikan minda rakyat kelas pertama
F30 menjadi pusat kecemerlangan ilmu dan pendidikan.
F31 melakukan pertukaran teknologi dan Ilmu./ kepakaran
F32 memperkasakan sekolah kebangsaan
F33 meningkatkan kualiti pendidikan Negara
F34 menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa
(mana-mana jawapan yang munasabah)
10
Isi dan huraian
i. Sejauh manakah Malaysia telah berjaya sebagai pusat pengajian bertaraf antarabangsa?
F1 melahirkan ramai tokoh pemikir/ cendekiawan
F2 bilangan pelajar asing yang menuntut di Malaysia semakin bertambah.
F3 prasarana pendidikan bertaraf dunia
F4 kegiatan penddikan/ R&D telah dimajukan
F5 menggalakkan kegiatan penulisan
F6 menggalakkan kegiatan penterjemahan
F7 menawarkan pelbagai jurusan di IPT/ fakulti
F8 meningkatkan kemahiran tenaga pengajar IPT
F9 mengadakan program antarabangsa
F10 mendemokrasikan pendidikan
F11 mewujudkan pusat maklumat rakyat
F12 sistem penyampaian maklumat dipertingkatkan
F13 meluaskan penggunaan jalur lebar
F14 memperbanyakkan IPT berkembar dengan IPT luar Negara.
(mana-mana jawapan yang munasabah)
10
Isi dan huraian
Nyatakan nilai-nilai murni/ iktibar yang diperolehi daripada Dasar Perpaduan Negara
F1 tolong-menolong
F2 toleransi
F3 saling menghormati
F4 gotong royong
F5 saling memahami
F6 kepatuhan kepada agama
F7 semangat kekitaan
F8 semangat kesukarelawan
F9 semangat 1 Malaysia
F10 berbudi bahasa
F11 sopan-santun
F12 kegiatan kokurikulum
F13 program jualan amal
F14 mematuhi undang-undang
F15 ziarah-menziarahi
F16 mengamalkan prinsip Rukun Negara
F17 memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
F18 Rukun Tetangga
(mana-mana jawapan yang munasabah)
10
8
Rumusan Skema Jawapan Pembentukan Kerajaan Islam
F1 Pengetahuan yang diperolehi
F2 Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
F3 Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang
5
Semoga perkongsian contoh soalan dan Skema Jawapan Pembangunan Dan Perpaduan Untuk Kesejahteraan ini boleh dijadikan panduan dalam menjawab Sejarah Kertas 3 SPM.
hi i would love to copy this and prin it out for my upcoming spm trials but seems like i couldnt do that.. do you mind swnding me a copy of this so tht i can download it and print it out? thank you!
hi i would love to copy this and prin it out for my upcoming spm trials but seems like i couldnt do that.. do you mind swnding me a copy of this so tht i can download it and print it out? thank you!
Hi how can i print this? thank you